Memaparkan catatan dengan label Bulan Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bulan Ramadhan. Papar semua catatan

13 Ogos 2010

Al-kisah...Tanda-tanda malam Lailatul-Qadar!


Nabi Muhammad Shallallahu’Alaihi Wasallam pernah mengkhabarkan kepada kita di dalam beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya malam Lailatul Qadar, iaitu;

1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata;

Rasulullah Shallahu’Alaihi Wasallam bersabda;

“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, pada esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadis Hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah Shallahu’Alaihi Wasallam bersabda;
“Keesokan hari malam Lailatul Qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar seperti purnama” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkekadang dialami oleh sebahagian sahabat Nabi RA

4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairoh RA pernah berkata;

Kami pernah berbincang tentang Lailatul Qadar di sisi Rasulullah SAW, baginda bersabda;

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh pernama.” (HR Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor untuk syaitan)

Sebagaimana sebuah hadis, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah SAW;
“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor untuk syaitan)” (HR Thobroni)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan nikmatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

04 Ogos 2010

Al-kisah...Rahsia puasa!

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs255.snc4/40082_1443403937253_1597767358_1058893_3146921_n.jpg

Puasa sebenarnya memiliki rahsia dan dilengkapi pula dengan syarat kebatinannya. Imam Ghazali dalam kitabnya Bimbingan Mukminin menggariskan enam perkara dalam perkara rahsia iaitu:

Memejamkan mata dan menahannya daripada memandang perkara tercela dan dibenci agama, mengganggu hati, melalaikan daripada mengingat Allah.

Memelihara lidah daripada bercakap kosong, bohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan sombong.

Pelihara pendengaran daripada hal yang dilarang dan dibenci serta ungkapan yang diharamkan.

Memelihara seluruh anggota badan seperti tangan, kaki dan perut daripada dosa. Contohnya berpuasa menahan lapar, tetapi berbuka dengan makanan haram. Iman Ghazali memperi perumpamaan seperti seorang yang membina istana yang indah kemudian memusnahkannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya;

”Ada ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.”

Jangan membanyakkan makan waktu berbuka hingga terlampau kenyang dan terlalu mewah engan makanan. Bagaimana mahu melawan syaitan dan nafsu sedangkan perut yang terlalu kenyang itu sebenarnya mengundaang syahwat baru? Perbuatan makan sampai terlalu kenyang bertentangan dengan maksud puasa itu sendiri.

Hatinya hendaklah bimbang di antara takut dan harapan iaitu sama ada amalannya diterima Allah atau puasanya ditolak hingga digolongkan orang yang jauh dari rahmat Allah. Imam Ghazali menyifatkan perasaan seumpama itu harus sentiasa ada dalam diri seseorang setiap kali menunaikan apa jua ibadat.