Memaparkan catatan dengan label Dia - Malaikat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dia - Malaikat. Papar semua catatan

03 Januari 2011

Al-kisah...7 wasiat JIBRIL!

www.news-all.com (421).JPG



Jabir bin ’Abdullah Al-Anshari Radhiyallah Anhu meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda;

1. Jibril selalu berwasiat kepadaku agar berbuat baik kepada tetangga sampai aku mengira kalau tetangga itu akan dijadikan sebagai ahli waris.

2. Jibril selalu berwasiat kepadaku agar memperlakukan isteri sebaik mungkin sampai aku mengira kalau isteri itu haram diceraikan.

3. Jibril selalu berwasiat kepadaku agar sebaik mungkin dalam memperlakukan para budak sampai aku mengira suatu waktu nanti mereka harus dimerdekakan.

4. Jibril selalu berwasiat kepadaku agar aku melakukan siwak (gosok gigi) sampai aku mengira kalau bersiwak itu wajib.

5. Jibril selalu berwasiat kepadaku untuk melakukan solat berjama’ah sampai aku mengira Allah tidak akan menerima shalat, kecuali dengan berjama’ah.

6. Jibril selalu berwasiat kepadaku untuk mengerjakan shalat Tahajjud sampai aku mengira tidak ada tidur pada waktu malam.

7. Jibril selalu berwasiat kepadaku agar senantiasa berzikir kepada Allah sampai aku mengira tidak ada ucapan yang bermanfaat, kecuali zikir kepada Allah.”

30 Ogos 2010

Al-kisah...Golongan yang tidak akan disoal oleh malaikat kubur!

http://ms.langitilahi.com/wp-content/uploads/2009/06/kubur_lama.jpg

Pertanyaan ini adalah khusus dengan ummat Muhammad SAW. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap Nabi beserta ummatnya adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang merupakan ain (iaitu satu bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah keadaan talajjuj (iaitu ragu-ragu) dalam menjawab. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di salah satu sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta menuntut dari si mayat agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai) Tuhan orang yang ditanya ketika malaikat bertanya:

“Siapakah Tuhanmu?”.

Pertanyaan kubur ini dikecualikan kepada orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith bahawa tidak adanya pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti:

1) Para Nabi. Yang hak bahawa mereka iaitu para Nabi tidak akan ditanya. Satu pendapat mengatakan bahawa mereka akan ditanya tentang Jibril dan wahyu yang diturunkan kepada mereka. Yang lebih afdhal dan lebih layak bagi kita ialah soal pertanyaan terhadap junjungan agung para Nabi tidaklah layak untuk dikhilafkan.

2) Shiddiqin yakni orang-orang yang selalu bersifat jujur dan benar di dalam setiap perkataan dan pengkhabaran.

3) Syuhada’ yakni mereka yang tergolong mati syahid.

4) Muraabithin yakni mereka yang selalu tekun menjalankan ibadah.

5) Orang-orang yang sebahagian besar waktunya di pergunakan untuk membaca setiap malam, baik dia membacanya ketika tidur atau sebelum tidur akan surah As Sajadah menurut pendapat sebahagian ulama.

6) Orang yang mati dengan sebab taun atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan sabar dan ikhlas.

7) Orang yang meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Untuk pengetahuan, Jumaat itu bermula selepas Asar hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu Asar hari Jumaat.

Qaul yang rajih (iaitu qaul yang lebih kuat dari segi dalilnya adalah) bahawa selain para nabi dan syuhada’ dalam peperangan adalah ditanya dengan pertanyaan yang ringan.

07 Julai 2010

Al-kisah.. .Manusia yang didoakan oleh malaikat!

Malaikat merupakan makhluk Allah yang sangat taat kepadaNya. Malaikat diciptakan dari cahaya dan nur, tidak memiliki nafsu seperti kita, bukan lelaki ataupun wanita dan sentiasa menjalankan tugasnya hingga ke hari kiamat. Walaubagaimanapun dalam apa keadaan sekalipun, para malaikat tetap berzikir dan membesarkan Allah SWT.

Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Berikut mereka yang mendapat doa daripada malaikat iaitu;

Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hambaMu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"


Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah
(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka;
'Bagaimana kalian meninggalkan hambaKu?'


Mereka menjawab;
'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat."


Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin' dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"


Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata;
'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak..."



Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70 ribu malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Wallahualam...

22 Jun 2010

Al-kisah...Payahnya Malaikat meminta tanah dari bumi!


Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam a.s. Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadiannya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM A.S (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah;

" Hai Izrail! Engkaulah kini yang Aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah SWT.

Lalu Allah berfirman;

"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."


Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi;

"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya."


JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah( Babylon )
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas;

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoa kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : Dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Di bawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah roh masuk ke dalam tubuh Adam;

Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Wallahualam...