Memaparkan catatan dengan label Cerita perempuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita perempuan. Papar semua catatan

10 April 2011

Al-kisah...Betapa berharganya menjadi seorang wanita!

Ketika Allah SWT menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, wahai Allah?"

Allah berfirman,"Sudahkah engkau melihat setiap perincian yang telah aku ciptakan untuk wanita? Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? Tidak mungkin!"

Allah berfirman,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari"

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Allah berfirman,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?," tanya malaikat.

Allah melanjutkan,"Airmata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan,dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah SWT berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk mengoncang dunia, namun harus cukup lembut untuk memberikan keselesaan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan pada bila-bilapun ia perlukan."

CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

25 Julai 2010

Al-kisah...Jenis perempuan buruk perangai!

SEORANG penceramah wanita telah menjelaskan bahawa ada enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

Kalau wanita yang memiliki sifat-sifat ini diambil menjadi isteri nescaya ia akan mendatangkan masalah kepada si suami. Enam sifat itu disebutkan dalam sebuah kitab yang turut dibacanya.

1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang botak.

5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6. Al Salaqah - wanita yang mulut becok, banyak cakap. Selalu ada di tempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

18 Julai 2010

Al-kisah...50 cara TEKEL lelaki!

1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.

6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.

8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

9. Jangan terlalu mengongkong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.

12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk 'plan' pertama memikat dirinya.

13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.

15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.

16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.

18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.

19. Jangan bandingkan 'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.

20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.

21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.

22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.

23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.

25. Mengetahui bila hari lahirnya.

26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

28. Agresif.

29. Jangan terlalu 'excited' ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

30. Jangan terlalu bersikap 'kelakian' dan ganas dalam pergaulan.

31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan 'perfect'.

32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.

35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.

38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!

39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.

40. Jangan bersikap terlalu kuno.

41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.

43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.

44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.

45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.

46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.

47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.

49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.

50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

16 Julai 2010

Al-kisah...25 'statement' tentang perempuan!


1.Perempuan adalah makhluk tuhan yang suka sangat “shopping”. Sebab, dalam anggapan mereka, kedai, shopping mall, supermarket, atau pasar adalah tempat di mana mereka seolah merasa ter'kontrol' (padahal buktinya mereka sangat “lost control” di tempat seperti itu).


2.Perempuan sangat menyukai segala hal yang bersifat “tawar-menawar”. Jadi, pertanyaan tentang ‘apakah itu diperlukan’ tidaklah relevan. Bagi mereka, segala sesuatu yang dijual dan ditawarkan ibarat sebuah permainan yang mengasyikkan dan adil.

3.Perempuan pada hakikatnya tidak memiliki sesuatu untuk dipakai. So, jangan bertanya tentang rak baju di dalam bilik, kamu hanya boleh tidak mengerti 'kenapa'?.

4.Perempuan suka menangis. Dan mereka tidak akan menangis kecuali mereka tahu bahwa kamu boleh mendengarnya.

5.Perempuan akan selalu bertanya tentang sesuatu yang tidak mempunyai jawapan pasti. Ini adalah usaha mereka untuk membuatmu merasa bersalah.

6.Perempuan suka berbicara. Jadi, mereka akan selalu bercakap, berborak, kerana berdiam diri atau menutup mulut sangat menyeksakan bagi mereka, walaupun mereka sebenarnya tidak ada sesuatu pun yang ingin dibicarakan.

7.Perempuan perlu untuk merasa bahawa ada orang lain yang lebih ‘buruk’ dari mereka. Itu kenapa acara-acara seperti Oprah Winfrey Show sangat sukses.

8.Perempuan tidak menginginkan seks sebanyak keinginan lelaki. Ini dikeranakan seks lebih bersifat fizik bagi lelaki, dan bersifat emosional bagi mereka. Jadi, hanya dengan mengetahui bahwa lelaki menginginkan seks dengan mereka, keperluan seksual mereka sudah pun terpenuhi.

9.Perempuan tidak menyukai serangga. Bahkan perempuan terkuat pun selalu memerlukan lelaki di samping mereka jika ada serangga yang muncul.

10.Perempuan tidak boleh menjaga rahsia. Sebab itu seolah mengerat mereka dari dalam. Imbasnya, mereka merasa bahawa bukanlah sebuah ‘dosa’ bila membicarakan rahsia tersebut kepada satu atau dua orang.

11.Perempuan selalu ingin tampil berkelompok di depan umum. Sebab, ini memberikan mereka kesempatan untuk bergosip.

12.Perempuan tidak pernah tahan untuk tidak menjawab telepon, apapun yang sedang mereka lakukan. Sebab mereka menganggap telepon itu sebagai pengumuman loteri dan mereka adalah pemenangnya.

13.Perempuan tidak pernah faham kenapa lelaki menyukai mainan. Sedangkan lelaki sangat paham bahawa mereka tidak memerlukan ‘mainan’ lain bila perempuan punya menu ‘on / off’.

14.Perempuan akan menyimpan tiga jenis shampo yang berbeza dan dua jenis conditioner di bilik mandi mereka. Setelah perempuan mandi, jangan heran bila bilik mandi akan berbau seperti ‘hutan tropika’.

15.Perempuan tidak mengerti ‘daya tarik’ olahraga. Lelaki akan mencari hiburan sebagai kesempatan untuk lari dari kenyataan. Sedang perempuan mencari hiburan untuk mengingatkan mereka bagaimana ’segala sesuatu’ boleh menjadi berbahaya.

16.Bila lelaki pergi untuk 7 hari perjalanan, maka mereka akan membawa pakaian untuk lima hari dan akan memakai pakaian yang sama untuk beberapa hari. Tapi bila perempuan pergi untuk 7 hari perjalanan, maka mereka akan membawa pakaian untuk 21 hari. Ini kerana mereka tidak tahu yang akan mereka rasakan apa yang mereka pakai setiap harinya.

17.Perempuan akan merapikan rambut mereka bila ingin tidur. Perhatikan bagaimana perempuan makan ais krim, maka kamu akan tahu bagaimana rupa mereka di tempat tidur.

18.Perempuan akan digaji (dibayar) lebih murah dibandingkan lelaki, kecuali dalam dunia model.

19.Perempuan tidak pernah ’salah’. Dan meminta maaf adalah tugas lelaki.

20.Perempuan tidak tahu apapun mengenai kereta, kecuali diperlukan kilang kereta untuk iklan.

21.Perempuan memiliki tempat tidur yang lebih baik dan tersusun dibanding lelaki. Sebab mereka berfikir dalam mimpi pun mereka akan dipuja.

22.Jumlah rata-rata barang di bilik mandi perempuan adalah 437. Lelaki tidak akan dapat mengerti apa gunanya barang-barang tersebut.

23.Perempuan akan mengatakan bahawa mereka menyukai binatang yang lucu seperti kucing. Lelaki juga berkata yang sama, tetapi bila tidak berada di depan perempuan, ia akan menendangnya.

24.Perempuan sangat suka bercakap di telepon. Mereka boleh menginap di tempat kawan selama dua minggu, lalu ketika kembali ke rumah, mereka akan menelepon kawan tersebut selama 3 jam.

25.Perempuan akan merapikan penampilan mereka (bersolek) bila ingin keluar untuk berbelanja, menyiram tanaman, membersihkan garaj, menjawab telepon, membaca buku bahkan ketika membuka surat.

15 Julai 2010

Al-kisah...Bila kita sayang !


Bila kita sayang orang tu
Kita tunggu dia lama pun tidak apa
Tapi bila dia tunggu...
Kita???
Dia marah-marah

Hati kata;
Alaaaa adatlah ada yang menunggu dan ditunggu.


Bila kita sayang orang tu
Kita tak tido pun tak per
Layan dia yang tengah bosan,

Tapi bila kite bosan
Ada dia layan kita?

Hati kata;
Tak per dia busy kot.


Bila kita sayang orang tu
Kita kol nak cakap ngan dia
Tapi dia bagi phone kat orang lain atau matikan
Kalau dia kol kita lambat jawab
Sibuk pula tanya kenapa

Bila jadi macam tu, tak apa
Hati kata;
Tak apa
Layan jer, dia busy lagi kot.


Bila kita sayang orang tu
Kita bercerita dengan dia
Tapi sebenarnya citer ngan tunggul lagi baik

Tapi bila dia bercerita ngan kita
Kita dengar sepatah-patah kena ingat
Kalau tidak ingat kita yang kena marah

Hati kata;
Tak apa sayang katakan.


Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih
Tapi bila kita letih
Dia suruh jugak kita
layan dia bila dia bosan
Adil ker?
Hati kata;
Ala bukan selalu pun.


Bila kita sayang orang tu
Kita jadi cam orang gila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit
Dia siap kuar ngan kawan-kawan dia meraikan
hari kesakitan kita
Hati kata;
Ala x per, takkan dia nak
berkepit ngan kita 24 jam.

Bila kita sayang orang tu
Kita tak pernah pentingkan diri sendiri
Tapi dia hipokrit tahap gaban
Hati kata;
Takpa, dia memang macam tu kena la terima.


Bila kita sayang orang tu
Kita sayang nak tinggalkan dia selama-lamanya
Tapi dia tak tahu kita berdepan dengan maut
Walaupun kita sakit,
Dia kata kat kita
Sakit
biasa-biasa jer
Jangan nak mengarut

Hati kata;
Camnerlah dia bila kita dah takder

Mesti dia happy.

Bila kita sayang orang tu
Kita tak sanggup tengok dia derita
Tapi dia tak pernah hargai diri kita
Hati kata;
Tau tak betapa kita sayangkan dia?


Bila kita sayang orang tu
Kita sanggup tingglkan dia selama-lamanya untuk dia bahagia
Tapi adakah dia tahu pengorbanan kita?
Hati kata;
Takper, janji dia bahagia


Dan…
Bila kita dah tinggalkan dia selama-lamannya
Dia datang ziarah pusara kita
Dia kata dia mintak maaf sebab pernah mengata kita
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita tunggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah paksa kita layan dia time bosan
Dia mintak maaf sebab pernah heboh satu dunia salah kita
Dia mintak maaf sebab pernah tak hiraukan kol kita
Dia mintak maaf sebab pernah tak dengar luahan hati kita
Dia mintak maaf sebab pernah buat kita kelaparan sebab dia
Dia mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita
Dia mintak maaf sebab tak pernah hiraukan sekitar kita
Dia mintak maaf sebab pernah pentingkan diri dia sendiri
Dia mintak maaf sebab tak pernah tengok penderitaan kita.

08 Julai 2010

Al-kisah...Kekesalan seorang isteri!

"Saya mahu berkongsi peristiwa yang masih mencengkam hidup walaupun ia sudah lama berlaku. Memang sukar untuk saya maafkan diri ini dan rasa bersalah sentiasa bermain di fikiran apabila mengingatkan saat-saat itu.

Saya dan suami adalah pasangan yang romantis malah menjadi perbualan rakan-rakan di pejabat. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tanggungjawab melayan suami dan menguruskan anak-anak, saya lakukan dengan sempurna.

Suami memahami tanggungjawab di rumah dan sentiasa membantu menguruskan rumah tangga. Kami sering mengerjakan solat berjemaah dan saya gembira melihat hubungan dalam keluarga saya.

Walaupun sesibuk mana tugas di pejabat, tanggungjawab melayan suami dan anak-anak tidak pernah diabaikan. Saya bersyukur suami memahami saya dan sentiasa bertolak ansur. Ini menjadikan saya semakin sayang kepadanya.

Memang dalam kehidupan, kita tak dapat melawan takdir dan ketentuan Ilahi. Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Hari itu, Isnin. Saya masih ingat, saya ke pejabat awal pagi kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan selain temu janji dengan beberapa pelanggan yang perlu dibereskan. Hari itu, saya pulang lewat ke rumah, biasanya jam 6 petang, saya sudah ada di rumah. Ketika saya sampai ke rumah, azan dari masjid berhampiran berkumandang. Saya lihat suami sudah bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Magrib. Begitu juga anak-anak saya sudah mandi dan riang bersama bapa mereka. Saya lihat suami saya amat gembira petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat hari itu. Oleh itu, dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan makan di luar. Saya dengan senang hati bersetuju.

Selepas menunaikan solat Maghrib, kami keluar ke sebuah restoran kira-kira lima kilometer dari rumah. Di restoran, kami sekeluarga berbual panjang, bergurau senda dan usik-mengusik, memang seronok bersama. Macam-macam yang dibualkan malah saya lihat suami begitu ceria melayan tiga anak kami yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Saya dapat rasakan kemesraan suami luar biasa, cara dia melayan dan ketawa memang bukan seperti hari biasa. Dalam hati terpancar rasa bangga kerana mampu membahagiakan suami tersayang. Saya melihat jam tangan.

"Sudah jam 12.30 tengah malam, bang. Dah lewat ni, ayuh kita pulang," kata saya.

Suami tanpa banyak soal memanggil pelayan dan membayar bil makanan dan minuman. Kami tiba di rumah jam 12.50 tengah malam. Anak-anak yang keletihan terus masuk tidur. Saya memang terlalu mengantuk apatah lagi selepas menikmati hidangan lazat di restoran. Mata pun seperti berat dibuka lagi. Ketika saya hampir melelapkan mata, suami membelai lembut rambut dan mencium pipi saya. Saya membuka mata dan hanya tersenyum. Dalam hati, saya memang mahu melayan kehendak suami tetapi hati saya berkata, esoklah, mata terlalu mengantuk, esok masih ada. Saya memberitahu suami terlalu mengantuk dan tidak boleh melayan kehendaknya. Saya mencium suami dan mahu melelapkan mata.

Bagaimanapun, saya pelik kerana suami masih merangkul tubuh saya, seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan. Saya membuka mata dan melihat wajah suami yang berseri-seri. Hairan saya kerana suami belum mengantuk, sedangkan dia juga keletihan.

Dia menarik saya lebih dekat dan membisikkan di telinga bahawa itu permintaan terakhirnya. Namun, dek terlalu letih dan tidak memikirkan perkara itu terlalu penting ketika itu, saya seolah-olah terus melelapkan mata tanpa sepatah bicara. Perlahan-lahan, suami melepaskan tangan yang merangkul saya.

Esoknya, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada pekara yang tidak kena. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka daripada pihak polis yang mengatakan suami saya terbabit dalam kemalangan dan meminta saya datang segera ke hospital.

Hati saya seperti mahu meletup ketika itu. Saya bergegas ke hospital tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami dan saya tidak sempat betemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis daripada hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir hidupnya di dunia ini.

Hakikatnya itulah pahala terakhir saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti jika suami tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Teringat sabda Rasulullah SAW yang saya baca dalam buku agama;

'Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isteri tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu hingga dimaafkan suaminya'.

Sehingga kini, setiap kali saya terkenangkan suami, air mata akan mengalir ke pipi. Saya sentiasa memohon keampunan daripada Allah supaya diampunkan kesalahan saya."

07 Julai 2010

Al-kisah...Fakta mengenai perempuan!


Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (oleh itu ramai wanita patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!

Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.
Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.

Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!

Setelah seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!

Satu ucapan 'hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

Senjata wanita adalah airmata!

Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Whatever la...

05 Julai 2010

Al-kisah...20 fakta menarik antara laki-laki vs perempuan!



1. Rata-rata perempuan tidur lebih lama 1 jam di waktu malam daripada lelaki.

2. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.
(betul tu coz bayi-bayi sekeliling telah membuktikan)

3. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi (gangguan) saat mengandung bayi lelaki dibandingkan dengan bayi perempuan.

4. Rata-rata berat otak lelaki lebih berat 1.4 kg daripada berat otak perempuan.
(disuruh guna otak di jalan yang sepatutnya tu, tapi tidak tau la...)

5. Pembedahan mengganti alat kelamin lebih banyak dilakukan oleh lelaki.
(kesiannyaaaaaaaaaaa)

6. Perempuan kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

7. Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara perbicaraan perempuan terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada perempuan. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada perempuan.
(tu pasal perempuan ni sensitif banyak)

8. Perempuan lebih baik pancaindera penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor ciuman.
(wowww)

9. Perempuan mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat / peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki.
(kalau tengok di bilik tidur ni kompom macam-macam jenis deodoran ada)

10. Kemampuan pancaindera laki-laki untuk mengecapi rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada perempuan.
(memang, coz kepakaran lidah lelaki terbukti untuk perkara-perkara lain)

11. Lebih dari dua kali pada perempuan cenderung homoseksual (menyukai sesama jenis) pada usia 45 tahun daripada lelaki.
(adedededeh)

12. Pada saat usia tua perempuan mengalami kerontokan rambut, pada usia yang sama sebahagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen (hormon lelaki ).
(mungkin inilah salah satu faktor penceraian berlaku)

13. Berpasangan dengan perempuan di jalanan, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap perempuan yang dijumpainya. Perempuan pula cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sedar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.

14. Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur, hanya 22 % saja pada perempuan.

15. Lelaki lebih banyak memilih merah, dan perempuan warna biru.

16. Perempuan rata-rata 153 saat berada di tandas, lelaki 113 saat.
(betulll coz perempuan banyak lagi kerja sampingan mau dibuat)

17. Satu berbanding empat, perempuan dibanding lelaki yang berbicara gagap.

18. Penelitian di Amerika, perempuan menggunakan waktu hampir 2 kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.
(hobi paling popular di kalangan perempuan)

19. Perempuan secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

20. Penelitian di England, kanak-kanak lelaki lebih mudah ditipu / diperdaya dibanding kanak-kanak perempuan.
(kalau di Malaysia, entahlah)


Mmm...

03 Julai 2010

Al-kisah...Hari lahir dan tabiatmu, perempuan !

Isnin

Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

Selasa

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

Rabu

Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

Khamis

Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

Jumaat

Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

Sabtu

Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dengan kelembutan.

Ahad

Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain

Tidak payahlah telampau taksub untuk percaya tau. Kalaupun macam sipi-sipi betul, hanya kebetulan saja tu. Hanya kamu ja yang kenal diri sendiri. Diam-diam ja la.

Ungka peddi be...