Memaparkan catatan dengan label Isk isk isk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isk isk isk. Papar semua catatan

10 April 2011

Al-kisah...Pasangan tunang termuda di dunia!

Pernikahan kanak-kanak dikutuk oleh kelompok hak asasi manusia antarabangsa. PBB mengarahkan setiap negara membuat peraturan bahawa usia minimum untuk bernikah adalah 18 tahun, baik lelaki maupun perempuan.

Tetapi di Syria, ada orangtua di pihak lelaki dan perempuan sama-sama bersetuju anak mereka bertunang pada usia yang sangat muda. Ini mungkin akan tercatat dalam rekod dunia kerana tunang lelaki, Khalid, masih berumur lima tahun.

Sementara tunang perempuan, Hala, masih berumur tiga tahun. Jadi, kedua kanak-kanak tersebut dapat digolongkan sebagai anak yang berusia di bawah lima tahun.

Orang tua kedua pasangan tunang tersebut tidak hanya menanggapi perkara tersebut dengan serius, bahkan mengatur upacara pertunangan dan membelikan cincin pertunangan untuk pasangan tersebut.

Kata orang tuanya, Khalid dan Hala memutuskan untuk bertunang atas kehendak mereka meskipun mereka baru akan menikah setidaknya 10 tahun lagi.

"Kami tahu, Khalid dan Hala mungkin berubah fikiran nanti, tapi apa yang kami ketahui saat ini adalah bahwa mereka sangat bahagia dan bercengkerama setiap hari," ujar Juma, ayah si Khalid, kepada Gulf News."Khalid menunggu berusia 15 tahun untuk menikahi Hala."

Dikisahkan, Khalid bertemu dan jatuh cinta pada Hala ketika sedang bercuti di Lattakia, kawasan pantai Mediterania Syria.

Khalid diduga rindu kepada Hala ketika kembali ke rumahnya di bandar Homs, sekitar 100 km di utara Damaskus, ibu kota Syria. Dia merajuk jika Hala tidak berada di sisinya.

"Khalid berkata kepada saya dan ibunya, dia ingin tinggal bersama Hala atau membawanya ke rumah di Homs," kata Juma ayah Khalid.Justify Full
Alih-alih menganggap ini sekadar cinta monyet, orang tua Khalid justeru menelefon orang tua Hala untuk meminta pendapatnya.

"Dia berkata, anak perempuannya Hala, menunjukkan gejala serupa dan keluarganya akan sangat bahagia jika mereka bertunang," lanjut Juma.

Khalid adalah anak tunggal setelah 20 tahun perkawinan Juma. Ketika mengalami kesusahan selama hamil, ibunya bersumpah bahwa jika anaknya lelaki, dia akan ditunangkan pada usia lima tahun dan akan menikahkannya dengan perempuan pilihannya ketika anak lelakinya berusia 15 tahun.

Kini, sumpah itu jadi kenyataan. Khalid, si lelaki dari Homs itu, sudah jatuh cinta di usia lima tahun.

06 Januari 2011

Al-kisah...Marvellous statement dari orang-orang glemer!



Mark Twain, Penulis;

Saya tidak suka dengan pergaduhan. Bila saya memiliki musuh, saya akan memaafkannya, mengajaknya ke tempat yang sunyi, baru membunuhnya di sana (wow, marbeles)


Ann Landers, Kolumnis;

Satu dari empat orang di dunia ini mengalami gangguan jiwa. Bila tiga orang yang anda kenal baik-baik saja, bererti andalah yang mengalaminya.


Zsa Zsa Gabor, Aktres;

Saya adalah penjaga rumah yang hebat. Setiap kali saya meninggalkan seorang lelaki, saya selalu berhasil memiliki rumahnya.


Henry Ford, Pengasas Ford Motor;

Berfikir adalah pekerjaan terberat, kerana itulah sedikit sekali orang yang mahu menggunakan otaknya.


Alexander Dumas the Younger, Usahawan;

Bisnes? Caranya mudah sahaja; gunakan saja wang milik orang lain!


Angie Dickinson, Aktres;

Saya berpakaian agar dilihat wanita, dan menanggalkan pakaian agar dilihat lelaki (wow, marbeles)


Albert Einstein, Ahli Fizik;

Memahami cukai adalah hal yang paling susah untuk difahami di dunia ini.


Samuel Goldwyn, Produser Filem;

Saya tidak mahu dikelilingi orang yang bermental 'yes-man'. Saya ingin orang yang mengatakan kebenaran meskipun setelah itu saya akan memecatnya. Kita membayar gajinya terlalu besar, malangnya lagi dia layak menerimanya.


Roberto Goizueta, Pemimpin Perusahaan Coca Cola;

Musuh-musuh kita adalah kopi, susu, teh dan air putih.


John Paul Getty, Jutawan;

Bila anda berhutang 100 Dollar, andalah yang pening. Tapi bila anda berhutang 100 juta dollar, bank pula yang akan pening.


Herbert Hoover, Presiden US ke -31;

Berbahagialah generasi muda, kerana merekalah yang akan mewarisi hutang bangsa.



Anatole France, Penulis;

Buku Sejarah yang tidak mengandungi kebohongan pastilah sangat membosankan (uiks...)



Woody Allen, Sutradara Filem;

Ternyata bertemu penjual insurans jiwa adalah lebih buruk daripada kematian itu sendiri.



T.S. Eliot, Penulis ;

Penulis yang masih muda, meniru. Penulis yang sudah berpengalaman, mencuri idea (hahahaha correct...hahaha)


Agatha Christie, Novelis Misteri ;

Pengumpul barang antik adalah suami yang paling baik, kerana semakin tua isterinya, semakin dia mencintainya.


Alfred Hitchcock, Sutradara Filem Misteri;

Saya tidak pernah berkata bahawa para aktor adalah lembu. Saya hanya berkata mereka harus diperlakukan seperti lembu.


Alan King, Comedian ;

Bila engkau ingin belajar tentang cinta dan kesetiaan, maka engkau harus membaca dua buku yang berbeza.


Anatole France, Novelis;

Jangan pernah meminjamkan buku kerana tidak akan pernah dikembalikan. Buku-buku di perpustakaan saya semuanya adalah hasil pinjaman.


Voltaire,Ahli Falsafah;

Apabila kita bicara soal wang, maka semua orang sama agamanya.


D.H. Lawrence, Penyair;

Hasil dari kerja adalah wang. Hasil dari wang adalah lebih banyak wang. Hasil dari lebih banyak wang adalah persaingan yang ganas. Hasil dari persaingan yang ganas adalah dunia yang kita diami ini.


Lyndon B. Johnson, Presiden US ke-36;

Apabila dua orang selalu sepakat dalam segala hal, itu bererti cuma satu orang sahaja yang berfikir.


Robert Neville, Aktor;

Hidup bersama orang suci ternyata jauh lebih melelahkan daripada menjadi orang suci itu sendiri.


Charles de Gaulle, Presiden Perancis Pertama ;

Ahli Politik tidak pernah percaya akan ucapan mereka sendiri, kerana itulah mereka sangat terkejut bila rakyat mempercayainya (adehhh...)


Thomas Alva Edison, Penemu;

Banyak orang yang percaya bahwa suatu hari di kala mereka bangun dari tidur, mereka sudah menjadi kaya. Sesungguhnya mereka sudah separuh benar kerana mereka memang telah bangun dari tidur.


James Baldwin,Penulis, Aktor ;

Semua orang memuji-muji syurga, tapi tidak ada orang yang mahu pergi ke sana sekarang juga (rightttt...)


Don Marquis, Kolumnis ;

Orang yang munafik adalah orang yang berkata … "hoi, siapa yang tidak pernah munafik".


Benjamin Franklin, Negarawan ;

Orang yang pandai meminta-minta maaf, jarang sekali pandai melakukan hal-hal lain.


Joseph Stalin, Pemimpin Politik ;

Kematian satu orang adalah tragedi, kematian jutaan orang adalah statistik.


Will Rogers,Pelawak, Politik ;

Politik itu mahal, bahkan untuk kalah pun kita harus mengeluarkan banyak wang.


Adolf Hitler, Pemimpin Nazi;

Alangkah beruntungnya kerajaan bila rakyatnya tidak boleh berfikir. Aku tidak perlu berfikir kerana aku adalah pegawai kerajaan.


Clement Attlee, Perdana Menteri Inggeris ;
Demokrasi adalah pemerintahan yang diisi dengan banyak perbincangan, namun demokrasi hanya berguna bila engkau mampu membuat orang lain menutup mulut.

05 Januari 2011

Al-kisah...Si suami yang kedekut!

Al-kisahnya cerita suami yang sangat kedekut iaitu sepasang suami isteri, dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin, taik mata pun masin gak.. Salah satu aktiviti tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu.

'Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?' tanya si suami

'Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan' jawab pilot tu.

'Uuiishh..mahalnya,tak jadi la saya nak naik' jawab si suami lalu menarik tangan

Isterinya berlalu dari situ.

'Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira. Setahun sekali je bang, dah lama saya nak naik pesawat cam tu' rayu si isteri dengan nada manja dengan harapan si suami akan ubah fikiran.

'Jangan nak ngada-ada, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli'

Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dalam bank melambak lagi duit dia. Tahun kedua, mereka pergi lagi. Si isteri sekali lagi memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah jadi RM80...

Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.

Tahun ketiga, mereka pergi lagi... Si isteri tadi awal-awal lagi dah pujuk si suami untuk menaiki pesawat ringan tu.

'Baiklah, kalau bayaranya kurang dari RM30, kita naiklah' kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam kerana dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama juga.

Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dari situ. Si pilot tadi yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.

'Encik, berapa yang encik sanggup bayar?'

'Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer' jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi 'Baiklah, encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat'

Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer 'tapi apa syaratnya'

'Semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran lebih RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik' jawab pilot tadi sambil tersenyum.

'Baiklah saya setuju' jawab si suami dengan yakin bolehnya.

Maka, naiklah mereka akan pesawat tu... Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi-aksi acrobatik yang diakui membahaya. Macam-macam aksi dia buat, tapi hairan gak dia sebab suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi-aksi yang merbahaya, berpusing-pusing pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer. Bila dah mendarat, cuma si suami yang turun dari pesawat tu.

'Ehh? mana isteri encik?' tanya pilot tu terkejut.
'Dia dah jatuh masa kau pusing-pusing pesawat tadi'
'Hahh apasal tak cakap'
'Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak' jawab si suami sambil menghulurkan RM20 kepada pilot tadi dan terus berlalu...

alahaiiiii...spesies laki sapa la ni?

04 Januari 2011

Al-kisah...Binatang apa ni?!


Korang kenal kerrr binatang di atas tu? Spesies mende tu??
Kecik je kannn...tapi korang tengok la di bawah tu
bahana binatang ni...

|
|
|

|
|

|
|



Isk isk isk...

03 Januari 2011

AL-kisah...Bahaya mintapuji depan kamera!


|
|

|
|

|
|

|
|

|
|

|
|


|
|

Apa yang terjadi???

|
|

|
|

|
|

|
|

|
|

|
|

|
|

Kan dah jatuh !!!



Kuang kuang kuang...

02 September 2010

Al-kisah...Kalau takut kereta dicuri...!

Korang bolehlah cilok dan praktikkan apa yang ada di bawah ni...Tidaklah menyusahkan sangat. Simple dan praktikal gitu. Tapi, jangan ikut foto yang no. 4 tu. Harammmmmm! Najis mughalazah...











Al-kisah...Transformasi si gemuk!

Berikut merupakan transformasi yang berlaku ke atas hamba Allah ni, apabila dia berjaya menurunkan berat badannya tanpa mengambil ubat mahupun dadah...



Hasilnya...


Alalalala, menggeleber habis...


Dan pembedahan membuang lebihan kulit terpaksa dilakukan...


Hasilnya, hensem sudah!


Align Center

Al-kisah...Kasih ibu!

Mesej ini ditujukan khas untuk golongan manusia yang tidak berhati perut/ kejam/ biadap/ jahat/ palui/ haram jadah/ dan seerti dengannya yang telah melakukan pembuangan/ pembunuhan/ penindasan/ penderaan/ dan seerti dengannya...DENGAN NIAT & SENGAJA!!! Lebih baik akal fikiran yang Tuhan kurniakan ke atas korang tu, korang pas-pas kan pada binatang dan haiwan sekalian supaya spesies ni boleh tolong ajar korang camana untuk menghargai kurniaan Tuhan dengan baik dan sewajarnya!









28 Ogos 2010

Al-kisah...'Fun-fair' bajet rendah!

Yang ni di Mexico punya cerita. Lebih kurang cam 'pampi' kalau orang bilang di Sabah. Sereu pe ada matu...





































Al-kisah...Apa kes; setelah 47 tahun, baru sampai!

Sebuah poskad yang dikirimkan seorang wanita dari Montana, akhirnya sampai di alamat tujuan di timur laut Ohio, 47 tahun kemudian! Ejen insuran Dave Conn membuka kotak pos yang disewanya dan menemukan sebuah poskad yang dikirim dari Helena, Montana pada tahun 1962. Poskad itu ditujukan untuk Marion white, penyewa kotak pos yang sekarang digunakan Conn, dan White walaubagaimanapun telah meninggal pada tahun 1988.

Pengirim menandatangani poskad itu dengan nama Fran, dan mengatakan mengalami saat yang berbahagia selama di Montana. Setelah bertanya di pelbagai tempat, Conn mengatakan dia akhirnya menemukan bahwa poskad ini pasti dikirim oleh sahabat White yang suka melancong, Frances Murphey, seorang wartawan di Akron Beacon Journal. Dia meninggal tahun 1998 pada usia 75 tahun. Jurucakap pejabat Pos US, Victor Dunina mengatakan, poskad itu mungkin telah terselip di peralatan pos atau hilang di tempat pengumpulan surat-surat.

Cuainya...



12 Ogos 2010

Al-kisah...Tips; menjadi penjenayah da best!

1.Pastikan anda membawa kad pengenalan
Banyak masalah akan timbul jika anda tidak membawa kad pengenalan kerana jika anda ditembak mati, sukar untuk polis mengenalpasti identiti anda. Sudah tentu sanak-saudara atau ahli keluarga anda lambat mengetahui, bahawa penjenayah yang ditembak mati dan disiarkan TV dan akhbar itu, adalah anda. Jangan menyusahkan mereka. Mereka juga perlu kumpul duit untuk belanja pengkebumian anda

2.Jangan bawa kad pengenalan palsu
Ini lagi satu masalah. Jika anda gunakan kad pengenalan orang lain, nanti orang itu akan disalah sangka sebagai penjenayah, sedangkan dia sedang enak tidur di rumah semasa anda ditangkap/tembak mati..

3.Buka topi keledar
Tahukah anda, setiap bank mempunyai CCTV mereka sendiri. Jika anda tiba-tiba memasuki bank / kedai emas dengan bertopi keledar ketika merompak, macamana nak tau yang anda adalah yang merompak itu. Ini mengurangkan glamor anda kerana sudah pasti sukar untuk polis lukis foto-fit anda untuk disiarkan oleh media.

4.Ragut cara berhemah
Jika anda terus meragut beg tangan dari bakul motosikal, risiko anda terjatuh atau turut terseret adalah tinggi. Ini akan memudahkan orang ramai menangkap anda. Jadi, jika anda rasa, susah sangat nak ambil beg tangan itu, lupakan sajalah hasrat anda itu. Masih ramai lagi orang lain yang cuai menjaga beg tangan mereka untuk anda ragut. Yang lebih senang untuk dilakukan adalah cuba ragut beg anda sendiri.

5.Jangan pakai sarung tangan
Tahukah anda, sarung tangan yang anda pakai, mungkin merbahaya, kerana ia tidak disteril. Kemungkinan jari-jari anda mendapat gatal-gatal adalah tinggi. Lagipun, anda membazir duit membeli sarung tangan itu. Sarung tangan biasanya akan digunakan oleh anggota polis semasa mengangkat mayat anda yang dah ditembak itu. Suri rumah juga ada yang menggunakan sarung tangan ketika menyiang ikan atau ketika mencuci tandas.

6.Pastikan memandu secara berhemah
Ketika anda melarikan diri dari polis, pandulah dengan cermat. Anda akan mendapat bala yang amat banyak jika anda berjaya ditahan kelak. Bayangkan, sudahlah anda ditahan kerana merompak, nanti kesalahan anda akan bertambah-tambah – pandu laju, cuai, tiada lesen memandu, lesen memandu palsu, lesen tamat tempoh, lesen palsu, cukai jalan palsu, cukai jalan tamat tempoh, kereta pulak adalah kereta curi, tidak memakai tali pinggang keledar. Jadi, pandulah berhemah, kerana jika anda ditangkap pun, anda dah dapat menyelamatkan diri anda dari berbagai kesalahan lain.

7.Jangan gopoh
Anda seorang penjenayah profesional. Jadi, setiap tindakan jangan gopoh, dan paling penting, jangan tamak. Jika anda lihat, agak susah untuk merompak, tinggalkan saja tempat itu. Dan jika anda dah berjaya pecahkan cermin pameran kedai emas, tiba-tiba alarm berbunyi, anda lari sajalah. Sekurang-kurang anda dah berjaya pecahkan cermin itu. Datanglah lain kali kerana anda nanti dah tak perlu pecahkan lagi cermin itu.

8.Test power anda
Untuk menjadi pro, anda kena banyak latihan. Setakat anda berlatih dengan merompak kedai runcit, atau 7-Eleven, anda bukanlah perompak yang handal. 7-Eleven hanya ada RM50 di dalam laci kaunter. Tak berbaloi. Anda cubalah kebolehan dengan merompak balai polis. Cubalah. Balai trafik lagi bagus kerana di situ ada banyak duit hasil orang bayar saman. Sudah tentu kisah anda jadi muka depan berbanding anda rompak 7-Eleven.

9. Jangan malu-malu
Jika anda ditangkap, anda adalah hero di kalangan penjenayah lain. Mana tidaknya, kamera TV, media akan ambil gambar anda semasa anda dibawa ke mahkamah.Senyum. Jangan tutup muka. Bukan senang untuk mendapat publisiti macam tu. Menteri pun tak tentu dapat liputan meriah itu ketika merasmikan balai raya kampung anda 15 tahun lalu. Berbanggalah.

10.Tinggalkanlah mana-mana yang tak penting
Perancangan anda untuk merompak mungkin amat canggih. Dan anda berjaya melarikan duit atau barangan bernilai jutaan ringgit. Tetapi, tahukah anda, semua itu dah boleh buatkan anda senang seumur hidup. Jadi, apalah sangat dengan beg duit, atau baju atau beg yang anda bawa. Tinggalkanlah. Buat menyemak dalam kereta yang anda pandu nanti. Kad pengenalan pun, anda tinggalkan kerana nanti anda boleh buat kad pengenalan palsu. Pendek kata, anda angkut semua kecuali barangan yang anda bawak sebelumnya.

11. Sepakat membawa berkat
Jika anda berkumpulan, pastikan setiap anggota anda membawa sekeping kad. K ad ini adalah sebagai panduan jika berlaku kecemasan. Di dalamnya, ada nama dan nombor untuk dihubungi dan jika ada alamat, lagi baik. Tujuannya, adalah untuk kebaikan bersama. Contoh, jika anda yang kena jadi lead untuk masuk serbu dalam bank, dan rakan anda menunggu di dalam kereta, kemudian anda ditembak mati. Maka, kad inilah jadi penyelamat untuk pihak berkuasa menghubungi rakan anda yang melarikan diri untuk membantu siasatan. Jika anda terperangkap pula, dan ditangkap, kad ini juga akan membantu polis bertemu rakan anda yang melarikan diri itu, dan akhirnya, anda sekurang-kurang ada teman di dalam lokap nanti. Sepakat membawa berkat...

12. Senjata
Jangan membawa senjata ketika melakukan rompakan. Kerana senjata sangat mahal harganya. Anda boleh meminjamnya dari pengawal keselamatan. Tapi dengan syarat anda jujur. Contohnya "bolehkah saya pinjam senapang encik, saya nak merompak bank / kedai emas ini sekejap". Anda akan mendapat pelurunya di mana sahaja yang anda mahu terutamanya kepala anda.

Al-kisah...Isk; kematian yang pelik?!

Diktator; meninggal sebab Viagra (1998)

Diktaktor Nigeria, Sani Abacha, meninggal di kediamannya, di Abuja kerana mengalami serangan jantung. Dikatakan meninggal kerana konklusi akibat pengambilan pil viagra yang berlebihan untuk persediaan pesta seks pada tahun 1998!

Joki; meninggal tetapi menang perlumbaan (1953)
Frank Hayes, penunggang kuda lumba atau joki, mendapat serangan jantung ketika dalam perlumbaan. Kudanya yang bernama Sweet Kiss, tetap meneruskan perlumbaan dan berjaya memenanginya. Frank Hayes menjadi satu-satunya penunggang kuda yang berjaya menjadi juara ketika sudah meninggal.

Kawan makan kawan (1981)
Renée Hartevelt berumur 25 tahun berasal dari Belanda yang belajar di Paris, dibunuh dan dimakan oleh seorang rakan sekelas, Issei Sagawa. Kejadia berlaku ketika Issei menjemput Renee makan malam sambil berbincang mengenai Sastera. Pembunuh ini dikatakan tidak layak untuk diadili dan kes tersebut telah dibawa ke Jepun sebelum Issei dibebaskan setelah ditahan selama lima belas bulan.

Dibunuh oleh ahli keluarga sendiri (2001)
Pada 1 Jun, Putera Mahkota Dipendra dari Nepal, marah kerana persengketaan masalah perkahwinan (dan mungkin dalam keadaan mabuk), dikatakan telah mengamuk sewaktu makan malam dan telah menyerang seluruh ahli keluarga kerajaan, termasuk ayahnya sendiri iaitu raja. Namun kerana sudah menjadi adat dan tradisi Dipendra, walaupun dalam keadaan koma akibat dari kecederaan, beliau dilantik menjadi raja selama tiga hari sebelum meninggal pada tarikh 4 Jun. Beliau diganti oleh sepupunya iaitu anak lelaki dari ayah saudaranya yang menjadi satu-satunya orang yang terselamat ketika kejadian makan malam berdarah tersebut.

Dilibas oleh kipas helikopter (1982)
Vic Morrow, seorang pelakon terpenggal kepalanya ketika menjalani pengambaran filem “Twilight Zone: The Movie”. Kejadian tersebut telah mengorbankan 3 orang termasuk dua pelakon kanak-kanak iaitu Myca Dinh Le dan Renee Shin-Yi Chen.

Disebabkan isteri (1915)
François Faber dari Luxembourgean juga adalah pemenang Tour de France, meninggal di dalam sebuah longkang ketika Perang Dunia I. Beliau ditembak ketika beliau menerima satu telegram yang mengatakan isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan posisinya yang terbuka ketika beliau bersorak kegembiraan, menyebabkan beliau ditembak oleh penembak tepat (sniper) Jerman.

Bunuh diri ketika siaran langsung (1987)
R. Budd Dwyer, seorang ahli politik dari parti Partai Republik, telah membunuh diri sendiri ketika sedang bersiaran langsung dalam rancangan televisyen. Berkemungkinan akan dipenjarakan selama 55 tahun kerana terlibat dalam satu konspirasi, Dwyer telah menembak kepalanya sendiri dengan pistol.

Dibunuh dengan payung (1978)
Georgi Markov, seorang dari pihak pembangkang Bulgaria, dibunuh dengan menggunakan racun di London oleh seorang penyerang yang tidak dikenali. Beliau telah ditembak di bahaian kaki dengan menggunakan payung yang telah diubahsuai khas, menembakkan peluru logam yang diisi penuh dengan racun.

Dibunuh oleh peluru hidup (1993)
Brandon Lee, anak lelaki Bruce Lee, tertembak oleh salah seorang pelakon secara tidak sengaja dengan menggunakan senapang jenis .44 Magnum ketika sedang menjalankan penggambaran filem The Crow. Adegan yang sepatutnya penembak, menembak dengan kotak peluru yang kosong. Namun, tanpa pengetahuan kru filem, senjata api teknikal itu terdapat sebutir peluru telah terlekat di senjata itu.

Tertelan pencungkil gigi (1941)
Sherwood Anderson, seorang penulis, telah tertelan pencungkil gigi dalam satu pesta dan kemudiannya telah meninggal dunia akibat kompilasi dalaman akibat dari pencungkil gigi tersebut.

Pedang foil tertikam di mata (1982)
Vladimir Smirnov, juara Olimpik dalam acara lawan pedang, meninggal kerana kerosakan otak selama sembilan hari setelah pedang foil pihak lawannya menembusi bola mata dan terus ke otak ketika dalam pertandingan.

Mati setelah menendang (1911)
Jack Daniel, pengusaha pembuatan wiski Tennessee terkenal, meninggal kerana keracunan darah akibat kecederaan di kaki yang dialami setelah menendang kerana kemarahannya hanya disebabkan tidak mengingati kod kombinasi.

Terbelit rantai kereta (1927)
J.G. Parry-Thomas, seorang pelumba dari Inggeris, dibelit oleh rantai kenderaan yang memasuki kokpitnya ketika sedang memandu. Kejadian berlaku ketika beliau sedang mencuba untuk memecahkan rekod kelajuan miliknya sendiri. Kejadian ini dianggap luar biasa, walaupun meninggal tetapi beliau masih berjaya mencipta rekod baru dengan kelajuan 171mph (+/- 275 km/j).

Mati disebabkan air (1943)
Seorang USAAF, pemandu pesawat pembom B-24 kehilangan arah dan mendarat di padang pasir Libya. Mayat pemandu yang meninggal akibat ketiadaan air itu hanya dijumpai pada tahun 1960 iaitu 17 tahun selepas dilaporkan hilang.

Apollo 1, pembunuh! (1967)
Satu kilat telah memancar dan menyambar kapal angkasa Apollo 1 yang telah mengakibatkan kematian semua para pelatih yang ada di dalamnya. Ia berlaku sebelum Apollo 1 diluncurkan ketika menjalani latihan.

Tidak pandai berenang (1967)
Harold Holt, yang memegang jawatan Perdana Menteri Australia, hilang ketika berenang di sebuah pantai di Melbourne. Mayatnya tidak dijumpai sehingga sekarang.

“Apakah saya membosankan anda, Mr Rodale?” (1961)
Jerome Irving Rodale, warganegara Amerika, ialah seorang perintis pertanian organik, meninggal kerana mendapat serangan jantung ketika sedang diwawancara dalam rancangan Dick Cavett Show. Ketika beliau mula jatuh tertidur, Cavett, iaitu pengancara rancangan tersebut menyindir “Apakah saya membosankan anda, Mr Rodale?”. Walaubagaimanapun akibat kejadian tersebut, rancangan itu tidak pernah disiarkan.

Mati di Live News (1974)
Christine Chubbuck, seorang wartawan berita televisyen Amerika Syarikan telah membunuh diri pada tarikh 15 Julai pada pukul 9:38 pagi, iaitu setelah 8 minit dalam rancangan talk show, di WXLT-TV Sarasota, Florida. Ketika dalam rancangan tersebut, dia telah mengeluarkan pistol dan menembak dirinya sendiri di kepala.

Mati di gelanggang (1999)
Owen Hart, WWF (sekarang dikenali sebagai WWE) seorang ahli gusti meninggal setelah jatuh pada ketinggian 78 kaki ketika sedang diturunkan kedalam gelanggang menggunakan kabel dari atas gelanggang. Ketika kejadian, dia telah dirancangkan untuk memenangi Kejuaraan WWF Intercontinental pada malam kejadian itu.

Bukan sebahagian aksinya ker? (1984)
Tommy Cooper, ahli silap mata terkenal di Inggeris, meninggal di atas pentas di Her Majesty’s Theatre ketika siaran langsung acara rutinnya. Ketika kejadian, sebahagian besar para penonton dan pembantunya percaya yang itu adalah salah satu dari aksi pertunjukkannya.

“Sayang Sekali Anda Dapat Hidup Begitu Lama” (1996)
Richard Versalle mendapat serangan jantung di atas sebuah pentas di New York Metropolitan Opera ketika menyampaikan barisan dialog yang berbunyi “Sayang sekali anda dapat hidup begitu lama” ketika melakukan pentunjukkan The Makropulos Case. Richard menjadi orang yang kedua meninggal di atas pentas ini setelah Leonard Warren.