Soalan: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati
hamil anak luar nikah?
Jawapan: Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan: Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan: Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan: Adakah pernikahan mereka sah sekiranya mereka berkahwin?
Jawapan: Tidak. Pernikahan itu tidak sah. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan: Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan
keadaan?
Jawapan: Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Soalan: Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan: Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.
Soalan: Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan: Kebanyakkan pendapat mengatakan bahawa anak itu tiada hak untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan: Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu
bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan: Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan: Sekiranya seorang lelaki muslim dan seorang wanita muslim (atau bukan muslim)
ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan: Mereka mesti tinggal berasingan segera. Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan: Sekiranya saya kenal dan tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu
memberitahunya tentang keadaannya atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan: Anda wajib memberitahu kerana itu sebahagian daripada tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk membetulkan keadaan, kalau tidak kesemua anak yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan