Memaparkan catatan dengan label Selebriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selebriti. Papar semua catatan

05 April 2011

Al-kisah...Jimmy Shanley luah perasaan mengenai sikap isteri!


Jimmy bersama isterinya.

SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh memberitahu isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah tanpa keizinannya.

Menurut Jimmy lagi, Nursuhaila juga tidak meminta maaf daripadanya sebelum bertolak ke Mekah pada 25 Februari lalu bersama ahli keluarganya.

“Saya ada ke majlis doa selamat yang diadakan keluarga Nursuhaila atas pelawaan keluarga mertua kerana mungkin boleh minta maaf.

“Tapi saya duduk berjam-jam di situ macam orang asing,” katanya dan menambah berasa sedih kerana telah berniat untuk mengerjakan umrah bersama isteri.

Jimmy, 31, yang ditemui semasa menghadiri prosiding sebutan kes nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin, juga menitipkan pesan supaya isterinya kembali kepada ajaran agama.

“Sebagai suami, saya boleh menutup mata dan memaafkan kerana faham isteri boleh jadi emosional. Saya tidak kejam.

“Tapi walau kaya, cantik dan bijak macam mana pun, suami tetap di atas. Itu perintah Allah, bukan saya yang kata.

“Kalau suami perompak sekali pun, selagi dia tidak suruh melakukan dosa-dosa besar, suami harus dituruti,” tambahnya.

Selain itu, Jimmy juga mengakui dia tidak sempat untuk bersolat jemaah dengan Nursuhaila, walaupun sejak kecil telah menanam impian untuk bersolat bersama isteri.

Dia juga memberitahu, Nursuhaila ada meminta cerai semasa mereka bersemuka di luar kediaman keluarga wanita tersebut pada 28 November 2010.

Selepas tarikh tersebut, Jimmy memberitahu Nursuhaila tidak lagi menjawab panggilannya mahupun membalas khidmat pesanan ringkas (SMS)yang dihantar.

“Kita jangan memprejudiskan masa depan anak yang masih belum dilahirkan.

“Saya tak minta 10 sen pun wang dia atau keluarganya. Saya hanya mahu anak dijaga oleh saya.

“Kalau boleh memang saya nak sama-sama jaga, tapi kalau dah tak berminat, nak buat macam mana?,” katanya.

Jimmy yang mengakui telah membuang egonya dalam usaha mempertahankan perkahwinannya juga bersyukur kerana kejadian yang berlaku menyebabkan dia banyak bermunajat kepada Allah.

“Saya tidak kata saya seorang yang alim atau warak. Tetapi saya banyak belajar, baca buku-buku walaupun ibu bapa saya tak sempat untuk mengajar saya.

“Saya tidak hisap rokok, tidak pernah minum arak walau seteguk, tidak berjudi, bukan kaki disko dan bukan kaki perempuan. Saya hanya pernah bersama dengan seorang sahaja perempuan.

“Langkah saya pendek kerana ramai yang kenal. Saya jenis yang suka duduk di rumah. Kerja rumah saya buat, baju hantar ke dobi dan makan pun di luar.

“Apa yang saya mahu mudah sahaja, hanya layan saya sebagai seorang suami. Jika itu pun tidak boleh dilakukan, ada sesuatu yang silap,” tambahnya.

Jimmy juga berharap agar pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan menjadikan masalah rumah tangganya sebagai pengajaran.

Terdahulu, Hakim Syarie, Saharuddin Selamat menetapkan supaya permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan oleh Jimmy disebut semula pada 23 Mei depan.

Ini untuk memberi peluang kepada peguam syarie Saadiah Din yang mewakili Nursuhaila untuk memfailkan pembelaan terhadap permohonan kembali taat.

Saadiah juga diarahkan untuk melengkapkan pembelaan Nursuhaila bagi kes nusyuz memandangkan terdapat tujuh perenggan yang tidak dijawab pada pembelaan yang diserahkan kepada Jimmy.

Jimmy diwakili peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus.

Pada prosiding itu, Nursuhaila yang kini mengandung enam bulan hadir dengan seorang lelaki dipercayai pengawal peribadinya.

Jimmy dan Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya tersebut bernikah di rumah kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh pada 1 Oktober 2010.

Ketika itu, Nursuhaila menerima wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahirnya pada 31 Januari 1986.

Bagaimanapun, mereka hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari yang menyebabkan Jimmy mmfailkan permohonan kemabali taat pada 3 Januari lalu dan diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari lalu.

19 Mac 2011

Al-kisah...Enggan komen kematian abang, Janet Khoo dalam bahaya!


Janet Khoo

KAJANG: Pelakon Janet Khoo,39, memberitahu kehidupannya berada dalam keadaan bahaya berikutan pembunuhan melibatkan abangnya dan enggan memberi sebarang komen berhubung insiden itu.

Janet berkata, kematian tersebut begitu tragis dan dia amat sedih dengan apa yang berlaku.

“Maaf, ini sudah jadi kes polis sekarang. Saya tidak dapat mendedahkan apa-apa perkara kerana kami sekeluarga dalam bahaya. Situasi yang berlaku ini amat menyakitkan,” katanya kepada Daily Chilie, portal berita The Star.

Abang pelakon itu, Kim Leong, 47, seorang ahli perniagaan ditemui mati dalam keadaan menyedihkan apabila mayatnya dibalut dengan tilam sementara kaki diikat sebelum dicampak ke dalam semak berhampiran Lembah Pangsun, Hulu Langat di sini baru-baru ini.

Mayat mendiang ditemui oleh seorang lelaki di tepi jalan setelah dia terhidu bau busuk di kawasan tersebut kira-kira pukul 11.40 malam pada 6 Mac lalu.

Jelas Janet, keadaannya yang masih terkejut itu membuatkan dia menjadi trauma dan meminta kepada semua pihak tidak mengganggu dirinya dan keluarga buat sementara waktu untuk membolehkan mereka menenangkan fikiran.

Pelakon filem Paloh itu juga berkata, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Malah Janet juga enggan memberitahu lokasi pengebumian mendiang dan berharap para peminat serta pihak media memahami situasi tersebut.

"Saya menghargai perhatian semua orang. Namun buat masa ini saya perlu untuk melindungi keluarga saya dan diri saya sendiri,” katanya.

Al-kisah...Tak hormat arwah bapa, punca Saida mahu cerai!


Suami kepada Saida AF6, Mohd Ghazali Yahya Zikri,40 (kiri) berbincang bersama peguamnya, Amri Embung (dua dari kanan) di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas selesai sebutan kes cerainya. Turut kelihatan Saida (kanan sekali). Foto THE STAR Oleh: AZMAN GHANI .

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Saida didakwa memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik kerana sifat suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri yang dikatakan tidak menghormati arwah bapa mertuanya yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Mohd Ghazali semasa menghadiri prosiding sebutan kes perceraian mereka di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Mohd Suhaily Rosdi pada Jumaat.

Bapa kepada Saida, Allahyarham Tarudin Ismail meninggal dunia pada 15 Februari 2009 akibat serangan jantung selepas empat hari dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri, di sini.

Allahyarham mempunyai tujuh orang anak termasuk penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Selain itu, Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida, 35, juga mendakwa sikap suaminya menyakitkan hati seperti mengongkong kerjayanya.

"Saya sebenarnya tidak mahu jadi begini. Saya ingin teruskan permohonan untuk bercerai," kata Saida yang diwakili oleh peguam syarie Noor Azlina Che Hasan.

Bagaimanapun, Mohd Ghazali, 40, yang merupakan seorang jurutera kaji bumi sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan memberitahu, dia telah berubah sikap dalam usaha mahu menyelamatkan perkahwinan yang dibina sejak 15 tahun lalu.

"Saya masih sayangkan isteri dan kasihkan anak-anak saya. Saya tidak dapat hendak berbincang dari hati ke hati kerana berada dalam keadaan yang beremosi," kata Mohd Ghazali. Dia menambah, pelbagai usaha lain juga dilakukan termasuk menghadiri sesi kauseling secara sebelah pihak.

Mohd Suhaily bagaimanapun berpandangan sesi kauseling seharusnya melibatkan kedua-dua pihak untuk membolehkan kauselor terbabit menyelami masalah yang berlaku dalam sesuatu rumah tangga.

Pada prosiding sama, Mohd Suhaily juga menasihatkan Mohd Ghazali yang berhasrat untuk mengerjakan umrah supaya menyelesaikan masalah rumah tangganya terlebih dahulu.

"Ibadat memang digalakkan dalam Islam. Sekarang yang penting adalah selesaikan konflik. Sesuatu ibadat lebih afdal jika pihak-pihak tidak ada sengketa.

"Jika dibuat ibadat dalam hati yang tidak selesa, itu tidak elok kerana ia akan mempengaruhi ibadat kita," katanya.

Beliau juga menasihatkan Mohd Ghazali untuk menggunakan kebijaksaannya bagi mengambil semula hati isteri kerana pada pandangan beliau 'pasangan itu masih berbaik termasuk tinggal serumah'.

Pada prosiding sama, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Mohd Ghazali memohon agar mahkamah mewujudkan satu jawatan kuasa pendamai yang berkemungkinan dapat memperbaiki hubungan tersebut.

Permohonan tersebut tidak dibantah oleh Saida, yang hadir di mahkamah bersama kakak iparnya, Rozie Abd Razak.

Justeru itu, Mohd Suhaily menetapkan supaya kes itu disebut semula pada 1 April depan untuk membolehkan kedua-dua pihak membawa wakil hakam (lelaki Islam yang tahu hukum agama) ke mahkamah. Saida dan Mohd Ghazali berkahwin pada 14 Disember 1996 di Kuala Lipis, Pahang dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkongsian hidup, dia yang pernah mencuba nasib dalam rancangan realiti Akademi Fantasia dikurniakan empat orang anak, iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

12 Mac 2011

Al-kisah...Jimmy sedia jaga anak!




HATINYA robek bagaikan dicarik-carik setiap kali mengenangkan kesudahan mahligai yang dibina hanya dikecapi keindahannya dalam tempoh cukup pendek.

Sekelip mata segala perancangan yang diatur dengan teliti semata-mata ingin meluangkan masa bersama isteri tersayang harus dilenyapkan begitu sahaja.

Menerima dugaan yang berlaku dengan sudut pandangan positif, Jimmy Shanley mengakui tidak pernah membenci isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, meskipun berkesempatan tinggal sebumbung selama 20 hari sahaja.

“Tidak ada guna kalau saya bermasam muka dengan isteri sendiri. Sebaliknya saya masih bersabar menanti kepulangannya untuk kembali normal menjalani kehidupan sebagai suami isteri,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! Rabu lalu.

Memaparkan reaksi mimik muka seperti seorang individu yang tidak dibelenggu masalah peribadi, Jimmy sebenarnya tidak sabar untuk menanti kehadiran orang ketiga dalam keluarganya iaitu cahaya mata pertama.

Walaupun, sedikit terkilan kerana mengetahui saat menggembirakan itu daripada mulut orang lain dan bukannya disampaikan oleh isteri sendiri, dia masih lagi mampu mengukir senyuman ikhlas.

Ibu mentuanya, Datin Muniroh Kassim merupakan individu yang memberitahu Jimmy berhubung kandungan isterinya yang ketika itu sudah berusia empat minggu.

Namun disoalnya sendiri, bagaimana perasaan seorang suami apabila sehingga kini tidak berpeluang melihat dengan mata sendiri isteri yang mengandung lima bulan.

Sudah pasti hatinya cukup sepi dan cemburu dengan pasangan lain apabila bibit manis seorang suami yang bakal bergelar ayah tidak dapat dilaluinya.

“Pengalaman untuk sentuh perut isteri yang mengandung perlu dilupakan. Saya tidak macam orang lain yang menemani isteri masing-masing membuat pemeriksaan di hospital.

“Sedih memang sudah tentu saya sedih tetapi saya sentiasa ingatkan kepada diri sendiri ia merupakan ujian untuk menilai tahap kesabaran,” terangnya dengan penuh perasaan.

Membilang hari detik-detik kehadiran cahaya mata, Jimmy mengakui dia bersedia memikul tanggungjawab sebagai ayah dengan mengambil keputusan untuk menjaga sendiri anaknya itu.

Dia begitu yakin dapat mencurahkan sepenuh belaian kasih sayang dan mampu melaksanakan tugas itu tanpa rasa kekok.


ANAK yatim piatu ini begitu teringin untuk membina sebuah keluarga bahagia.


Jadi tidak mustahil, Jimmy mampu bergerak sendiri ke pusat beli-belah untuk menyediakan segala persiapan bagi menantikan kelahiran penyeri rumah tangganya.

“Saya memang terlalu gembira untuk beli barang bayi. Walaupun tidak tahu apa yang diperlukan, saya tidak risau kerana ada pembantu iaitu jurujual.

“Persiapan hampir lengkap, keterujaan pun semakin bertambah meskipun terpaksa berkongsi kegembiraan ini seorang diri,” akuinya yang memilih rona hijau bagi kelengkapan memandangkan masih tidak mengetahui jantina bayinya itu.

Dirinya dari dulu lagi mengimpikan sebuah keluarga bahagia yang sering meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.

Kini apa yang sedang dilalui bagaikan tidak percaya kerana Jimmy cukup yakin bahawa dia mampu memiliki sebuah institusi keluarga yang ceria.

“Keluar melakukan aktiviti kegemaran keluarga merupakan detik yang paling saya nantikan. Tetapi bila dah jadi macam ini, ia amat menyedihkan,” tuturnya penuh sayu.

Tidak jemu memujuk rayu

Dirinya yang sudah terbiasa berdikari sejak kecil dan tidak malu bertanya membuatkan Jimmy seorang lelaki yang tidak berfikiran mengikut kata hati.

Apa yang ditempuhi tidak pernah membuatkan dirinya bersikap putus asa. Bahkan, dia kuatkan semangatkan melepaskan ego dalam diri semata-mata untuk menyelamatkan kebahagiaan rumah tangga.

Tidak jemu memujuk rayu tidak kira sama ada menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau talian telefon hanya kerana ingin lihat wajah isteri tersenyum kembali kepadanya seperti sedia kala.

Sambil rancak berbicara, renungannya tajam seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yang hilang dalam sanubarinya tetapi perjalanan hidup harus ditempuhi jua.

Bila ditegur, dia mengeluh menandakan resah menyelubungi diri kerana tidak tahu bagaimana keadaan isteri dan anak di dalam kandungan.


ANTARA keterujaan dan keresahan untuk menjadi seorang bapa, Jimmy tidak berputus asa terus menanti agar isterinya kembali ke pangkuan dirinya.


“Setiap hari saya menaruh harapan dia membalas SMS atau menjawab panggilan telefon. Saya begitu teringin untuk tahu perkembangan kesihatan isteri dan anak,” luah Jimmy lagi.

Tempoh masa lima bulan hidup bersendirian tidak menimbulkan perasaan dendam terhadap isterinya yang sepatutnya menemani dirinya.

Jika wanita yang disayanginya itu pulang ke pangkuannya, Jimmy memanjat kesyukuran kerana hubungan mereka masih boleh diselamatkan.

Paling penting, dia ingin saling bermaafan sekali gus melupakan segala kepahitan yang telah berlaku. Tiba masanya untuk membuka tirai baru bersama isteri.

“Inilah cabaran bila sudah berumah tangga, apa yang berlaku perlu dimaafkan dan jangan disimpan dalam hati. Benda yang telah terjadi biarkan berlalu, kami berdua kena buka buku baru,” katanya.

Dengar nasihat kaunselor

Menyentuh seperkara lagi yang hangat dibualkan umum adalah tentang dua permohonan Jimmy iaitu permohonan kembali taat dan permohonan nusyuz (bermaksud isteri enggan mentaati perintah suami) yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Jimmy berbuat demikian tanggal Januari 11 lalu bermatlamat mahukan Nursuhaila kembali taat kerana dia didakwa telah meninggalkan rumah selepas 20 hari berkahwin.

Impaknya, pada Rabu lepas, mahkamah yang sama memerintahkan Nursuhaila memfailkan pembelaan terhadap dua permohonan suaminya itu.

Tindakan yang menimbulkan spekulasi mengenai rumah tangganya yang dikatakan semakin rapuh itu sebenarnya menurut Jimmy bukan untuk mengaibkan isterinya itu.

Disebabkan terlalu sayangkan isterinya itulah dia bertindak sedemikian dan ia dibuat bukannya untuk suka-suka tetapi berdasarkan nasihat pakar kaunseling dan tokoh agama.

“Saya tidak buat keputusan melulu tanpa fikir panjang kerana selepas puas pujuk dan kami juga pernah berjumpa kaunselor pada 15 November lalu, keadaan masih lagi sama.

“Mungkin dengan tindakan ini ia dapat menyatukan kembali hubungan kami. Saya perlu banyak bersabar untuk melalui kenangan manis,” tuturnya mengakhiri bicara.

30 Januari 2011

Al-kisah...Erra Enggan Layan Gosip Suami Main Kayu Tiga!

Erra Fazira sudah lali dengan pelbagai gosip liar yang menyerangnya sepanjang hampir 18 tahun bergelar anak seni. - Foto The Star oleh ADAM YUNUS

PETALING JAYA: Aktres popular Erra Fazira, 36, enggan melayan sebarang gosip yang mendakwa rumah tangganya sedang bergolak gara-gara suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin kononnya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Menjawab dakwaan terbaru yang kembali diperkatakan, Erra bagaimanapun menyifatkan cerita yang timbul itu sebagai sesuatu yang tidak berasas selagi tidak mempunyai bukti.

"Jujurnya, memang saya pernah dengar cerita yang mengatakan Emran mempunyai hubungan dengan wanita lain di luar tetapi saya selalu ambil pendekatan untuk tidak ambil pusing selagi tiada bukti kukuh.

"Kadang-kala orang boleh bercakap dan memfitnah macam-macam tentang kita. Jika benar dakwaan tersebut, saya sentias berdoa agar ditemukan bukti dan petunjuk," katanya yang tidak hairan dengan dakwaan terbaru itu.

Ditanya pula adakah dia pernah bertanyakan kesahihan dakwaan tersebut kepada suaminya, Erra mengakui pernah berbincang dalam keadaan yang santai dan bergurau.

Namun perkara tersebut tidak pernah diperbesar-besarkan sehingga mencetuskan perbalahan kerana tidak terbukti kesahihannya.

"Memang saya pernah bertanyakan perkara itu kepadanya tetapi dalam keadaan yang santai dan bergurau. Namun, selagi tidak terbukti, saya tidak mahu ambil serius.

"Tidak perlulah sampai kami berbalah di rumah semata-mata mendengarkan cerita yang timbul sedangkan belum terbukti kebenarannya," katanya yang mengakui pengalaman bergelar selama hampir 18 tahun dalam bidang seni banyak membantu dalam menangani gosip sebegini.

Bagaimanapun, Erra turut bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan dalam rumah tangganya seandainya perkara yang tidak diingini itu benar-benar berlaku seperti mana yang didakwa.

"Sebolehnya saya tidak mahu memikirkan tentang perkara remeh-temeh yang tidak berasas selagi tidak mempunyai bukti.

"Bagaimanapun, seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku, saya sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program rombongan Erra Art Club di Borders, The Curve, di sini, Jumaat.

Al-kisah...Rita Rudaini tamatkan sengketa dengan mertua!

Rita dan Adil bersama anak mereka Airit Rayyan.

PETALING JAYA: Hubungan yang keruh melibatkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, dengan keluarga mertuanya kembali jernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.

Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini pada malam Khamis lalu apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.

Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.

“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.

Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.


Aidil Zafuan (kanan) bersama ibu dan bapanya, Azizah Arshad dan
Abd. Radzak Salleh sewaktu ditemui wartawan di rumah mereka di Seremban,
Negeri Sembilan baru-baru ini.

Detik-detik itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Bukan sahaja bermaaf-maafan malah Rita yang kini mengandung lima bulan anak kedua turut menjemput ibu bapa mertuanya itu melawat cucu mereka di rumahnya di Manjalara, Kuala Lumpur pada masa akan datang.

“Kalau mak dengan ayah rindu dekat Rayyan, boleh datang melawat,” kata Rita yang tentunya berasa lega dengan peristiwa bersejarah itu.

Kedua-dua pihak memanjatkan rasa syukur kerana kekeruhan yang berlaku dapat dijernihkan apabila mereka berjaya menamatkan sengketa yang telah berlaku.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada bulan Februari 2008 sehingga menimbulkan kekecohan apabila perkahwinan berkenaan tidak mendapat restu keluarga.

Akibat kejadian itu, kedua-dua pihak gagal mencapai persefahaman untuk berdamai sehinggalah ia berpanjangan.

Selain Aidil Zafuan, kembar bintang bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan tersebut iaitu Zaquan Adha turut memilih artis sebagai isteri apabila bernikah dengan Ayu Raudhah pada 21 Januari lalu.

18 Januari 2011

Al-kisah...Bukan fail cerai, hanya teman anak saudara!

PETALING JAYA: Juara rancangan realiti Sehati Berdansa musim pertama, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (gambar) berada di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Isnin hanyalah untuk menemani anak saudara mereka yang mahu menyelesaikan kes tuntutan nafkah anak.

Vanidah atau lebih mesra dengan panggilan Vee memberitahu mStar Online di sini pada Isnin malam berkata, anak saudara suaminya itu mempunyai masalah rumah tangga dan meminta mereka membantu untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Saya dan Rashidi tidak ada apa-apa benda yang nak buat hari ini (Isnin), jadi kami mengambil peluang untuk menemani anak saudara kami ke mahkamah. Kebetulan pula saya dan Rashidi ni artis, mungkin senang sikit untuk berurusan dengan pihak berkenaan,” katanya.

Vanidah diminta mengulas kunjungannya ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bersama Rashidi pada Isnin kira-kira pukul 12.45 tengah hari sehingga menimbulkan tanda tanya sehingga ada yang berkata kononnya mereka hendak memfailkan perceraian.

Vanidah hadir dengan berpakaian serba hitam manakala Rashidi dikatakan tidak menyenangi kehadiran wartawan yang secara kebetulan berada di mahkamah untuk mengikuti satu kes lain.

Ditanya mengenai insiden itu, pengacara Nona tersebut berkata, dia dan suami tiba-tiba didatangi jurugambar yang terus mengambil gambar tanpa bertanya tujuan sebenar mereka ke mahkamah.

Cara itu kata Vanidah menyebabkan Rashidi agak kurang selesa sehingga membuatkan jurugambar berkenaan mungkin menyangka mereka berdua sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Kata Vanidah, sebagai pasangan yang menjadi contoh kepada artis-artis lain, hubungannya dengan Rashidi sangat bahagia dan mereka tidak mempunyai apa-apa masalah dalam melayari kehidupan sebagai suami isteri.

Dia bagaimanapun berharap, pada masa akan datang pihak-pihak tertentu jangan mudah untuk membuat spekulasi negatif terhadap sesuatu perkara sebaliknya terus bertanya kepada mereka berdua untuk mendapatkan sesuatu kepastian.

Vanidah dan Rashidi berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang anak, Mikail Aimran, 7, dan Mariyam Rashika, 6 tahun.

Pada majlis ulang tahun perkahwinan ke-10 yang diadakan pada 22 September tahun lalu, mereka mengakui jatuh cinta pandangan pertama semasa berlakon di dalam drama Atirah.

Pada 29 Disember 2007, Rashidi dan Vanidah yang mewakili Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia diumumkan sebagai pemenang Sehati Berdansa.

Al-kisah...'Kami sarapan pagi, bukan duduk serumah'-Norman Hakim


Norman dan Memey menghadapi kontroversi sekali lagi apabila dikatakan tinggal serumah.

KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon,35, menjelaskan kenyataan bekas isterinya Abby Abadi menerusi Facebook kononnya dia dan tunang, Memey Suhaiza,23, tinggal serumah adalah satu tuduhan yang tidak berasas.

Norman yang ditemui mStar Online berkata, semasa Abby menelefonnya untuk berurusan mengenai anak, dia dan Memey sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kopitiam di Wangsa Maju di sini dan bukannya berada berdua-duaan di dalam rumah seperti yang didakwa.

“Ketika dia telefon itu saya dengan Memey tengah sarapan pagi. Kami makan di kedai yang kami selalu pergi di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis makan malam anjuran Lord’s Tailor, di KL Hiton di sini, malam Ahad.

Norman yang sebelum ini berdiam diri tampil membuat kenyataan selepas diajukan soalan berkenan walaupun pada mulanya dia enggan bercerita mengenai perkara itu.

Awal Januari lalu, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi.

Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk dia dan Norman tinggal serumah.

Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada 3 Januari lalu dijawab oleh Memey.

Kata Norman, dia tidak mahu perkara itu terus mengeruhkan lagi keadaan dan bertindak mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

Bagaimanapun Norman berkata dia sudah lali dengan macam-macam ujian yang dihadapinya termasuklah tohmahan dan tuduhan daripada bekas isteri sendiri.

“Saya dah biasa dengan pengalaman macam ini. Malah sebelum ni pun saya dah lalui benda yang lebih berat,” katanya.

Ditanya benarkan dakwaan dia dan Memey sebenarnya tinggal serumah, Norman menafikan perkara itu,.

Jelas Norman, menjadi rutin hariannya untuk menghantar anak mereka, Marissa Dania Hakim yang berusia enam tahun ke sekolah pada waktu pagi sementara anak sulung mereka Mohamed Danish Hakim,8, pada waktu petang.

Selain dua anak itu, Norman turut mempunyai seorang lagi anak, Maria Danish Hakim yang berusia tiga tahun.

Katanya, ada;ah tidak salah untuk menikmati sarapan pagi dengan tunang tetapi apabila perkara sedemikian telah disalahtafsirkan, ia mampu menjadi isu yang besar.

Mengenai khabar angin mengatakan pendedahan Abby itu menyebabkan tawaran berlakon untuknya turut terjejas, Norman berkata perkara itu tiada kena mengenai dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

“Saya masih dapat tawaran berlakon seperti biasa. Tak ada apa-apa masalah pun. Saya tahu syarikat produksi semuanya profesional. Apa yang berkalku (pendedahan Abby) itu adalah kes yang berlainan,” ujarnya yang tidak mahu memikirkan perbuatan buruk yang dilakukan oleh bekas isterinya itu.

17 Januari 2011

Al-kisah...Sudah lali kontroversi!

Oleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my
2011/01/17

Fasha Sandha
Fasha Sandha

Di sebalik pelbagai cerita panas, Fasha masih bertahan dalam senarai Top 5 ABPBH2010

SEKALI lagi Fasha Sandha dihambat kontroversi. Terkini disebabkan penyebaran gambar berbikini di internet ketika bercuti di Bali, Indonesia tatkala sambutan tahun baru namun seperti biasa, aktres yang sinonim dengan watak wanita teraniaya itu lebih senang mendiamkan diri.

Akui Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 26, lebih baik dia mengunci mulut daripada memberi sebarang penjelasan kerana enggan membiarkan isu terbabit terus diperbesarkan hingga semakin melarat apatah lagi masyarakat luar tidak memahami situasi yang berlaku.

Memburukkan lagi keadaan apabila dia tidak muncul pada sebuah majlis yang turut menghimpunkan ramai selebriti baru-baru ini, tetapi hanya memaklumkan kepada penganjur pada saat akhir hingga mengakibatkan seorang pereka fesyen yang dipertanggungjawabkan menyediakan persalinan untuknya terpaksa menarik diri.

Menambahkan pula perisa kontroversi, desas-desus bertebaran menyatakan ada di antara anggota keluarga terdekatnya datang ke sebuah pejabat akhbar yang menyiarkan gambar pelakon drama bersiri Nastasha itu, bagaimana pun tujuannya tidak diketahui.

“Maaf tiada komen terhadap semua isu ini. Saya sudah fikir masak-masak untuk tidak mahu mengulas apa-apa. Cukuplah, selama ini pun sudah banyak kontroversi berlaku dan saya enggan memanjangkan perkara itu.

“Jika buka mulut pun, ia boleh timbulkan pelbagai lagi spekulasi, jadi lebih baik saya diam. Biarlah kalau orang luar mahu membuat sebarang andaian.

“Saya tidak ingin sebarang jawapan saya nanti disalah erti. Soal ada keluarga terdekat datang ke pejabat akhbar, itu pun saya enggan komen,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman lima finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Holiday Villa Subang Hotel & Suites, Rabu lalu.

Mengenakan persalinan serba merah, aktres berkenaan berulang kali meminta maaf kerana tidak dapat memberi komen kepada setiap pertanyaan media walau pun selepas saja gambar berbikini itu dipaparkan, dia memaklumkan hanya akan menjawab persoalan pada majlis berkenaan, bukannya menerusi telefon.

Diaju sekali lagi mengenai tujuan anggota keluarganya mengunjungi pejabat akhbar berkaitan, Fasha berkata, dia sendiri tidak mengetahui sama ada mereka datang ke tempat seperti diperkatakan atau sebaliknya, malah tetap berterusan memberi penegasan enggan memberi sebarang ulasan.

“Saya tidak tahu apa-apa dan enggan memberikan cakap lebih lanjut. Paling penting keluarga dan peminat sentiasa berdiri di belakang saya memberikan sokongan.

“Malah saya tidak mahu kenang perkara yang sudah berlalu. Perkara terpenting adalah bagaimana mahu membalas jasa mereka (peminat),” katanya lagi.

Tetap dicalon dalam ABPBH2010

AKUI wanita cantik ini, berkat dorongan dan semangat peminat juga dirinya saban tahun masih disenaraikan sebagai finalis ABPBH dan tahun ini Fasha dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Kejayaannya pada anugerah yang bersandarkan undian peminat itu bermula sejak 2005 menerusi kategori TV dan bintangnya yang semakin bersinar melayakkan gadis berkenaan membolot trofi sama selain anugerah Pelakon Filem Wanita Popular bagi 2006 dan 2007.

Pada ABPBH2010, nama Fasha dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular bersama-sama dengan Lisa Surihani, Noorkhiriah, Scha Alyahya dan Tiz Zaqyah.
Ternyata berdasarkan senarai itu, mereka ialah barisan nama yang tidak akan memberi laluan mudah kepada Fasha memenangi gelaran Pelakon TV Wanita Popular.

“Inilah ujian yang perlu saya hadapi sebaik saja menyandang gelaran artis. Ia sebenarnya asam garam kehidupan. Tumpuan saya kini hanya pada kerja selain keluarga dan perniagaan berkaitan salun yang bakal beroperasi Februari nanti,” katanya.

Memilih lokasi di Wangsa Walk, dalam kesibukan menjalani penggambaran drama bersiri Samson & Delaila, Fasha turut merancang strategi menubuhkan Cinta Hair Salon & Beauty yang dijangka dapat beroperasi pada 14 Februari ini.

“Buat masih ini premis yang akan dikendalikan empat kakitangan itu masih pada peringkat pengubahsuaian, malah saya sendiri akan mengambil kursus jangka pendek berkaitan penjagaan kecantikan dan rambut untuk memantapkan lagi pengetahuan dalam bidang ini,” ulasnya lagi dengan penuh semangat.

PROFIL

Nama: Nur Fasha Sandha Hassan
Tarikh Lahir: 28 Mac 1984
Tempat Lahir: Johor Bahru
Kerjaya: Pelakon dan Model
Filem: Black Maria, Bintang Hati, Berlari Ke Langit, SH3, Anak Mami Kembali, Gong, Bujang Senang, Nana Tanjung, Cinta, Cicak-Man, Cicakman 2 Planet Hitam, Badai Pasti Berlalu, Skrip 7707, Anak Halal, Evolusi KL Drift, Nana Tanjung 2, 4 Madu
Drama: Kasih, Relaku Pujuk, Songket Cinta Bertenun Duka, Natasha, Natasha 2, Dengan Nama Cinta, Rumah Itu Duniaku, Mentari Jingga, Usia, Seiras, Impak Maksima, Sutera Maya, Kehangatan Lantana, Chinta, Bagaikan Sumayyah
Iklan: Maybelline, Maxis, Petronas, Nokia, Fair&Lovely, Darlie, Pantene, Sunsilk (versi Indonesia)
Pengiktirafan: Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 (ABPBH2005), Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH20 06, Pelakon TV Wanita Popular serta Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 2007

10 Januari 2011

Al-kisah...Ayu Raudhah mula edar kad kahwin!

PETALING JAYA: Aktres jelita, Ayu Raudhah (gambar) akan mengedarkan kira-kira 300 keping kad jemputan perkahwinannya yang akan berlangsung pada 21 Januari ini di Alor Setar, Kedah.

Ayu, 26, dan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 24, akan diijabkabulkan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada tarikh itu pukul 3.30 petang, selepas Solat Jumaat.

Menurut Ayu, seramai 600 hingga 700 orang akan diundang untuk menghadiri majlis resepsi selepas nikah yang akan berlangsung di Taman Mawar, Jalan Tun Abdul Razak, Alor Setar pada pukul 7.30 malam hingga 11 malam, hari yang sama.

“Antara tetamu yang diundang termasuklah beberapa rakan artis tetapi mereka belum membuat pengesahan kerana faktor jarak yang agak jauh dari Kuala Lumpur,” katanya yang sedang menjalani penggambaran filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki.

Bercerita lanjut tentang persiapan menjelang perkahwinan, Ayu akui fikirannya agak runsing setelah memikirkan ada beberapa perkara yang belum diselesaikan.

Di tambah pula dengan jadual lakonan yang padat, dia terpaksa mencuri masa pada waktu malam untuk mencuba pakaian pengantin.

Katanya lagi, tunangnya, Zaquan juga sibuk dengan sesi latihan bola sepak. Jadi, sebab itu mereka sukar mencari masa luang bersama–sama.

Pelakon drama Nur Kasih dan Manjalara ini akan mengenakan pakaian pengantin rekaan pereka fesyen terkenal seperti Rizman Ruzaini, Qudyn, Calvin Thoo dan Man Kajang. Selain itu, wajah jelitanya akan diserikan dengan solekan oleh Amy Janz.

Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 30 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.

Pasangan itu secara rasmi bertunang pada 17 Oktober 2010 dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya, Selangor.

09 Januari 2011

Al-kisah...Fiza & Malek elok cepat kahwin!

2011/01/09

FIZA, Fiza, Fiza... dalam dok menafikan hubungan dengan jurukamera, Malek Marwi yang juga bapa kepada pelakon Erin Malek, mereka khabarnya merancang akan berkahwin tahun ini.

Bagaimanapun, Raja fikir tidak salah pun mereka berkahwin kerana masing-masing berstatus `single'. Umumnya sudah tahu, Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim dan bekas suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 4 November lalu.

Si kekasihnya, Malek pula khabarnya sudah menceraikan isterinya, Liza, baru-baru ini. Kes perceraian mereka akan disebut di mahkamah syariah dalam masa yang terdekat. Raja dengar dalam pertengahan bulan ini.

Apa yang jelas, sukar menidakkan hubungan intim mereka. Bak kata orang, sudah terang lagi bersuluh! Bagaimanapun, hanya empunya diri yang lebih mengetahui. Apa yang berlaku hari ini seolah-olah membuktikan rumah tangga Fiza dan Malek berpecah-belah disebabkan kecurangan. Mungkin Fiza atau Malek enggan mengakuinya, tetapi itulah persepsi orang luar.

Raja dengar walaupun dulu kecoh perihal mereka, tetapi mereka sebenarnya tidak pernah putus dan terus menjalinkan hubungan. Walaupun suatu ketika dulu, Raja dengar Malek sudah pulang ke pangkuan keluarga, tetapi hakikatnya, mereka masih bersama. Dan, akhirnya rumah tangga Malek juga berderai.

Terdahulu, Raja pernah membaca kenyataan bekas suami Fiza sebelum menceraikannya. "Cerita kecurangan Fiza dan Malek adalah benar! Bagi saya, Fiza menipu dan menduakan suami. Itu adalah satu kesalahan. Kepercayaan saya membenarkan Fiza terus berlakon disalah guna. Sebelum ini, saya hanya mendiamkan diri, tapi lama kelamaan, perangai Fiza semakin teruk!

"Sudah beberapa kali saya berjaya menghidu kecurangan Fiza bersama beberapa lelaki termasuk bukti khidmat pesanan ringkas (SMS). Terbaru, Fiza menjalin hubungan dengan Malek. Sudah beberapa kali saya berjaya mengesan pergerakan mereka. Mereka dilihat keluar dan pulang ke rumah sekitar jam 3 atau 4 pagi selama beberapa kali pada Ramadan lalu," katanya.

Raja tidak mahu membuat tafsiran, biarlah orang luar yang menilainya sendiri. Raja tidak tahu apa yang berlaku pada mereka. Mungkin Fiza dan Malek punya masalah yang sukar nak dijelaskan. Jadi, eloklah jangan membuat andaian terhadap mereka.

Kalau benar cerita yang Raja dengar ini, Raja harap mereka cepatlah berkahwin. Tak guna menunggu lagi, ia bakal menjadi buah mulut dan cakap-cakap belakang yang kurang menyenangkan. Bagaimanapun, Raja mohon maaf pada Fiza dan Malek jika tersinggung dengan coretan ini.

RAJA: Seorang pelakon komedi terkenal suka meraba peminat. Buruk betul tingkah lakunya!

Al-kisah...adakah Angelina anak luar nikah WATIE ELITE?

Artis Malaysia gosip artis | 9 January, 2011


Agak terkejut bila kami menonton Melodi tadi apabila ada seorang budak perempuan, yang dikenali sebagai Angelina mengaku yang dia adalah anak luar nikah kepada seorang artis wanita.. Angelina yang kini berumur 15 tahun juga sanggup melakukan ujian Dna bagi memastikan yang artis tersebut sememangnya ibu kandung dia..

Menurut Angelina, beliau hanya dijaga beberapa hari sahaja oleh ibu kandungnya selepas dilahirkan dan kemudianya dia diserahkan kepada ibu angkatnya, Angelina dilahirkan pada 23.11.1996 tetapi disebabkan kelewatan ibu angkatnya membuat surat beranak, Tarikh lahir Angelina telah menjadi 21.02.1997.. Angelina hanya mengetahui perkara sebenar mengenai ibu kandungnya adalah seorang artis popular pada 6.08.2010.. Dan baru sekarang Angelina muncul di melodi kerana ibu kandungnya seakan-akan tidak menghiraukan kewujudanya..

MyGosip masih lagi tidak tahu siapakah artis yang dikatakan ibu kandung kepada Angelina ni.. Tapi ada gosip-gosip panas mengatakan yang artis tu adalah Watie.. Gosip panas ini muncul apabila gambar yang dikaburkan oleh melodi seiras-iras muka Watie… Malah apa yang menguatkan gosip ni, apabila gambar teman lelaki terbaru artis tersebut turut ditayangkan.. dan semestinya wajah yang dikaburkan tu seiras-iras dengan gaya joey.. Ditambah lagi dengan credit kepada wartawan apabila melodi tamat ada menunjukan title “Anak Watie”..

Tetapi kita jangan lah cepat melatah dengan menunding jari terus kepada watie.. Mungkin juga Angelina hanya membuat-buat cerita.. Tiada siapa yang tahu kan.. Jadi sama-sama la kita tunggu kenyataan daripada watie sendiri sebelum kita membuat kesimpulan… Apa-apa pun jom kita layan gambar yang dikatakan seiras-iras dengan watie dan teman lelaki barunya ni..

gambar seiras watie elite dalam melodi kes anak luar nikah angelina

gambar teman lelaki watie zoey dalam melodi kes anak luar nikah angelina

gambar credit melodi menunjukan title anak watie

sms yang dihantar kepada angelina

sms yang dihantar kepada angelina

Al-kisah...Kenapa Rozita menipu?!

Masa timbul cerita Rozita Che Wan nak bersara dari dunia seni hujung tahun lalu, Joyah sikit tak percaya pun. Malah sempat lagi Joyah ketawa terbahak-bahak sampai nak terputus usus perut Joyah ni.

Bagi Joyah, pelakon “kurang siuman” saja yang nak bersara kalau nama tengah popular, dah tu cantik dan bergetah pula. Waktu tengah hotlah mesti orang berebut-rebut nakkan kita. Betul kan?

Bukan sahaja penerbit drama atau filem, lelaki mata keranjang jangan cakaplah. Cepat sahaja mata gatal mereka menjeling kalau tengok pelakon yang berdahi licin macam Rozita.

Cuma yang Joyah sedih apabila ramai dok percaya dengan cerita Rozita nak bersara tu. Tengok sekarang, seperti Joyah agak Rozita memang tak jadi bersara pun.

Ibu tunggal beranak dua tu khabarnya telah menerima tawaran menjadi heroin menerusi drama Iparku Diva.

Penggambaran drama terbitan Zeel Production itu akan diadakan selama 20 hari bermula 15 Januari ini.

Joyah kasihan apabila rakan-rakan Joyah kena tipu hidup-hidup dengan Rozita. Apa sahaja yang keluar dari mulut wanita kelahiran Kedah tu, cepat-cepat mereka nak tulis. Takut kena scoop katakan.

Nah sekarang, mereka dipermainkan oleh Rozita. Kalau Joyahlah jumpa Rozita tu, nak je Joyah cili mulut dia yang cakap tak serupa bikin tu.

Sebelum ni bukan Rozita tak pernah bercakap bohong. Macam cerita dia nak kahwin dengan pengarah urusan bank dari Singapura. Heboh satu negara. Tapi kemudian tak mengaku pulak, padahal dia juga beria-ia bercerita.

Ingat Rozita, jangan sampai wartawan hilang percaya dengan apa yang awak cakap selepas ni. Sekali kena tipu, orang akan ingat sampai bila-bila dan berjaga-jaga kemudian hari.

Sekarang baru Joyah ingat pesanan nenek Joyah di kampung. Biar buruk rupa paras tapi hati bersih dan jangan bercakap bohong!

Al-kisah...Memey cabar saya- Abby!

HIBURAN

Abby berani tulis status di facebook dakwa Memey tinggal serumah dengan Norman? Ada bukti?

Saya tak kata tinggal serumah, tapi persoalkan kenapa dia angkat telefon waktu tu pukul 7.15 pagi? Sebenarnya Danish yang nak cakap dengan ayah dia kenapa lambat sangat nak datang ambil, maklumlah hari pertama sekolah. Danish guna loud-speaker. Alih-alih dia (Memey) angkat terus jawab, “Kejap, abang tengah siap ni”. Danish terkejut dan tanya saya, kenapa dia yang angkat. Kemudian saya tanya dia, kenapa awak yang angkat? Dia boleh jawab, “Biarlah kenapa awak sibuk”. Dari situ awak boleh nilai jawapan dia sama ada mereka tinggal serumah ke tak? Dia buat apa pagi-pagi Subuh di sana. Sebenarnya ada lagi beberapa insiden dialog yang berlaku sebelum ni. Tapi saya malas nak panjangkan. Dia sangat tidak hormat saya walaupun saya bukan minta dia sujud dengan saya. Tapi dia boleh bercerita dengan orang yang dia dah minta maaf dengan saya. Padahal lepas saya bercerai, tak pernah pun kami berjumpa. Jauh sekali nak minta maaf.

Abby pun sindir Memey sebagai perempuan gatal, dakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah. Komen sikit?

Lagi sekali, kalau dia tak ada di situ pagi-pagi Subuh, kenapa dia boleh jawab telefon? Benda ni tak timbul isu kalau dia tak jawab telefon anak saya. Saya malas nak cakap lagi dah. Dah berapa kali saya kena dengan dia. Salahkah anak-anak nak cakap telefon dengan ayah mereka?

Kenapa Abby tak buat laporan kepada pihak berkuasa je masa tu?

Saya tak sampai nak buat laporan. Orang sekeliling yang berhak dan bertanggungjawab buat laporan. Sebelum ni pun dalam suratkhabar dan dari mulut orang, kisah mereka tinggal serumah ni dah jadi percakapan ramai. Ada juga yang kata JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) tak boleh buat tangkapan kedua kerana kes khalwat pertama belum selesai di mahkamah. Saya pun tak faham. Saya tak peduli pun dia nak tinggal serumah tapi pagi tu dia memang cabar saya. Lagi pun, saya telefon bekas suami nak cakap pasal hal anak. Dah berapa kali dia suka masuk campur hal saya dan bekas suami yang masih tak selesai. Dia tak tahu apa-apa pun. Apa pandangan anak-anak bila macam tu?

Maksudnya banyak lagilah kes yang tak selesai dengan bekas suami?

Ingat tau, saya telefon bekas suami bukannya saya nak dia balik. Ni pasal hutang saya dan jumlah hantaran kahwin dulu. Hutang saya baru sikit dia bayar. Jumlah hantaran belum selesai lagi. Tanggungjawab saya pula besar nak besarkan anak-anak. Dia kahwin dan cerai saya, tinggalkan saya, macam tu je. Rumah dan kereta apa pun saya tak dapat. Tapi tak kan belanja harian anak pun saya nak tanggung semua.

Sekarang orang nampak Abby macam tak rasional, sikit-sikit nak luah di facebook. Sangat emosi, betul tak?

Benda ni dah lama berlaku. Berapa insiden dialog yang keluar dari mulut dia sebelum ni, Tuhan saja yang tahu. Kalau saya jahat, dah lama saya buat hal. Ni pula pagi-pagi dia dah cabar saya, dah tu pasal isu anak-anak pula.

Masuk tahun baru, kalau boleh semua orang nak azam baru yang ke arah kehidupan positif? Tapi Abby dan Memey tak sudah-sudah cetus perang?

Masuk tahun baru, masalah lama tak payah selesai ke? Saya bukan tak rasional tetapi saya yang menanggung semua ini. Banyak benda yang tak betul selama ni tapi orang tak tahu. Bukan boleh terus buka buku baru sahaja kalau masuk tahun baru. Habis buku lama macam mana?

Tak kan tak nak berdamai demi anak-anak?

Saya dengan Norman memang baik. Malah dia selalu datang rumah tengok anak-anak. Tetapi dengan dia, untuk apa saya nak berbaik? Awak cakap dengan saya untuk apa? Anak-anak saya tak perlukan dia pun dan anak-anak saya lebih perlukan ayah mereka. Dalam kamus hidup anak-anak saya, nama dia tak pernah ada pun.

Al-kisah...Berdiam diri!

Oleh ISMA ISMAIL
isma@hmetro.com.my

MEMEY...elak kontroversi
MEMEY...elak kontroversi

KUALA LUMPUR: Kontroversi mengenai isu pelakon popular, Abby Abadi ‘mengkantoikan’ Memey Suhaiza dan Norman Hakim akan terus menjadi tanda tanya di kalangan peminat, terutama apabila pelakon muda itu mengambil sikap berdiam diri daripada menjawab tuduhan terhadapnya.

Atas alasan ‘berdiam diri lebih baik’, Memey cuba mengelak usaha wartawan Metro Ahad mendapatkan kenyataannya mengenai kontroversi terbaru melandanya.

Dalam SMS kepada wartawan, Memey berkata, dia tidak mahu lagi melayan isu yang cuba ditimbulkan dan banyak belajar berdepan situasi yang tidak akan ada kesudahan.



Berikut adalah SMS Memey: “Sebelum-sebelum ini pun ada benda sama... akan ada saja cerita yang memburukkan saya bila saya menjawab walaupun hanya untuk mempertahankan diri.

“Pihaknya pasti akan counter back (balas)... that’s why saya cakap berdepan dengannya dan perkara sebegini saya memilih ‘silence’, saya tidak mahu benda ini berpanjangan... saya penat. Banyak perkara penting perlu diutama daripada melayan benda-benda yang tidak berfaedah.” Dipetik dalam berita on-line sebelum ini, Memey menyatakan tidak salah dia menjawab panggilan bagi pihak tunangnya dan bukan kesalahan besar hingga boleh menyebabkan bekas isteri tunangnya marah.

“Selepas sampai di lokasi, saya diberitahu dia memberitahu perkara itu di facebook. Kalau dia boleh fikir secara logik, itu bukan satu isu yang perlu dimarahkan sehingga beritahu kepada umum. Lagi pula saya tidak tahu dia yang buat panggilan sebab tiada tertera nombor telefon dia.

“Saya tahu dia tidak suka saya, jika kami memang tidak boleh berbaik sekali pun, tapi tolong jangan timbulkan sengketa. Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya.

“Perkara ini juga membabitkan maruah saya. Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan supaya dia fikirkan dulu sesuatu perkara secara rasional.” Sebelum ini Abby menerusi laman sosial facebook, Abby Abadi Lurvly Fanpage menyatakan rasa tidak puas hatinya apabila Memey didakwa menjawab panggilan telefon yang dibuatnya kepada Norman bertujuan menjemput anak mereka ke sekolah.

Abby menyatakan rasa tidak puas hatinya melalui status facebook pada 3 Januari lalu: “Ya Allah pagi2 lg (pagi) dah menyirap... Siap ank (anak) nk (nak) ke sekolah, tggu (tunggu) papanya lambat sgt (sangat), sy (saya) call... suara p angkat, “kejap2 Abg tgh (tengah) siap”... Sy (saya) cam suara tu... Ank (anak) pun kata “eh apasal dia angkat”... Sy (saya) tanya “p gatal, x (tak) malu ke angkat2 cal aku ni? Bangga sgt (sangat) nk (nak) tunjuk dok (duduk) serumah?” dia jawab “bialahh (biarlah)... Sibuk jer” pastu (selepas itu) dia letak... bule camtu (boleh macam itu)? Bukan baru... Lama dah sy (saya) tau (tahu) pasal ni... Mmmmm, cari pasal sungguh... Geliii! Isu berkenaan adalah yang terbaru melanda mereka sejak keruntuhan rumah tangga Abby dan Norman yang didakwa gara-gara hubungan cinta pelakon lelaki terbabit dengan Memey.

Kemuncaknya bila Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nor Hakim Zaidon, 35, dan Memey, 23, didakwa berkhalwat di pejabat pelakon lelaki terbabit di Taman Ukay Perdana, di sini, pada 30 Oktober 2008.

Memey dan Norman bertunang pada September tahun lalu di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Kini, Abby yang juga bekas penyanyi berkumpulan Elite pula dikatakan menjalin hubungan cinta dengan pelakon kacak, Zulkifli Ariffin, atau Zul, 24, apabila sering kelihatan bersama walaupun masing-masing tidak mengesahkan secara terbuka.

Al-kisah...Impak 10 personaliti!

Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my
2011/01/02

pix_gal0
Kisah yang berlaku dalam dunia kerjaya, peribadi mereka warnai suasana sepanjang tahun lalu

TAHUN 2010 yang baru berlalu meninggalkan kesan yang bukan sedikit kepada dunia. Ia juga pergi dengan mencatatkan pelbagai peristiwa, baik dan tidak, kepada penghuni dunia untuk dikenang atau mungkin dijadikan pengajaran dalam meniti kehidupan tahun baru.

Selain bencana, malapetaka dan peperangan yang seakan tidak berkesudahan, tindak-tindak manusia turut mewarnai setiap saat yang berlalu pada tahun 2010. Malah ada di antaranya mendominasi berita utama media antarabangsa dengan penonjolan masing-masing sama ada diiringi kontroversi, membangkitkan nostalgia lama, mencipta sejarah dan tidak kurang yang pelik.

Mungkin terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun lalu untuk diimbas kembali tetapi cuma segelintir yang benar-benar meninggalkan kesan di hati ramai orang.

Skandal seks pemain golf terkemuka dunia, Tiger Woods, tidak terhenti dengan berakhirnya tahun 2009 sebaliknya terus berlanjutan sepanjang tahun lalu dengan berita perceraiannya yang disahkan pada 23 Ogos lalu.

Bekas isteri ahli sukan bertaraf hartawan itu, Elin Nordegren, berkeras untuk bercerai selepas menyatakan dia hilang semua kepercayaan terhadap Woods yang menjalin hubungan sulit dengan berbelas-belas wanita.

Walaupun jumlah yang diperoleh Nordegren tidak dinyatakan, perceraian mereka disifatkan antara yang termahal dalam sejarah. Pasangan berkenaan berkongsi hak penjagaan ke atas dua anak mereka, Sam dan Charlie.

Suasana politik dunia pula sedikit berseri dengan tindakan junta Myanmar membebaskan tokoh demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi, daripada tahanan dalam rumah sejak 15 tahun lalu pada 13 November lalu.

Pembebasan itu disambut baik ramai pemimpin dunia dengan harapan ia menjadi titik tolak kepada amalan demokrasi sepenuhnya di negara itu. Ketokohan pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu turut menarik minat penerbit filem memindahkan kisah hidupnya ke layar perak dan pelakon kelahiran Ipoh, Datuk Michelle Yeoh, disebut-sebut sebagai calon terbaik memegang watak itu.

Lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, ke Indonesia pada 9 November lalu pastinya membangkitkan nostalgia lama. Obama pernah tinggal di negara itu selama empat tahun ketika usia kanak-kanaknya selepas ibunya mengahwini lelaki Indonesia.

Obama memuji perkembangan ekonomi di Indonesia serta perkembangan demokratik negara itu dalam pertemuannya dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Bagaimanapun, persediaan besar-besaran menyambut Obama menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian rakyat yang berasakan kerajaan perlu memberi perhatian lebih kepada mangsa gunung berapi Merapi yang meletus ketika itu.

Politik Malaysia turut mencipta sejarah dengan kedatangan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton dalam lawatan rasminya selama tiga hari bermula 1 November lalu.

Ia adalah lawatan rasmi pertama Setiausaha Negara Amerika sejak Warren Christopher pada tahun 1995. Dalam lawatan itu, Clinton berkata Malaysia boleh menjadi pengaruh besar kepada dunia Islam dan komuniti antarabangsa yang lebih luas. Beliau turut memuji usaha negara membendung persengketaan berdasarkan agama.

Politik Britain sekali lagi mencipta sejarah apabila Perdana Menteri barunya, David Cameron, yang dilantik 11 Mei lalu menjadi pemimpin termuda pada usia 44 tahun.

Cameron, pemimpin muda yang memodenkan parti berhaluan kanan yang pernah dipimpin ikon politik Britain, Margaret Thatcher, dilantik Perdana Menteri kelmarin berikutan peletakan jawatan Gordon Brown, sekali gus menamatkan kemelut pilihan raya yang menyaksikan kembalinya parti Konservatif mengetuai kerajaan campuran selepas 13 tahun di bawah pemerintahan Parti Buruh.

Pemimpin Parti Liberal Demokrat, Nick Clegg kemudian diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Cameron dan Clegg bersetuju mewujudkan kerajaan campuran selepas parti Konservatif menang kerusi terbanyak dalam pilihan raya nasional Britain pada 6 Mei lalu, tetapi tidak memperoleh majoriti di Parlimen. Persetujuan itu dicapai berikutan rundingan tegang sebanyak lima kali, berjaya menghasilkan kerajaan campuran penuh pertama di Britain sejak Perang Dunia Kedua.

Nama Julian Assange tiba-tiba menjadi popular kerana laman web yang diasaskannya, WikiLeaks, menyiarkan berita mengenai pembabitan Amerika dalam perang di Afghanistan dan Iraq.

Pada 28 November lalu, WikiLeaks dan lima rakan medianya menyiarkan mengenai kabel rahsia diplomatik Amerika dan Rumah Putih segera menyifatkan pendedahan itu sebagai ‘membahayakan.’

Assange nyata membuatkan Amerika tidak senang duduk dengan Jabatan Kehakiman negara itu mengkaji tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadapnya.
Naib Presiden Joe Biden, pula menyifatkan pengasas WikiLeaks itu sebagai `pengganas berteknologi tinggi' yang berbahaya.

Mark Zuckerberg mungkin menjadi tokoh paling dicemburui dalam dunia teknologi maklumat kerana pada usia 26 tahun, dia boleh tidur dalam timbunan wang. Semuanya hasil laman web yang diasaskan, Facebook.

Memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden, Zuckerberg mengasaskan rangkaian laman web sosial itu pada tahun 2004, dengan tiga lagi rakannya, Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin dan Chris Hughes, ketika masih bergelar penuntut Universiti Harvard. Zuckerberg dipilih sebagai Tokoh Tahun Ini oleh majalah Time.

Dalam dunia hiburan, nama Lady Gaga, yang kerap muncul dengan penampilan pelik dan tidak masuk akal sudah mampu berada sebaris dengan nama besar seperti kumpulan rock Bon Jovi, U2 dan AC/DC biarpun masih setahun jagung dalam industri itu.

Dia berada di tangga keempat selepas Bon Jovi, U2 dan AC/DC sebagai penghibur yang menerima pendapatan paling lumayan menerusi konsert selain mencatatkan penjualan album paling laris.

Konsert Monster Ball berjaya memperoleh AS$133.6 juta (RM412 juta) daripada 138 pertunjukan sepanjang 2010.

Selepas lebih sedekad menunggu, rakyat Britain hampir pasti mendapat pengganti Puteri Diana apabila anak sulung puteri itu, William, mengumumkan pertunangan dengan kekasihnya, Kate Middleton, pada 16 November lalu selepas lapan tahun bercinta.

Pertunangan itu amat dinanti-nantikan selepas oleh rakyat Britain yang masih menyalahkan istana di atas kematian puteri kesayangan mereka pada 31 Ogos 1997. Malah segelintir rakyat negara itu menyifatkan William bakal menjadi Raja yang jauh lebih baik berbanding bapanya, Putera Charles.

Media Britain yang obses dengan kehidupan kerabat diraja mula membandingkan Kate dan Diana tetapi rata-ratanya berpendapat gadis itu berupaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Diana.

Sementara di tanah air, kelibat gadis berusia 27 tahun, Datuk Nicol Ann David, dalam gelanggang skuasy sentiasa ditunggu peminat sukan tempatan kerana ia jarang sekali mengecewakan.

Memegang gelaran pemain skuasy wanita nombor satu dunia dan sudah menyandang gelaran juara pelbagai kejohanan, Nicol wajar sekali menjadi contoh kepada anak muda Malaysia.

Nicol juga menaikkan nama negara kerana menjadi wanita Asia pertama memenangi gelaran juara Kejohanan Dunia, bukan sekali sebaliknya empat kali iaitu pada tahun 2005, 2006, 2008 dan 2009.