23 Jun 2010

Al-kisah...Adakah kamu dari kalangan 10 jenis orang Islam yang kejam???


Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.


Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.


Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah
.
Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.


Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

22 Jun 2010

Al-kisah...Rahsia sujud!


Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan solat maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.

Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.



Di dalam Majalah Buletin Bulanan MICNA, jurucakap persatuan ini membuat kenyataan bahawa;

"Darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat yang telah diwajibkan oleh Islam".

Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.

Doktor neurologi tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuki darah walaupun sepatutnya setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Kini doktor tersebut memeluk Islam dan beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan melalui- Al-Quran'. Beliau juga membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui Al-Quran dan Hadis Nabawi. Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed).

Manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.

Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.

Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara normal!



Wallahualam...

Al-kisah...Foto zaman Hitler & Israel hari ini!

' Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian .
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Yakni mereka yang berpesan-pesan dengan
kebenaran dan sabar... '


Kekejaman, penindasan, pencerobohan dan pembunuhan yang Israel lakukan pada hari ini ada hubungan dengan apa yang Hitler lakukan dulu. Ia seolah-olah pembalasan kepada perbuatan Hitler ke atas kaum Yahudi Israel. Namun alasan untuk menuntut tanah yang konon milik mereka maka orang Palestin pula yang menjadi mangsa. Sila perhatikan dan bezakan dua gambar kembar di bawah ini yang membuktikan apa yang Hitler buat dahulu telah dibalas semula oleh Israel.

ZAMAN HITLER<----------VS------------> ISRAEL HARI INI










































































LAKNATULLAH Israel!!!