Memaparkan catatan dengan label Kisah kelakar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah kelakar. Papar semua catatan

05 April 2011

Al-kisah...Hati-hati; Jangan pertaruhkan telur korang yerrr!

Ada seorang pak cik yang bernama Pak DI yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak DI dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menympan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya...

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik?

Pak DI : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang terror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak DI : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak DI : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar.

Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ke tujuh dia dapati telurnya masih lagi ada...Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak DI.

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada...

Pak DI : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak DI pun berkata..

Pak DI : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak DI pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pak cik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak DI..

Manager : Mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak DI : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak DI : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank..

#$%^&*()_*(@#$%

Manager : Tak guna punya orang tua...

07 Januari 2011

Al-kisah...2 sumandak dikejar perogol!

Ada dua orang sumandak / gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M)
dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua
berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih
agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan...

M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tiga puluh lapan setengah minit yang lalu? Saya kuatir
dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.

M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.

M : Itu tidak banyak membantu, macammana ni.

L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan mempercepatkan jalannya.

M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan
yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh
mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana
pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?

L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?

L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya di tempat yang gelap...

M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain
saya..

M : Oh... Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia menurunkan seluarnya...

M : Oh tidak... Lalu apa yang terjadi kemudian?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya... So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

05 Januari 2011

Al-kisah...3 kali jerrrr...!

Pada satu malam, ada pasangan yang agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyayangi Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yang pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan Maria kerana apa yang Maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh Maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan Maria sebab apa yg Maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke-3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

04 Januari 2011

Al-kisah...4 si bakal bapa!

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”

“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”

“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation," kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.

“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya;

“Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab;

“Saya bekerja di Seven Eleven.”

04 September 2010

Al-kisah...Good news & bad news!

An artist asked the gallery owner if anyone had shown interest in his paintings. "I've got good news and bad news," she said.

"The good news is that some guy inquired if it would appreciate in value after you died. When I told him it would, he bought all 15 of your paintings."

"And the bad news?"

"The guy was your doctor.

26 Ogos 2010

Al-kisah...Mamat di ICU!

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yg agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasang tiub getah kiri kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yg kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba utk berkomunikasi dengan Mamat.

Dia mengangkat tangannya dgn susah payah dan berkata:

" United kingdom ..."

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab:

"Malaysian..."

11_16_08-bed_400x400

Setelah itu dua-duanya pengsan kerana keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...".

Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya.

" Birmingham ..." kata si Mat Saleh.

Dijawab Mamat: "Batu Kikir...".

Pengsan lagi...

dpan1314l

Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual.

Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer...."

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Sagittarius...!"

Kuang kuang kuang...dapat tangkap???

20 Ogos 2010

Al-kisah...Ini cuma ramalan saja tau!

Ramalan Teknologi Pada Masa Depan

2010
Bangunan pertama mula dibangunkan di bulan.

2011
- Penduduk dunia mencecah lebih 7 bilion orang.

- Permindahan organ menjadi semakin popular.

2012
- Manusia pertama menjejak kaki ke Planet Marikh.

- Teknologi dan hukum matematik berubah.


2015

Komputer dan hukum matematik telah mencapai tahap kesempurnaan

2016
Perjalan Kuala Lumpur-Eropah kurang dari satu jam dengan pesawat tercepat dicipta.

2017
Pekan pertama di bulan dibangunkan

2018
Mula diperkenalkan mata wang antarabangsa

2020
- Robot pembantu rumah semakin popular.
- Terbinanya Hotel pertama di ruang angkasa.

2022
Populasi ruang angkasa mencapai 100 orang

2025
Robot-manusia (cyborg) mulai diciptakan.

2027
Tempat tinggal tetap di planet Marikh mula dibangunkan

2033
- Larangan menggunakan kenderaan berpetrol disemua bandar-bandar utama.
- Hanya kenderaan terbang dikeluarkan dan dibenarkan memasuki bandar

2036
Hovercars (kenderaan terbang) sudah mula digunakan untuk perjalan antarabangsa (dah jadi macam cerita Star Wars)

2045
Populasi ruang angkasa mencapai 1,000 orang

2050
Anti-graviti ditemukan.

2063
Kelajuan yang secepat kelajuan cahaya diperkenalkan.

2065
- Populasi ruang angkasa mencapai 10,000 orang.
- Sebagian besarnya menetap dihotel-hotel ruang angkasa.

2080
Pekan pertama di orbit Bumi dibangunkan.

2100
Sebagian besar penyakit abad ke-21, termasuk AIDS, H1N1, Ebola dan TB telah dikatakan tidak lagi wujud.

2113
- Bumi diperintah oleh seorang pemerintah sahaja.
- Israel tetap degil hendak minta kemerdekaanya sendiri

2120
Populasi ruang angkasa sudah mencapai 1 juta orang.

2150
Teleportasi quantum mulai diperkenalkan.(Kaum Droid bercakap cuma menggunakan telitepati)

2200
Populasi ruang angkasa mencapai bilion, bumi sudah menjadi semakin sepi (Macam cerita Wall-E pun ada).

2300
Marikh, Neptun dan Saturn telah menjadi tempat tinggal manusia.

2500
- Perjalan antara binta diperkenalkan (Macam cerita Star Wars lagi).
- Galaksi yang ada kehidupan lain dijumpai.

31 Desember 2999
Seluruh manusia menunggu kedatangan hari kiamat.

1 Januari 3000
Hari kiamat tidak terjadi. Manusia bersorak gembira.

3264
Alien pertama ditemukan di sebuah planet dalam sistem galaksi.
Bukan makhluk cerdas, tapi “seekor” makhluk seperti ikan yang hidup di rawa-rawa planet itu.

3265
Akhirnya, FOSIL-FOSIL orang yang sedang membaca artikel ini mula dijumpai satu-persatu.

Muahahahahahhaaaaaa..............................

10 Ogos 2010

Al-kisah...Kesian lelaki tua ini!

Setelah mengahwini seorang perempuan muda yang sangat cantik, seorang lelaki tua yang berusia 90 tahun dengan bangga bercerita kepada doktornya yang isterinya sekarang sedang hamil.

Sambil menahan perasaan, doktor berkata;

"Tuk, saya ada sebuah cerita. Seorang lelaki dungu pergi berburu, tetapi karana dungunya ia cuma membawa payung, bukannya senapang. Ketika di tengah hutan ia dihadang oleh seekor beruang besar. Kemudian ia menghalakan payungnya untuk menembak sang beruang.

Pang, pang, pang... dan beruang itu rebah dan telah mati."

"Mustahil!!!" potong si datuk.

"Pasti ada orang lain yang menembak beruang itu!" jeritnya lagi.

"Tepat sekali!" jawab si doktor sambil memandang datuk tersebut dengan penuh makna.


Al-kisah...Lembu oh lembu!




Azwan seorang pengembala lembu yang sangat berjaya sehingga berjaya menternak lebih dari 500 ekor lembu. Ali pula adalah seorang penternak lembu yang gagal tapi mempunyai pangkat tinggi dalam persatuan menternak lembu seMalaysia. Oleh kerana ada hasrat dengki, maka dia pun cuba untuk mengenakan denda pada Azwan.

Ali : "Apa yang kamu bagi lembu ini makan setiap hari?"
Azwan : " Saya cuma memberi makan rumput saja",
Ali : "Kalau begitu, kamu kena bayar denda sebanyak RM1000.00 kerana memberi makanan tidak sedap untuk lembu-lembu"

3 hari kemudian, Ali datang lagi dengan niat yang sama

Ali : "Kamu beri makan apa pada lembu hari ni.??"
Azwan :" Saya beri KFC, McD & Pizza Hut"
Ali : "Kalau macam tu, kamu dikenakan denda RM3000.00 kerana memberi makan terlalu sedap untuk lembu"

3 hari berkutnya, Ali kembali lagi dengan niat sama

Ali.: "Makan apa lembu hari ini..??"

Kerana sudah mengetahui niat Ali, Azwan menjawab

" Setiap hari, saya memberikan lembu-lembu saya RM10.00 setiap seekor. Terpulanglah pada lembu itu hendak makan apa dan di mana....!!!!"

04 Ogos 2010

Al-kisah...Asal Jumaat, mesti ada orang mati!

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik!

Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor.

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut. Mungkin makhluk halus ada menetap disitu...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya, beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur. Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.

Masa berputar…

tik tok tik tok tik tok...

pukul 08:00 pagi...

08:30 pagi sehingga jam 9:00 pagi…

tiba-tiba…

Pintu bilik ICU itu terbuka. Kemudian masuklah Makcik Timah seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.

Makcik Timah masuk, mendekati katil keramat tersebut…

dan dengan selambanya terus mencabut…

soket elektrik untuk alat pernafasan!!!

21 Julai 2010

Al-kisah...Sam vs Dol!

SAM:
Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

Hahahahahaha...

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 ringgit.

Hahahahaha...

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. Aku jumpa ia mati dalam air!

Hahahahaha...

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah…hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer…

Hahahahaha...

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

Hahahahaha...

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

Hahahahaha...

SAM: Aku ada AIDS? mana ada…

DOL: Aku baca1 dari 10 orang kat negara ni ada AIDS. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada AIDS, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu…

Hahahahaha...

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? Kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

Hahahahaha...

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Hahahahaha...


20 Julai 2010

Al-kisah...Ayang vs abang!


Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas. Abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik. Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan di sini. Kereta baru abang tu mahal, harga mencecah 100k barangkali. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu...sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat tapi ayang nak dapat kiss morning pun susah.

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. Ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah.

Kereta abang make up lawa-lawa tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri. Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan, ayang tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang. Kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu, anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa. Tak nak naik kereta abang takut calar. Ayang calar takpe. Jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pi tak lama sekolah bukak ayang baliklah dengan anak-anak.

Pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
Ayang

18 Julai 2010

Al-kisah...Kentut yang tidak boleh ditahan-tahan!

Seorang gadis pergi makan malam ke rumah orang tua kekasihnya. Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.

Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.

Beberapa saat kemudian si gadis mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.

Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. namun kerana sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.

Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.

Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik 'bermain manja' di kaki si gadis, dan berkata dalam nada yang agak tinggi;

"Doggy!"

Si gadis berfikir;

"Wah ini bagus!"

Dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa minit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.

Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.

Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak;

"Celaka Doggy!"

Sekali lagi si gadis tersenyum dan berfikir;

"Bagus!"

Beberapa minit kemudian si gadis merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.

Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api.

Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak;

"Celaka Doggy! Cepat pergi dari perempuan itu sebelum dia berak di atas kamu!"

Hahahaha...

17 Julai 2010

Al-kisah...Isteriku!

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak di kepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari.

Dan akhirnya, si suami telah terjaga dari komanya...

Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan;

" Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..."

Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah;

" Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang..."

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju.

"Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang... ayang masih di sisi abang."

"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ayang masih disisi."

Mata si suami pula bergenang;

"Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi."

Esakkan si isteri bertambah kuat. Si suami berkata lagi;

"Abang rasa ayang ni bawak sial la...

BERAMBUS KAU SEKARANG!!!

16 Julai 2010

Al-kisah...Lawak orang Asli!

Ini kisah tahun 60-an dulu pasal sepasang suami dan isteri orang Asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerjanya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, si suami pergi mencari makanan di hutan. Sedang mencari-cari, tiba-tiba dia terjumpa cermin. Diapun bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu.

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya, bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya.

Dan punyalah terkejut beruk, dia masuk je bilik tu lantas ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni tak tau cermin tu apa so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi, habis berlari dan meraung menangis la dia cari mak nya.

Lepas berjumpa dengan maknya, mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu.

Lalu maknya pun masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.

Isteri: Apsal mak ketawa?.

Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu. Kalau ye pon nak kawin lain, carik la perempuan yang elok sikit. Ini tak, aku tengok perempuan kat bilik tu, dah la tua, hodoh pulak tu!

Kuang kuang kuang...

15 Julai 2010

Al-kisah...Sudah sampai Ipoh?

Suatu hari seorang ibu menghantar anaknya yang baru berumur 5 tahun menaiki bas ekspress KL-Kangar. Ibu itu berpesan kepada pemandu bas;

"Encik, tolong tengokkan anak saya ya. Nanti kalau sampai di Ipoh, cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang di sebelahnya.

"Sudah sampai Ipoh belum?"

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab;

"Tidur aje la. Belum sampai lagi ni...nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam. Dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,

"Pakcik, sudah sampai Ipoh ke belum?"

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata;

"Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh, pasti dikejutkan!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi. Dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi, semua orang di dalam bas lupa pada si anak. Sehingga ketika sampai di Ipoh, tidak ada seorangpun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar, si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang;

"Encik-encik dan puan-puan sekalian. Bagaimana ni? Perlukan kita hantar semula anak ini?"

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh. Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.

Sesampai di Ipoh, si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh ! Cepat bangun!" kata pemandu bas tersebut.

Si anak bangun dan berkata;

"Oh sudah sampai ya!"

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya. Seluruh penumpang kehairanan.

"Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidaklah. Mama saya pesan, kalau sudah sampai di Ipoh, saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Isk isk isk...

Al-kisah...Menantu luar biasa!

Al-kisah...Wasiat terakhir!

Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Temah mula beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkan ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan.

Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah yang merupakan salah seorang kariah mukimnya. Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu.

Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit. Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah.

Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas. Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah.

Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya. Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.

Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas terakhir. Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka Mak Temah bukan orang berharta.

Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya. Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik tersebut. Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas
tersebut dari lantai dan membacanya…

"Tolong jangan pijak salur oksigen aku, tok ketua !"

13 Julai 2010

Al-kisah...Haloooo abang, ini ayang...!

Sekumpulan lelaki berada di ruang ganti di salah satu tempat gim terkemuka dan eksklusif di pusat bandar. Tiba-tiba terdengar deringan handphone di penjuru ruangan gim tersebut. Salah seorang lelaki di gim itu menjawab panggilan tersebut dan terjadilah perbualan seperti berikut;

'Hallo abang, ini ayang.'

'Eemmm....'

'Abang masih kat gim lagi ke?'

'Ya...'

'Ayang sekarang kat Shopping Mall dekat dengan tempat gim abang. Ayang tengok Louis Vuitton punya koleksi beg baru, harganya murah cuma 7 ribu saja. Boleh beli tak, bang?.'

'Ok. Beli je kalau ayang suka.'

'Ahaks...thanks abang. Dan tadi sebelum ayang ke sini, ayang ke pameran kereta dan tengok kereta Mercedes terbaru. Ayang sangat suka dengan model baru tersebut. Dan ayang sudah berbual dengan penjualnya, dia setuju bagi 'good price'. Lagipun bang, bagus juga kalau kereta BMW yang kita beli tahun lalu diganti dengan yang baru.'

'Berapa harga yang dia tawarkan?.'

'Tengah harga promosi, jadi cuma 550 ribu je bang.'

'Ok lah. Pastikan harga itu sudah 'on the road.'

'Great. Ada satu lagi bang.'

'Apa?'

'Tadi pagi ayang singgah ke ejen real estate dan rumah yang kita tengok semalam tu dah terjual! Abang ingat tak?? Alah rumah seluas 1000 meter yang ada kolam renang berbentuk love, ada taman orkid di belakang rumah yang berhadapan lapangan tenis itu dan yang garajnya muat 4 biji kereta tu. Cantikkan bang?'

'Berapa harganya?'

'Cuma 100 ribu je bang.Okaykan harganya?'

'Ok. Kalau boleh tawar jadi 85 ribu, beli je.'

'Ok abang sayang. Terima kasih bang. Jumpa lagi nanti malam ye?? I love you.'

'Bye. I love you too.'

Lelaki tersebut berhenti berbual dan menutup 'flip' handphone tersebut.

Sambil mengangkat tangan dan memegang handphone tersebut, dia bertanya kepada orang-orang yang berada di ruang gim itu dan dengan suara keras dia berkata;

'Wooiii....ADA YANG TAHU TAK, INI HANDPHONE SIAPA PUNYA!?

Hahahahahaha...