30 Julai 2010

Al-kisah...Alahai, macam-macam!

Al-kisah...Jangan ambil mudah jerawat korang!

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress. Kumpulan ini biasanya panas baran Dinasihatkan untuk pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yang cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung berkemungkinan kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Al-kisah...Rekod jalanraya!

Jalan tercuram di dunia @
Steepest Street, New Zealand

Satu-satunya jalan di England yang mewajibkan pemandu memandu kenderaan di sebelah kanan @
Savoy Court, London England

Jalan yang memiliki bulatan paling buruk di dunia @
The Magic Roundabout, England

Jalan paling berliku-liku di dunia @
Lombard Street, US

Jalan paling luas di dunia @
9 de Julio Avenue, Argentina

Jalan 'aspal' tertua di dunia @
Road to Giza, Mesir

Jalan paling sempit di dunia dengan jarak 0.64 m @
Parliament Street, England

Jalan terpanjang di dunia (48000 km) @
San-American Highway, The Americas

Jalan paling pendek di dunia @
Ebenezer Place, Scotlandia

Jalan berilusi disebabkan lingkungan bukit yang bermagnet @
Gravity Hills, Ladakh India

Al-kisah...16 waktu & tempat mustajab doa dimakbulkan!

16 WAKTU DIMAKBULKAN DOA

  • MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
  • MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
  • MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
  • MALAM 10 MUHAMRRAM
  • MALAM NISFU SYA’ABAN
  • MALAM ‘LAILATUL QADAR’
  • MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
  • KETIKA HENDAK BERBUKA
  • ANTARA AZAN DAN IQAMAH
  • PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
  • SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
  • ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
  • SELEPAS KHATAM AL-QURAN
  • KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
  • SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
  • SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA

  • KETIKA MELIHAT KAA’BAH
  • DI TEMPAT MELAKUKAN TAWAF
  • DI SISI MULTAZAM
  • DI BAWAH PANCURAN EMAS
  • DI SISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
  • DI BELAKANG MAKAM IBRAHIM
  • DI ATAS BUKIT SOLAT
  • DI ATAS BUKIT MARWAH
  • DI TEMPAT SA’I
  • DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK
  • DI MUZDALIFAH
  • DI MINA
  • DI SISI JAMRAH AL-ULA
  • DI SISI JAMRAH AL-WUSTO
  • DI SISI JAMRAH AL-’AQABAH
  • DI DALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)

26 Julai 2010

Al-kisah...Sejadah bercahaya!

Sejadah yang boleh menyala ini adalah salah satu contoh teknologi yang dikembangkan untuk membantu kita dalam menjalankan ibadah dengan baik. Mungkin di antara kita pernah mengalami ketika menginap di hotel, namun keliru dalam menentukan kiblat ketika ingin sembahyang di hotel tersebut. Jadi kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada Soner Ozenc, sebuah perusahaan berasal dari Turki.

Di mana syarikat tersebut telah menciptakan sejadah yang sangat istimewa. Apa keistimewaan sejadah tersebut?. Sejadah tersebut mampu mengeluarkan cahaya dan akan semakin terang apabila arah sejadah tersebut menghadap ke kiblat (Mekah). Semakin betul arah kiblat, maka semakin teranglah sejadah tersebut. Sejadah ini betul-betul istimewa kerana sangat membantu kita yang keliru dalam menentukan arah kiblat ketika sedang beribadah.

Al-kisah...A beautiful tangga!

Al-kisah...Tidak ada kalimah Allah!

http://images.alwatanvoice.com/news/large/2559446812.jpg

Surah Fussilat ayat ; 53.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?"

Seorang wanita bertugas yang bertugas di sekolah kelolaan Al-Azhar Mesir mendapati kertas Al-Quran yang telah dikoyaknya, tidak lagi mengandungi lafaz Allah SWT. Dia ingin membakar helaian Al-Quran tersebut dengan bertujuan agar tidak dipijak atau dibuang ke tempat yang kotor, tetapi apabila diperhati dengan teliti, helaian kertas tersebut tidak lagi tertulis nama Allah SWT .

25 Julai 2010