Bercerai kerana tidur berasingan sejak awal menikah
Mahkamah Tainan (Taiwan) mengabulkan tuntutan cerai seorang suami kerana isterinya ‘terlalu malu’ untuk
mengakui pernikahan mereka waima setelah pernikahan tersebut berjalan setahun lamanya. Chen, seorang guru berusia 39 tahun telah berkenalan dengan isterinya, Lin 30 tahun melalui khidmat rangkaian sosial.
Setelah Chen dan Lin bercinta selama 3 bulan, akhirnya mereka memutuskan untuk bernikah. Namun Lin menolak menjalani pernikahannya dengan wajar. Ketika malam pertama, Lin tidur dalam keadaan berpakaian ‘penuh’ dengan selimut menutupi tubuhnya.
Ketika Chen berusaha untuk tidur dengannya, Lin menolaknya sambil berteriak, “Celaka sekali kau ini!” dan Lin akan pulang ke rumah orang tuanya pada keesokan harinya. Melalui khidmat rangkaian sosial yang memperkenalkan mereka, Lin mengakui menandatangani kontrak setuju bernikah hanya kerana masalah kewangan dan dia juga memohon agar dia dan suaminya tidur secara terpisah.
Bagaimanapun, matlamat Lin jelas tidak tercapai sebab Chen yang tidak tahan dengan karenah Lin, akhirnya mengemukakan permohonan cerai. Lin mengakui kepada mahkamah bahwa dia menolak menjalani malam pertama kerana merasa penat dan sakit.
Akan tetapi hakim tetap menganggap bahwa adalah hal yang pelik jika Lin telah menetapkan untuk berpisah ranjang sejak awal penikahan mereka lagi.Hakim juga meminta Lin memberikan NT$300 ribu pada Chen sebagai ganti rugi atas pembelian apartmen, mas kawin dan rasa malu akibat pernikahan yang gagal kerana alasan yang remeh.
Suami diceraikan kerana mengintip wajah isterinya
Seorang wanita arab Saudi menuntut cerai pada 2008 kerana suaminya berusaha mengintip wajahnya Peliknya, pernikahan mereka pada waktu itu telah memasuki usia ke-30. Mungkin rasa ingin ketahuan selama bertahun-tahun membuatkan si suami ini akhirnya tidak tahan dan benar-benar ingin melihat rupa paras isterinya.
Setelah usahanya untuk membuka selimut yang meliputi tubuh isterinya itu disedari ketika si isteri itu sedang tidur, si suami lantas meminta maaf dan berjanji takkan mengulanginya. Namun sayang, si isteri yang selama ini hanya memperlihatkan matanya saja tetap bertegas untuk menceraikan si suami!
Bercerai akibat seekor burung
Di China, seorang wanita telah mengemukakan permohonan cerai setelah mendengar beberapa perkataan yang dikeluarkan oleh burung peliharaannya. Dikatakan burung itu telah mengatakan perkataan seperti cerai, aku cinta kamu dan sabar ya. Hal ini telah menimbulkan keraguan dan menganggap ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku oleh wanita ini.
Akhirnya, setelah disiasat rupa-rupanya burung itu telah mempelajari perkataan-perkataan tersebut daripada perbualan sulit suami wanita berkenaan dengan seorang pelacur! Wanita berkenaan yang bengang telah mengemukakan permohonan cerai dengan membawa sekali saksinya iaitu burung peliharaannya ke pengadilan dengan harapan dapat menjadikannya bukti kuat bahawa suaminya mencuranginya dan ingin menceraikannya!
Bercerai kerana berhubungan sulit dengan jiran
Seorang nenek dari Jerman berusia 84 tahun telah menceraikan suaminya yang berusia 82 tahun setelah 60 tahun bersama kerana kedapatan curang dengan berhubungan seks bersama wanita lain di tempat kerjanya. Kisah hubungan sulit ini tersebar ketika kedua pasangan tersebut terlupa menutup tirai ketika sedang asyik melakukan seks di salah satu sudut pejabat.
Ketika mengetahui hal tersebut, Ruth telah mengusir suaminya dan menariknya, suaminya itu telah memutuskan untuk tinggal bersama dengan kekasih gelapnya itu dirumahnya yang hanya berselang dua pintu dari rumah Ruth!
Bercerai kerana menipu tentang umur
Luo yang berbohong tentang umurnya harus menerima padah. Setelah 10 tahun berkahwin, suaminya nekad untuk menceraikan Luo kerana menganggap dirinya telah ditipu hidup-hidup. Ini kerana, ketika mula-mula Luo dilamar dahulu, Luo mengakui berumur 24 tahun walhal umurnya sudah mencapai 30 tahun.
Bercerai kerana tidak mahu makan tengah hari dengan ibu mertua
Pada 2005, seorang wanita dari Focsani (Roma) meminta cerai dengan alasan dia sudah tidak tahan kerana harus makan tengah hari bersama ibu mertuanya setiap hari. Wanita tersebut (23 tahun) yang baru menikah 10 bulan itu mengakui bahawa hidupnya seperti di neraka kerana kehadiran ibu mertuanya.
Elena T mengatakan pada mahkamah bahawa hal tersebut merupakan alasan utamanya meminta cerai. Meskipun begitu, pihak pengadilan menasihati agar dia mencari alasan yang lebih baik lagi jika ingin bercerai dengan suaminya.
Bercerai kerana memberi makan pada anjing liar
Seorang pesara telah mengemukakan penceraian terhadap suaminya setelah 50 tahun berkahwin kerana merasa jemu dengan tingkahlaku suaminya yang gemas menghabiskan wang pencen dengan memberi makan kepada anjing jalanan. Eliza Barbu, 71 tahun, menyatakan suaminya selalu memberi sisa makanan selama beberapa tahun kebelakangan ini kepada sepasang anjing liar.
Namun Eliza hilang kesabaran ketika jumlah anjing jalanan yang diberi makanan tiga kali sehari meningkat kepada 20 ekor. Bahkan, kadang-kadang langsung tidak ada tertinggal makanan untuk mereka sendiri. Ini menyebabkan Eliza tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka harus berlapar kerana wang pencen yang ada habis hanya untuk membeli makanan anjing jalanan. Apalagi, semakin hari semakin banyak pula anjing yang datang ke rumah mereka setiap hari!
Bercerai kerana suami mempromosi acara Olimpik Beijing
Wang Yueting, 57 tahun telah diceraikan oleh isterinya kerana telah membuat keputusan untuk berlari melintasi China sebagai tanda menyokong sukan Olimpik di Beijing. Wang dari daerah Anhui telah menjual apartmennya bagi sponsor hasratnya itu. Wang telah menghabiskan hasil jualan apartmennya untuk membeli sebuah van dan perbelanjaan untuk pasukannya seramai 6 orang yang menyertai memberi sokongan kepadanya. Isteri Wang yang sakit hati mengancam untuk bercerai jika suaminya tetap meneruskan hasratnya, namun Wang tetap dengan pendiriannya dan akhirnya terjadilah penceraian itu.
Bercerai kerana 'anu' patah
Seorang isteri telah menuntut cerai ke atas suaminya setelah mendapati anu lelaki tersebut adalah palsu. Hal ini terbongkar ketika pasangan ini sedang melakukan hubungan seks.
Grigory Toporov, 48 tahun, mengatakan bahawa dia membesarkan anunya kerana berniat untuk memuaskan hati isterinya itu lantaran selalu 'tewas' ketika berada di atas ranjang. Lantas, dia telah melakukan 'sambungan' terhadap anunya itu. Namun, isterinya sangat terkejut dan ketakutan ketika mendapati anu suaminya tiba-tiba patah ketika mereka asyik melakukan hubungan seks. Grigory berjanji akan memperbaiki anunya itu, namun isterinya yang sememangnya sudah jemu dengan kegagalan suami ketika melakukan seks tetap memfailkan penceraian mereka.
Bercerai kerana suami terlalu bersih
Di Jerman, seorang isteri sanggup untuk bercerai dengan suaminya kerana terlalu meluat dengan sifat suaminya yang terlalu pembersih. Walaupun usia perkahwinan telah menjangkau 15 tahun, namun kesabaran isteri runtuh juga apabila suaminya memutuskan untuk memperbaiki salah satu dinding di rumah mereka hanya kerana dinding tersebut sebelum ini sedikit kotor.