Memaparkan catatan dengan label Cerita kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita kehidupan. Papar semua catatan

10 Oktober 2012

Al-kisah...Best nyer jadi anak sulung!






"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"


"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"


" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"


"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."


"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"


"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"


"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".

Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?



Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.




Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.

Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.

Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.

Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.

Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?



Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. 

Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. 

Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. 

Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??



Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?

Mungkin kata-kata kita selalu pedas? 

Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?

Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?



Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?

Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka.
Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.



Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?


Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. 

Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. 

Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?




Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu.

 Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?



Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. 

Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??



Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi.

 Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. 

Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!

05 April 2011

Al-kisah...10 kelahiran yang amazing!

1. Wanita yang melahirkan anak-anak dengan waktu kelahiran yang unik.



Seorang suri rumahtangga di Michigan bernama Barbara Sopher, merayakan ulang tahun puterinya, Cearra pada tanggal 10, bulan 10, tahun 2010 (10/10/10), diikuti dengan puteranya yang lahir pada tanggal 9, bulan 9, tahun 2009 (09/09/09), dan seorang lagi puterinya yang lahir pada tanggal 8, bulan 8, tahun 2008 (08/08/08). Memang benar-benar pelik, namun Barbara mengaku bahawa dia dan suaminya tidak pernah merancang pola kelahiran anak-anaknya yang unik tersebut.

2. Bayi yang lahir pada jam 1:11 pada 01.11.2011.


Seorang wanita di Minnesota melahirkan anak tepat pada jam 1.11 a.m, selasa, 11 Januari 2011. Mereka melihat pada jam saat detik-detik peristiwa kelahiran puteri mereka.

3. Dua wanita yang melahirkan anak di hari dan di hospital yang sama.


Amy Gilbert dan Allison Oliverio yang keduanya berusia 25 tahun, keduanya sama-sama melahirkan anak di hospital yang sama di bilik yang bersebelahan. Proses melahirkan mereka juga ditangani oleh doktor yang sama. Amy melahirkan bayi yang dinamai Claire, dan Allison melahirkan bayi bernama Garret. Dahulu keduanya menikahi kekasih mereka di Sekolah Menengah, dan beza waktu pernikahan mereka berjarak 6 bulan. Mereka mengaku bahwa mereka tidak merancang untuk hamil bersama. Dan uniknya, beza kelahiran anak mereka berbeza waktu 14 minit, beza berat badan 14 pound, dan beza ukuran tubuh 14 inchi.

4. Lima Anggota keluarga yang dilahirkan pada tanggal yang sama.


Sungguh benar-benar mengejutkan, 5 anggota dari satu keluarga lahir pada tanggal yang sama. Yang paling muda bernama Mila, yang lahir pada tanggal 29 Mac 2010. Keunikan ini dimulai 70 tahun yang lalu oleh Anita Marshall, diikuti dengan puterinya serta cucu-cucunya yang memiliki tanggal kelahiran yang sama dengan dirinya.

5. Wanita yang melahirkan dengan operasi caesar yang dilakukannya sendiri.


Ines Ramirez adalah satu-satunya wanita yang diketahui melakukan operasi caesar sendiri pada proses melahirkan anaknya. Ketika itu malam sudah tiba, klinik terdekat berjarak 80 km, sementara suaminya sedang berada di kantin dan tidak ada telepon untuk menghubunginya. Di saat itu, ibu berumur 40 tahun itu terbaring di kerusi kayu, dia mengambil alkohol dan sebuah pisau dan mulai memotong perutnya. Dengan penerangan lampu seadanya, dia mulai menghiris sampai ke dalam uterus dan menarik bayi laki-laki dari dalam perutnya. Setelah memotong tali pusat sang bayi, akhirnya dia pengsan, dan setelah sedar kembali, dia menutup luka di perutnya dengan kain dan menyuruh puteranya yang berusia 6 tahun untuk meminta pertolongan. Beberapa jam kemudian, seorang pembantu perubatan datang dan membawanya ke klinik dengan menempuh waktu 2 jam.

6. Wanita yang melahirkan 3 jam setelah mengetahui dia hamil.


Belinda Waite, 21, telah beberapa kali datang ke klinik selama 9 bulan terakhir dan dia diberitahu bahawa dia memiliki gangguan kehamilan yang serius. Kenyataannya, dia sedang mengandung seorang bayi perempuan yang sihat. Pada tanggal 6 Februari 2010, malam sebelum Louise lahir, Belinda pergi ke klinik dengan sakit di seluruh tubuhnya. Pada jam 10 malam, doktor memberitahu bahawa dia hamil 3 bulan, tapi faktanya dia hamil 9 bulan, dan Louise lahir 3 jam kemudian.

7. Kembar yang lahir dengan jarak waktu 1 minit di tahun yang berbeza.


Pasangan di Illionis Utara menyambut kelahiran puteri mereka pada saat minit-minit terakhir 2010, dan putra mereka di minit pertama tahun 2011. Yang puteri lahir pada jam 11.59 pm dan yang putra lahir 1 minit kemudian. Sang ayah, Brandon Lewis, mengatakan bahwa salah satu doktor menghitung minit-minit pada saat kelahiran tersebut.

8. Seorang ibu yang melahirkan seorang anak, lalu sepasang kembar, dan kemudian kembar 3.


Seorang ibu dari New York bernama Natasha Wilson, pada awalnya melahirkan seorang anak, lalu tahun berikutnya melahirkan anak kembar. Sebelum kelahiran ke-3, ibu Natasha bergurau bahwa kehamilan berikutnya akan melahirkan kembar 3 (triplets). Dan ternyata benar, tahun berikutnya Natasha melahirkan kembar 3. Keenam anak yang dilahirkannya semuanya laki-laki, sementara Natasha berharap menginginkan anak perempuan.

9. Pasangan yang mempunyai anak kembar berlainan warna kulit, 2 kali kelahiran.


Pasangan campuran dari Inggeris ini mempunyai anak kembar, yang satu berkulit hitam mengikut ayahnya dan satunya lagi berkulit putih mengikut ibunya. Dan kelahiran keduanya juga menghasilkan kembar yang sama dengan kes yang pertama. Para ilmuwan berpendapat, bahawa memiliki 2 pasang anak kembar yang berlainan warna kulit merupakan kejadian yang sangat luar biasa.

10. Wanita yang melahirkan bayi yang hampir seukuran dengannya.


Seorang wanita bernama Stacey Herald yang berukuran 72 cm, melahirkan bayi perempuan berukuran 46 cm yang tidak jauh lebih kecil dari dirinya. Kehamilan membuat perutnya yang besar kelihatan lucu."Saya kelihatan seperti kentang Idaho dengan lengan dan kaki", kata Stacey.

10 Mac 2011

Al-kisah...Ulama Mesir tidak perlukan POLITIK untuk berdakwah!

Seorang Ulamak dan penulis terkenal dari Mesir Sheikh Mustafa Lutfi al Manfaluti, telah menerima sepucuk surat daripada peminatnya yang menegur beliau kerana tidak pernah menulis mengenai isu-isu politik, malah lebih banyak tertumpu kepada tulisan dan ceramah mengnenai isu-isu moral dan masyarakat. Mengapa mata pena anda tidak mahu menggariskan isu-isu politik. Kami menunggu buah fikiran anda mengenai politik. Kami ingin melihat tuan Sheikh sebagai seorang ahli politik.

Dalam jawapannya, Tuan Sheikh itu menulis “Allah mengetahui bahawa saya tidak suka terlibat dalam kegiatan politik kerana politik itu dicemari dengan pembohongan, hasad dengki, penyelewengan, khianat dan fitnah”.

“Saya tidak suka menjadi tukang tarik tali gantung , malah tidak ada apa-apa bedanya antara orang politik dengan tukang tarik tali gantung. Bukankah kerja mereka untuk membunuh orang?. Apakah bezanya dengan ahli politik yang membunuh seluruh umat melalui fitnahnya?”

“Bukankah ahli politik yang terdapat dalam kalangan Umat Islam hari ini, sangat keras hati dan sanggup melakukan tipu helah sehingga mereka terlupa segala rahmat dan nekmat yang Allah curahkan kepada mereka. Bukankah orang politik itu mendapat kedudukan yang tinggi. Namun sejarah hidup politiknya penuh dengan titik-titik hitam”.

“Bolehkah menjadi seorang politik, jika tidak berdusta dalam perkataan dan perbuatannya, sepanjang kariar politiknya? Bolehkah ia melahirkan apa yang sebenarnya ada dalam sanubarinya. Mampukah ia tersenyum di kala berhadapan dengan seorang yang menangis kerana kecelakaan? Atau mampukah ia menangis di kala berhadapan dengan seorang yang sedang ketawa?”

Menjadi lumrah alam, seseorang yang sudah melakukan rasuah atau mencuri, apabila sampai ke surau atau masjid, mereka menadah tangan kelangit, memohon agar Allah memberi kepada mereka rezki yang halal dan menjauhi makanan yang haram.

Orang politik itu cepat melenting apabila ditanya oleh wartawan mengenai perkara-perkara yang menjadi punca kemarahan kepadanya. Dia lupa kepada ceramahnya di masjid tadi yang melarang supaya umat Islam jangan cepat marah atau membuat fitnah atau menghina orang lain. Apabila ditanya mengenai isu-isu sensitif dia naik berang dan lisan yang tidak bertulang itu akan memuntahkan perkatan-perkatan yang sepatutnya tidak keluar daripada seorang yang bergelar ulamak.

Pada suatu hari seorang ulamak yang baru balik dari Mesir, sangat petah bercakap dan hujahnya membawa keyakinan. Peminatnya sangat banyak di sekitar lembah Klang yang terdiri daripada pelbagai fahaman politik. Bilangan itu semakin bertambah dari satu masa ke satu masa.

Pada suatu hari seorang orang tua yang menjadi peminat setianya membisik ke telinga tuan guru agar beliau jangan menyertai mana-mana parti politk kerana bimbang akan hilang taringnya pada suatu hari nanti, malah akan hilang seorang pendakwah yang sangat diperlukan oleh umat Islam.

Memang benar, apabila Tuan Guru itu menyertai sebuah parti politik, beliau telah kehilangan muridnya kerana yang hadir boleh dibilang dengan jari. Bukankah itu satu kerugian. Mereka menungu-nunggu agar Tuan Guru itu meninggalkan politk dan meyertai gerakan pembebasan fasad yang memerlukan kepada penceramah motivasi seperti beliau untuk meletakkan Islam selaras dengan zaman sains dan teknologi masa kini.

(Datuk Abd. Manaf Ahmad adalah Pengerusi Manaf Research Centre)

18 Januari 2011

Al-kisah...Satu kampung peluk Islam!


MINA: Satu pembedahan untuk memisahkan sepasang kembar siam, yang diketuai oleh Menteri Kesihatan Dr. Abdullah bin Abdulaziz Al-Rabeeah, telah menyebabkan seluruh penduduk sebuah kampung di Cameroon memeluk Islam.

Ini didedahkan oleh seorang pegawai tinggi negara Afrika itu, Sultan Omar, semasa mengadakan lawatan untuk bertemu dengan Al-Rabeeah di Hospital Kecemasan Mina. Kembar tersebut, Rahima dan Hamidah, dipisahkan pada April 2007.

“Kejayaan pembedahan yang dijalankan oleh Al-Rabeeah itu telah menyebabkan ketua dan ahli-ahli puak di kampung Banki Tungo, yang berpenduduk seramai 1,100 orang, dan ramai lagi di beberapa bahagian Cameroon memeluk Islam secara beramai-ramai. Tindakan mereka didorong oleh sikap perikemanusiaan yang ditunjukkan oleh Raja Abdullah,” katanya.

Omar diiringi delegasi seramai 26 orang saudara baru warga Cameroon, yang sedang mengerjakan Haji sebagai tetamu Raja Abdullah, mengunjungi Al-Rabeeah untuk menyampaikan ucapan terima-kasih kepada beliau. “Kami bukan sahaja terhutang budi kepada Al-Rabeeah, tetapi juga kepada Raja Abdullah yang mengarahkan supaya kembar tersebut dipisahkan dengan kos ditanggung baginda.

Pembawa sial

Kembar Siam warga Cameroon Rahima dan Hamidah (dulunya dikenali Pheinbom dan Shevoboh) dianggap sebagai pembawa sial semasa dilahirkan, tetapi kejayaan pakar-pakar bedah Arab Saudi melakukan pemisahan telah merubah kehidupan mereka – dan keimanan penduduk kampung mereka.


Mereka bercantum di dada, perut dan punggung sewaktu dilahirkan dan para jururawat yang menyambut kelahiran bayi tersebut di Babanki Tungo, sebuah kampung utara Cameroon, berasa terkejut dengan “kelahiran pelik” itu sehingga lari bertempiaran meninggalkan klinik.

Perkhidmatan perubatan asas di Babanki Tungo sangat terbatas untuk merawat kambar perempuan tersebut dan, setelah rayuan dibuat melalui internet, Raja Abdullah bersetuju menanggung kos membawa mereka ke Arab Saudi untuk tujuan pembedahan pada 2007.

Pembedahan yang mengambil masa selama 16 jam tersebut berjaya memisahkan kembar tersebut dan kini masing-masing memiliki perut sendiri.

Memeluk Islam

Beberapa orang di Babanki Tungo – sebuah kampung yang mengeluarkan hasil-hasil sayuran – menganggap kembar tersebut sebagai “hadiah syaitan” yang dihantar untuk menghukum ayah mereka, yang sudahpun mempunyai 13 anak dengan dua isteri yang lain.

Setengah yang lain pula percaya yang Rahima dan Hamidah dihantar untuk menghukum seluruh kampung, selepas seorang pemimpin tradisi dalam wilayah berkenaan dibakar hidup-hidup oleh orang-orang bawahannya.

“Segalanya sangat sukar sewaktu bayi-bayi itu masih bercantum,” kata Emerencia Nyumale, ibu kepada pasangan kembar tersebut. “Apabila orang nampak saya membawa anak-anak, mereka akan lari dan ini membuatkan saya berasa sungguh bersalah dan sepi keseorangan,” katanya. “Syukur kepada tuhan segalanya sudah berakhir selepas pemisahan dilakukan.”

Cerita tentang kanak-kanak tersebut juga membawa kesan lain kepada penduduk Babanki Tungo.

Kerajaan Saudi membiayai pembinaan sebuah pusat Islam di kampung tersebut yang terdiri daripada sebuah masjid, taman asuhan kanak-kanak, sekolah rendah dan pusat kesihatan.

Beberapa orang penduduk percaya tindakan ini akan menyebabkan lebih ramai penduduk Kristian Babanki Tungo memeluk Islam. Langkah ini telah dimulakan oleh ibubapa kembar tersebut. Si ayah, Ngong James Akumbu, sekarang dikenali sebagai “Abdallah”, Emerencia sebagai “Aisha”, dan lima orang anak-anak mereka telahpun memasuki sekolah rendah Islam.



Rahmat atau sumpahan?

Kum Edwin, seorang guru di sekolah tersebut, juga telah memeluk Islam. “Sebelum sekolah dibuka, saya menganggur, dan memiliki ramai teman wanita dan banyak minum,” kata Edwin, yang menukar nama kepada “Abdallah Wagf”.

“Bila saya dengar sebuah sekolah Islam akan dibuka, saya terus mengikuti kursus pengajian Islam selama tiga bulan… Saya dah tak minum dan sekarang sedang mencari calon isteri kerana memiliki ramai teman wanita bukannya satu sikap yang baik.”

Ramai penduduk di Babanki Tungo menganggap kelahiran Rahima dan Hamidah telah membawa rahmat dan bukannya sumpahan. Masyarakat tidak lagi memandang serong melihat kanak-kanak kembar tersebut merangkak dalam kampung, seperti yang mereka lakukan dahulu.

“Saya selalu memberitahu para ibubapa supaya bersabar apabila menerima ujian tuhan kerana sesuatu yang buruk akan bertukar menjadi baik di masa depan,” kata ayah si kembar.

Sememangnya, kembar tersebut telah mengubah nasib mereka. Setelah melalui kepahitan dipinggirkan, sekarang kembar tersebut mempunyai kehidupan masing-masing dan menjadi faktor kepada perubahan yang berlaku dalam masyarakat sekeliling.

07 Januari 2011

Al-kisah...Tragedi seorang model!

SETIAP tulang yang menonjol pada tubuh kurusnya pernah menjadi tajuk utama serta perdebatan hangat dalam industri fesyen dunia hingga media sering menuding jari menyalahkan industri itu sebagai punca masalah pemakanan tidak seimbang di kalangan peragawati.

Sejak tiga tahun lalu, nama Isabelle Caro mula menjengah industri fesyen Eropah apabila bertindak berani menayangkan tubuh kurusnya bagi poster kempen menentang anoreksia yang dipaparkan secara meluas pada malam sebelum bermulanya Minggu Fesyen Milan di Itali.

Poster itu kemudian diharamkan penyiarannya oleh beberapa syarikat pengiklanan utama Itali. Namun imej menyedihkan itu terus tersebar luas dalam berpuluh laman web lalu mencetuskan perdebatan di kalangan warga industri terbabit dan media Barat susulan kematian mengejut dua model Amerika Latin beberapa bulan sebelum penyiaran poster Isabelle itu.

Isabelle, yang bergelut dengan anoreksia sejak berusia 13 tahun, tetap mempertahankan tindakannya tampil dalam poster itu yang disifatkan sebagai salah satu usaha untuk memberi amaran kepada wanita muda yang bermasalah serupa agar segera mendapatkan bantuan.

Dia mula muncul dalam beberapa sesi program bual bicara di Eropah dan Amerika Syarikat selain mewujudkan laman blog bagi memberi kesedaran mengenai pemakanan seimbang. Pada masa sama, dia menerbitkan buku bertajuk The Little Girl Who Didn’t Want To Get Fat (2008) yang menceritakan bagaimana dia terjebak dalam masalah itu. Isabelle bagaimanapun tewas dalam pertarungannya menentang anoreksia apabila disahkan meninggal dunia pada usia 28 tahun dua bulan lalu. Dia dilaporkan meninggal dunia pada 17 November 2010 selepas kembali ke Perancis dari Tokyo dan kematiannya itu dirahsiakan sehingga minggu lalu.

Punca kematiannya tidak diketahui namun Isabelle sebelum itu dirawat di hospital selama dua minggu susulan masalah pernafasannya. Majlis pengebumiannya juga dilakukan secara tertutup oleh ahli keluarga dan teman rapatnya di Paris.

Teman rapat merangkap jurulatih lakonannya, Daniele Dubreuil-Prevot, berkata model serta pelakon kelahiran Perancis itu sememangnya sudah lama mengalami masalah pemakanan yang tidak seimbang dan sering kesakitan.

Seorang lagi teman baiknya, Vincent Bigler, memberitahu akhbar The Independent bahawa Isabelle berazam membantu wanita yang bergelut dengan masalah pemakanan seperti dirinya.

“Pada luarannya, dia seorang gadis yang terlalu kurus dengan suara yang tidak kedengaran, tetapi dalam dirinya, dia mempunyai azam dan ketahanan diri yang mengagumkan. “Dia sering berusaha mendekatkan diri dengan wanita yang mengalami masalah sepertinya. Dia tidak kisah memberi nombor telefon bimbitnya kepada sesiapa yang ingin mendapatkan bantuannya, malah meletakkan nombor telefon itu dalam laman blognya. “Isabelle sememangnya seorang teman yang disenangi dan berfikiran terbuka,” kata penyanyi dari Switzerland itu. Bigler mula mengenali Isabelle dengan lebih rapat selepas menulis lagu mengenai wanita itu, ‘J'ai fin’, yang diterjemahkan sebagai ‘Saya sudah selesai’ tetapi ramai merasakan bunyinya hampir sama dengan ‘J'ai faim’ yang bermaksud ‘Saya lapar’ dalam bahasa Perancis.

Kempen poster Isabelle berjaya mencetuskan kemarahan beberapa aktivis kemanusiaan yang bimbang imej tulang dan rangka yang dipamerkannya itu mampu membuatkan ramai wanita muda terpengaruh, bukannya mengelakkan perkara itu berlaku.

Menerusi forum Internet thinspiration, minggu lalu, jumlah pengguna yang melayari forum itu makin bertambah dan mereka megah mengagungkan isu anoreksia yang dihadapi kebanyakan model ketika ini.

Tubuh kurus Isabelle dijadikan modal untuk menarik lebih banyak perhatian pada laman blog ini. Salah satu daripadanya memaparkan imej Isabelle yang mengerikan dengan ayat ‘mati muda, kekal menarik’.

Namun sepanjang hayatnya, Isabelle sentiasa menolak kritikan dan tohmahan yang dilemparkan padanya. Malah, dia percaya wanita muda mampu mengelakkan diri daripada terjebak serta tidak mudah terpengaruh dengan poster kempen di media.

“Anoreksia yang saya alami ini boleh menyebabkan kematian. Ia berkaitan dengan semuanya kecuali kecantikan mutlak seorang wanita. “Ia bukanlah seperti yang dilihat dalam foto. Ia pancaran sebenar diri saya yang tiada solekan serta tiada perubahan dilakukan untuk mencantikkan gambar itu. “Mesej yang disampaikan juga amat jelas - saya mengalami psoriasis, berdada leper dan mempunyai jangka hayat tubuh seperti orang tua,” ujar Isabelle ketika ditemu bual lebih tiga tahun lalu.

Jurufoto Itali, Oliviero Toscani, yang merakamkan foto untuk poster iklan kempen kontroversi itu tidak ketinggalan menyifatkan ia satu masalah yang sukar dibendung terutama di kalangan model baru yang berusaha mencipta nama di pentas peragaan dunia.

“Lihat pada iklan yang saya terbitkan, kebanyakan model yang mengalami anoreksia sering mengatakan mereka perlu menghentikan diet yang tidak seimbang. “Foto seperti ini tidak sepatutnya menjadi isu mengejutkan kerana ia adalah realiti yang selama ini berlaku di depan mata kita,” katanya.

Kala fotonya dirakamkan untuk kempen antianoreksia itu, Isabelle hanya seberat 29 kilogram dan baru pulih daripada koma. Ketika ditemu bual penyanyi Amerika Syarikat, Jessica Simpson dalam program The Price of Beauty, dua tahun lalu, Isabelle memberitahu dia berjaya menaikkan berat badan sehingga 39 kilogram.

Dalam program itu, dia turut menceritakan detik awal pembabitannya dalam dunia peragaan selepas tamat sekolah dan berat badannya terus susut sehingga 10 kilogram. “Pihak agensi tidak melarang, malah menggalakkan saya menurunkan lebih banyak berat badan agar mudah mendapat kontrak peragaan. Ia perkara biasa dalam mana-mana agensi,” ujarnya.

Apa yang pasti, kematian Isabelle ini kembali menghangatkan perdebatan dan kecaman terhadap dunia peragaan yang sentiasa mahukan modelnya kekal pada saiz sifar. Isabelle bukanlah model pertama dan mungkin bukan yang terakhir mengalami masalah mental, emosi, fizikal dan kini kematian disebabkan tekanan untuk kekal kurus bagi memenuhi kriteria peragaan bagi pereka antarabangsa.

Sebelum ini, nasib serupa menimpa model dari Uruguay, Luisel Ramos yang meninggal dunia pada 2007 selepas hanya mengamalkan diet salad dan minuman ringan tanpa gula.

Begitu juga model Brazil, Ana Carolina Reston yang meninggal dunia dengan berat hanya 40 kilogram dan ketinggian 173 sentimeter selain Hila Elmalich, model Israel yang meninggal dunia pada 2007 dengan berat kurang 27 kilogram.

Al-kisah...Dianggap gila setelah memeluk Islam!

Hidayatullah.com–Namanya Yahya Schroeder. Ia muallaf baru asli Jerman. Memeluk Islam setahun lalu atau tepatnya Nopember 2006. Saat itu ia berusia 17 tahun. Saat remaja lain sibuk mereguk nikmatnya puncak masa remaja, Yahya justru sedang berada di puncak pencarian spiritualnya. Melalui situs www.readingislam.com (11/9) ia menorehkan kisah perjalanan spiritualnya itu kepada publik, semata-mata untuk berbagi pengalaman dengan sesame saudara se-Islam, terutama yang berdomisili di negara non-Muslim.

Sebagai seorang muallaf, Yahya mengaku lebih mudah mengikuti dan mengamalkan Islam ketimbang muslim tradisonal yang lahir dan dibesarkan di Jerman. Ada sebagian pemuda muslim yang lahir disana, sepengetahuan Yahya, justru ingin dikenal sebagai orang Jerman. “Mereka tidak bangga dengan Islamnya. Bagi mereka Islam hanyalah sebuah tradisi. Malah ada yang berani menggadaikan keislamannya hanya agar bisa berganti kewarganegaraan,” ungkap pemuda murah senyum itu. Na’uzubillah!.

Memang, seperti diakui Yahya, hidup sebagai seorang Muslim di Jerman tidaklah mudah.

“Jika orang Jerman ditanya apa yang mereka ketahui tentang Islam, maka mereka akan jawab Islam identik dengan yang berbau Arab. Jadi persis seperti sebuah simbol operasi dalam matematika, Islam=Arab. Mereka belum tahu kebesaran Islam yang sebenarnya,” imbuhnya.

Masa remaja penuh ceria

Yahya dibesarkan di sebuah desa kecil di pinggiran Potsdam. Ia tergolong anak keluarga berada. “Aku tinggal di sebuah rumah mewah dengan ibu dan ayah tiriku. Rumah kami memiliki halaman yang cukup luas dan ada kolam renangnya. Sebagai seorang remaja aku sangat menikmati hidup ini. Punya banyak teman, kami sering bikin pesta, minum alkohol, mabuk-mabukkan, dan acara gila-gilaan lainnya. Ya seperti kebanyakan pemuda Jerman umumnya, Pokoknya happy,” ujar Yahya mengenang.

“Kala itu aku punya segalanya; rumah mewah, mobil, uang, dan berbagai macam jenis mainan canggih. Aku tidak pernah kekurangan uang, tapi entahlah, aku merasa hidup tidak tenang, selalu gelisah. Kala itu pun aku berpikir untuk mencari “sesuatu” yang lain,” sambungnya.

Memasuki umur 16 tahun ia bersua dengan komunitas Muslim di kota Potsdam melalui perantaraan ayah kandungnya. Ayahnya memang telah duluan memeluk Islam tahun 2001. Ya kendati telah bercerai dengan sang ibu, namun Yahya senantiasa menjenguk ayahnya sekali dalam sebulan dan sering pula menghadiri pengajian warga muslim disana.

Secara perlahan, Yahya mulai tertarik dengan Islam. Rupanya sang ayah memerhatikan gejala itu. Sang Ayah ingin ia belajar lebih jauh tentang Islam dari orang yang memiliki ilmu yang lebih tinggi. Sejak saat itu Yahya mulai serius belajar Islam dan menghadiri forum pengajian rutin setiap bulannya.

Satu ketika, terjadilah sesuatu yang tak diinginkan, yang nantinya merubah semua jalan hidupnya. “Ceritanya, satu hari aku ikut kawan-kawan pergi berenang. Nah saat melompat ke kolam, aku terpeleset dan jatuh tidak sempurna. Akibatnya, punggungku mengalami retak berat dan kepala berbenturan hebat dengan dasar kolam. Cederaku cukup parah hingga ayah segera melarikanku ke rumah sakit.”

“Di rumah sakit, dokter menyarankan agar jangan banyak bergerak. Cedera punggungku cukup parah yang mengakibatkan engsel tangan kanan bergeser. Katanya: “Nak, janganlah banyak bergerak. Sedikit saja salah bergerak bisa menyebabkan cacat nantinya.” Kalimat dokter itu sungguh sangat tidak membantu. Malah membuatku tertekan luar biasa.”

Sejurus kemudian, sebelum dibawa ke ruang operasi, Ahmir salah seorang sahabatnya berujar.”Yahya, hidupmu kini ada di tangan Allah. Ini mirip seperti sebuah perjudian, antara hidup dan mati. Kini kamu berada di puncak kenikmatan dari sebuah pencarian. Bertahanlah, sabarlah sahabat. Allah pasti bantu.” Kalimat Ahmir dirasakan Yahya sangat luar biasa. Ia sangat termotivasi dan semangat hidupnya muncul kembali.

“Operasi berjalan selama lima jam dan aku siuman selepas 3 hari. Saat terjaga tangan kananku sulit digerakkan. Namun, entah mengapa, aku merasa orang yang paling bahagia di muka bumi ini. Bahkan kepada dokter kuberitahukan bahwa aku tidak peduli dengan cedera yang kualami. Aku justru bahagia Allah masih mengizinkanku hidup,” kenang Yahya.

“Dokter mengatakan aku harus tinggal di rumah sakit selama beberapa bulan. Tapi tahukah kawan, aku dirawat cuma dua pekan saja! Itu karena aku latihan rutin dan penuh disiplin. Satu hari dokter datang dan bilang: ”Hari ini kita coba latihan naik tangga ya.” Padahal tanpa sepengetahuan mereka sebenarnya aku telah melakukan latihan atas inisiatif sendiri, dua hari sebelum dokter datang,” sambungnya. Begitulah, akhirnya ia dapat menggerakkan kembali tangan kanannya seperti sediakala dan cuma dua pekan di rumah sakit.

“Kecelakaan itu telah mengubah jalan hidupku. Aku jadi suka merenung. Jika Allah inginkan sesuatu, maka kehidupan seorang individu bisa berubah hanya dalam hitungan detik. Aku pun mulai serius berpikir tentang hidup ini dan Islam tentunya. Keinginan untuk memeluk Islam makin menjadi-jadi, yang berarti harus meninggalkan rumah, keluarga yang kucintai dan semua kemewahan hidup disana,”ungkapnya. Akhirnya ia memutuskan pindah ke Potsdam.

Kala pindah ke Potsdam Yahya cuma membawa beberapa lembar pakaian, buku sekolah dan beberapa CD kesayangannya. Ia tinggal sementara di apartemen ayahnya.

“Kecil memang tempatnya, hingga aku musti tidur di dapur. Tapi itu tidak masalah bagiku. Aku merasa bahagia. Sangat bahagia, persis seperti kala terjaga dari siuman di rumah sakit selepas kecelakaan hebat itu.”

Mengucap dua kalimah syahadah

Tak berapa lama ia mulai menjalani hari pertama di sekolah. Mendadak semua serba baru baginya. Apartemen baru, sekolah baru, teman baru dan pertamakali tanpa keluarga lengkap. Persis sehari selepas hari pertama di sekolah, ia pun bersyahadah. Begitu teman-teman sekolahnya tahu ia beragama Islam mulailah mereka mengejek dengan kalimat-kalimat usil.

“Ada teroris”, “Usamah bin Laden datang,” “Islam itu kotor”. Begitu mereka mengejek Yahya. Sebagiannya malah ada yang menganggapnya gila. Lebih parahnya lagi, bahkan ada yang tidak percaya ia orang Jerman asli.

“Aku bisa maklumi, karena mereka hanya tahu Islam dari media yang cenderung memojokkan Islam,” tukasnya

Akan tetapi setelah 10 bulan berjalan situasinya benar-benar berubah. Sikap teman-temannya berubah drastis. Rekan-rekan sekelasnya berhenti bersikap usil. Malah mereka sering bertanya tentang Islam. Pandangan mereka tentang Islam pun berubah. Menurut mereka, ternyata Islam itu cool! Indah! Subhanallah!

“Perubahan itu tentu saja tidak serta merta. Secara halus dan perlahan aku melakukan dakwah di kelas. Tentu saja bukan dengan ceramah agama. Sikap dan tingkah lakulah yang banyak membantu mereka mengenal Islam. Percaya tidak, kini aku bahkan punya ruang shalat khusus. Padahal akukah satu-satunya siswa Muslim di sekolah itu,” ujar Yahya senang.

“Mereka baru tahu ternyata Islam punya adab atau tata tertib dalam hidup. Yang menarik bagi mereka, Islam tidak ekslusif, tidak mengelompokkan diri dalam kelompok-kelompok khusus. Seperti di sekolahku ini,” imbuhnya.

Dikatakannya, di sekolah itu ada tiga kelompok utama yakni kelompok yang suka hura-hura. kongkow-kongkow; lalu ada kelompok punk; dan satunya lagi kelompok yang suka pesta-pestaan. Setiap orang selalu mencoba untuk jadi anggota kelompok dari salah satu grup, semata-mata supaya diterima oleh yang lainnya.

“Kecuali aku! Aku tidak masuk kelompok manapun, namun diterima oleh semua mereka. Aku bisa menjadi teman bagi setiap orang. Tidak perlu menggunakan pakaian tertentu supaya dibilang “cool.” Bahkan mereka selalu mengundangku, demikian juga teman-temanku yang Islam pada acara-acara mereka,” kisah Yahya.

Mereka menaruh respek pada Yahya sebagai seorang muslim. Bahkan lebih dari itu, jika ada acara mereka secara khusus menyiapkan makanan halal untuknya. Misalnya acara bakar sate, maka mereka siapkan dua alat pembakar. Satunya untuk mereka dan satunya lagi khusus untuk Yahya dan rekan-rekan Muslimnya.

“Bukan main! Kini mereka benar-benar terbuka dengan Islam. Aku hanya berdoa agar Allah beri mereka hidayah. Amiin,” harapnya sembari berdoa.

Selepas memeluk Islam, kesibukan Yahya kini bertambah. Ia menjadi produser film. YaYa Productions nama perusahaannya yang berlokasi di Potsdam. Produksinya terutama film-film dokumenter yang kebanyakan mengisahkan perjalanan hidup seorang muallaf dan kebanyakan dalam bahasa Jerman dengan terjemahan bahasa Inggris.

“Tujuan aku buat film adalah untuk menunjukkan kepada kalangan non-Muslim bagaimana Islam yang sebenarnya. Jauh dari apa yang ditampilkan media selama ini. Mudah-mudahan film-film itu bisa mencerahkan pandangan mereka,” ujar Yahya yang meyakini pekerjaannya itu sebagai bagian dari dakwah. [zulkarnain jalil (Aceh)/www.hidayatullah.com]

03 Januari 2011

Al-kisah...Si malang bertuah yang ditimpa malang!

7. Jason and Jenny Cairns-Lawrence;
selalu berhadapan dengan situasi serangan pengganas.


11 September, World Trade Center;
Pasangan ini berada di New York pada saat menara kembar WTC jatuh dan hancur.


7 Julai 2005, ketika mereka sedang berada di London,
mereka sekali lagi berada di bandar di mana serangkaian bom meletup di stesen kereta api bawah tanah.


2008, akhirnya mereka berfikir untuk tidak melancong ke bandar-bandar besar dan pergi ke Mumbai, India,
dan akhirnya mereka menemui ajal ketika berada di sana yang ketika itu telah berlaku pengeboman dan tembak menembak yang telah membunuh ratusan jiwa.

6. Violet Jessop;
Hampir tenggelam di kapal persiaran sebanyak tiga kali.


Cerita Violet dimulai pada saat dia bekerja sebagai jururawat di Olympic, ‘adik’ kapal Titanic. 20 September 1911, Olympic berlanggar dengan kapal tempur Inggeris, untungnya dia selamat.kerana itulah, akhirnya Violet pindah ke kapal berikutnya, Titanic!

Mungkin tidak perlu cerita panjang lebar tentang kapal Titanic, tentu semuanya sudah mendengar ceritanya bukan? Setelah kejadian dari Titanic, Violet mulai 'taubat' dan menjauh dari kapal, mungkin dia sudah trauma akibat dari kapal Titanic. Ironiknya, kebetulan kapten kapal Olympic dan Titanic ketika kejadian itu adalah sama iaitu Edward J. Smith.

Setelah beberapa lama tidak ke laut, akhirnya Violet rindu dan kembali lagi menjadi jururawat di kapal Britannic. 1916, kapal tadi melanggar batu karang dan sekali lagi Violet selamat. Akhirnya dia merasa laut bermusuhan dengannya, akhirnya Violet menjauhkan diri dari laut. Malangnya pada saat dia meninggal akibat kegagalan jantung pada 1971, mayatnya telah dibuang ke laut!

5. Robert Todd Lincoln ;
mengenali presiden yang mati kena tembak.


Ayah kepada Robert ini siapa lagi kalau bukan Abrahm Lincoln? Jadi ceritanya bermula dari ayahnya sendiri. Pada umur 21 tahun, Abrahm Lincoln terbunuh, kemudian, Robert masuk ke dalam dunia politik dan berada di jabatan Menteri Perang di bawah pemerintahan James Garfield.

1811, 4 bulan setelah Robert diangkat sebagai menteri,
pada saat mereka berdua sedang dalam perjalanan ke New Jersey, Presiden James Garfield telah ditembak. Setelah hampir 20 tahun tidak ada Presiden yang dikenalinya mati tertembak, akhirnya dia diundang ke acara presiden McKinley.


Memang Robert bukan jadi saksi mata, tapi setidaknya dia berada di ruangan yang sama dengan presiden McKinley pada saat beliau tertembak! Semenjak saat itu, semua undangan dari Presiden manapun selalu ditolak olehnya.

4. Ann Hodges;
terkena meteor.

Percaya atau tidak, dia adalah satu-satunya manusia di dunia yang terkena meteor! Pada 30 November 1954,
Ann Hodges tidur siang di biliknya, dan tanpa diketahuinya, ada meteor yang jatuh dari langit. Batu chondrite ini pecah menjadi tiga bahagian dan salah satunya melukai Ann di pinggangnya.


Malangnya tidak sampai di situ. Angkatan Udara Amerika, langsung datang dengan helikopter dan meminta serpihan batuan tadi tanpa ada budi bicara. Dan kerana marah, akhirnya suami Ann dengan bantuan peguam mengambil kembali batu tersebut. Akhirnya mereka terpaksa menjual batu tersebut pada harga 5000 dollar.

Tapi malangnya pemilik rumah (ternyata keluarga Ann menyewa rumah tersebut), Bertie Guy, meminta wang itu sebagai ganti rugi kerosakan rumah. Kerana tidak tahan terus menerus menjadi rebutan, akhirnya batu tersebut disumbangkan ke Alabama Museum of Natural History, dan ceritanya berakhir di situ! Uikssss tu jerrr???

3. Roy Sullivan;
disambar petir tujuh kali.


Roy Sullivan adalah penjaga Taman Nasional di Shenandoah National Park, Virginia. Kejadian pertama adalah pada saat dia berada di menara penjaga pada tahun 1942. Kedua dan selanjutnya adalah pada saat dia memandu meninggalkan taman, pada saat memancing dan pada saat berada di pos penjagaan.

Yang peliknya, dia turut disambar petir ketika berada di dalam bangunan! Manakala serangan ke lima terjadi pada saat Roy sedang menggantung pakaian bersama isterinya, dan serangan keenam dilaporkan ketika Roy merasa ‘awan mengejarnya.’ Walaubagaimanapun bukan petir yang akhirnya mengambil nyawanya. Roy menembak dirinya sendiri pada usia 71 tahun!.

2. Jeanne Rogers;
ditimpa malang dalam banyak hal.


Jeanne Rogers disambar petir dua kali berturut-turut! Waktu dia berumur 18, Jeanne bercuti dengan kapal pesiaran, Jeanne jatuh ke laut. Temannya berusaha menolong, tapi terjatuh dan akhirnya pengsan. Beberapa tahun kemudian, anaknya yang juga bernama Jeanne berteriak “Mama, ada burung lucu” dan pada saat itu, seekor kelawar menyambar kulit kepalanya.

Setiap orang yang diminta pertolongan, semuanya ketakutan dan menutup pintu sehinggakan akhirnya dia terpaksa membawa kereta temannya sendiri, kerana temannya terlalu takut untuk membawanya ke hospital. Selain itu juga beberapa perkara malang terjadi dalam kehidupan Jeanne iaitu dirompak, ditembak, dicekik, jatuh ke dalam lubang dan banyak hal lain lagi!

1. Tsutomu Yamaguchi;
menghadap letupan bom atom.


Hanya ada dua bandar yang hancur akibat bom atom, dan Tsutomu ada di dua bandar tersebut ketika letupan berlaku. Dia sedang berada dalam perjalanan untuk menjalankan bisnes di Hiroshima pada tanggal 6 Ogos 1945. Pada saat sedang turun dari kereta, bom atom meletup, gendang telinganya pecah dan dia menderita kebutaan sementara.

Setelah selamat daripada letupan tersebut dan tinggal semalam di tempat perlindungan, akhirnya dia kembali ke kota kelahirannya, Nagasaki. Beberapa hari kemudian Tsutomu berada di pejabat dengan atasannya, dan menceritakan berbagai pengalaman mengerikan dengan bom atom. Namun ketika dia baru saja selesai cerita, bom atom meletup lagi di Nagasaki.

Dan untungnya Tsutomu masih hidup dan menceritakan semua hal ini!

31 Ogos 2010

Al-kisah...Pahlawan kecil, hero dunia!

Nathan Thomson, 9 tahun
Menyelamatkan ibunya daripada ditikam orang yang tak dikenali
Budak kecil ini tertikam di bahagian wajah saat dia bergelut untuk menyelamatkan ibunya daripada ditikam seorang yang tak dikenali. Nathan Thomson melompat ke atas badan Hugh Clark, seorang pemabuk yang ingin menikam ibu Nathan, Ena ketika mereka berada di jalan pada malam hari. Pemabuk itu lalu beralih ke arah Nathan dan menghunuskan pisau ke arah Nathan setelah menusuk Ena sebanyak 8 kali. Keduanya selamat di tolong pihak berwajib yang berada di sekitar tempat kejadian.

Charlie Simpson, 7 tahun
Berbasikal mengelilingi bandar untuk mengumpulkan dana sumbangan bagi para korban gempa Haiti
Charlie memulakan usahanya dengan memberi pesanan singkat “Nama saya Charlie Simpson, saya sedang berusaha mengadakan kegiatan berbasikal mengelilingi bandar untuk mengumpulkan dana bagi Haiti kerana di sana sedang terjadi gempa bumi dan banyak orang yang kehilangan nyawa . Saya ingin mengumpulkan wang untuk membeli makanan, air dan khemah bagi seluruh korban Haiti”. Charlie berharap dapat mengumpulkan wang sebanyak 500 euro dengan berbasikal sejauh 15 mil di sekitar taman bandar. Namun usahanya telah menyentuh hati banyak orang dan membuatnya dapat mengumpulkan 120 000 euro bagi korban Haiti.

Lin Hao, 8 tahun
Menyelamatkan kawan sekelasnya ketika gempa bumi
Lin Hao pelajar kelas 2 sekolah rendah dan menjadi ketua kelas. Ketika gempa bumi datang, seluruh bangunan runtuh dan menimpa Lin Hao serta kawan-kawannya. Seluruh pelajar berusaha lari menyelamatkan jiwa masing-masing. Namun sebelum Lin Hao lari dari bencana itu, dia kembali ke bangunan yang runtuh dan menyelamatkan kedua kawannya yang tersepit di antara bangunan yang runtuh. Ketika ditanyakan mengapa dia mahu mempertaruhkan nyawanya untuk kedua orang kawannya, dia menjawab “Saya adalah ketua kelas dan sudah menjadi tanggung jawab saya atas keselamatan kawan-kawan saya”.

Alexis Goggin, 7 tahun
Menggunakan badannya sebagai pelindung untuk melindungi ibunya
Alexis Goggin, budak pelajar kelas 1 sekolah rendah ini dipanggil sebagai ‘malaikat dari syurga’ setelah dia melompat di depan seorang lelaki bersenjata dan menjadikan badannya sebagai pelindung untuk menghalang 6 peluru yang ditembak pada ibunya. Ibu Alexis, Selietha Parker, 30 ditembak di bahagian kiri pelipis dan lengannya oleh teman lelakinya yang mengamuk dan sebelum dia menembakkan pelurunya ke arah Selietha, Alexis melompat ke hadapan penembak dan meminta agar tidak mengambil nyawa ibunya.

Ibrahim Ouaida, 8 tahun
Lemas setelah menyelamatkan kakak perempuannya
Peristiwa ini terjadi ketika Ibrahim berenang di pantai Sandrigde, Melbourne bersama kakaknya Sarah, 10. Ketika ombak besar datang dan mengheret mereka ke arah laut, kakaknya yang tidak dapat bertahan terus menjerit meminta pertolongan. Ketika itu juga Ibrahim datang dan menarik Sarah ke permukaan. Setelah seorang penyelamat datang, Ibrahim memintanya untuk menyelamatkan kakaknya yang sudah tidak sedarkan diri. Setelah penyelamat menarik Sarah ke pantai dan mencari Ibrahim, Ibrahim ditemukan sudah tidak bernyawa. Atas jasanya, Ibrahim diberi ‘Bravery Medal’ oleh pegawai tempatan.

28 Ogos 2010