01 September 2010

Al-kisah...Kereta yang berharga US$15 juta!

Kereta Mercedes Benz model 770 K kepunyaan Adolf hitler seperti yang diberitahu CNN, sekarang berada di tangan seorang jutawan Rusia yang tidak mahu dikenali. Dia membeli kereta tersebut pada harga US$15 juta.

Menurut seorang pengusaha kereta lama di Duesseldorf, Jerman, Michael Froehlich berkata kereta itu dibeli oleh wakil dari jutawan Rusia tersebut. Dia datang ke pejabatnya untuk menjejaki di mana kereta tersebut berada. Froehlich mengaku sangat terkejut dan menolak pada awalnya.

Walaubagaimanapun, wakil tersebut tetap berusaha menjejaki tempat di mana diletakkan kereta tersebut. Dia menjumpainya pada seorang pengusaha asal Bavaria, Jerman. Sebelumnya kereta tersebut terletak di muzium kereta klasik di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Tiada ulasan: