23 September 2012

Al-kisah...Ini cerita si transeksual menjadi cantik!



Lahir pada 25 April 1935, Ashley pernah menjadi model dan pelayan restoran. Dia adalah orang wanita Inggeris pertama yang bersikap terbuka pada orang awam sebagai seorang transeksual di mana pengakuannya diterbitkan dalam Sunday People pada 1961.

Dia juga diketahui sebagai orang Inggeris pertama dan yang ke-9 di dunia yang melakukan pembedahan jantina. Ashley sebenarnya lahir dengan nama asal George Jamieson di Smithdown Road Hospital, Liverpool dan memiliki lima orang saudara kandung.

Berlatarbelakangkan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Roman Katolik sementara ibunya seorang Protestan. Di usia 14 tahun, dia telah menyertai Angkatan Laut namun ketika usianya mencecah 15 tahun dia telah keluar dari angkatan tersebut kerana mendapati karakter seksualitinya tidak berkembang.

Sekembalinya, dia berusaha membunuh diri namun berjaya dihalang dan dia telah dihantar ke Pusat Kesihatan Mental di Ormskirk akibat tekanan jiwa. Walaubagaimanapun, pada tahun 1950 yakni selesai menjalani perubatan, dia telah mengambil keputusan untuk berpindah ke Paris kerana merasakan kehidupannya ketika itu tidak bahagia dan telah menukarkan namanya kepada Drag Queen. Di Paris, dia telah menjadi penari kabaret di Carousel Theatre bersama seorang teman.

Pada 12 Mei 1960, Ashley telah mengambil keputusan untuk membuat pembedahan jantina di sebuah hospital di Casablanca, Morocco. Pembedahan yang diketuai oleh Dr George Burou itu yang memakan masa selama 7 jam telah berjaya dan telah menjadikan Ashley seorang wanita / model yang cantik dan terkenal.

Wajahnya terpampang di merata media terkenal bahkan turut mendapat tawaran berlakon untuk filem The Road To Hong Kong yang dibintangi aktor ternama Bing Crosby dan Bob Hope.

Sebagai seorang transseksual, dia hidup normal dan menikah dengan Arthur Corbett pada 1963, tetapi pernikahan tersebut terputus pada tahun 1970. Lalu pada tahun 1980, Ashley menikah dengan Jeffery West. Baru-baru ini iaitu pada bulan April 2005, Ashley telah berjaya mendapatkan pengakuan secara legal / sah sebagai seorang wanita yang disahkan dengan adanya Gender Recognition Act 2004.


Memiliki nama asal Sharon Cohen, tetapi secara profesional dia dikenali dengan nama Dana International. Lahir di Yaron Cohen pada 1972, Dana merupakan artis pop dari Israel yang sangat terkenal. Cohen adalah anak bongsu dari tiga bersaudara.

Meskipun secara biologi dia lahir sebagai lelaki, Cohen diidentifikasi sebagai wanita dari usia yang sangat muda,iaitu 13 tahun. Dia bercita-cita menjadi penyanyi sejak berusia lapan tahun setelah melihat penyanyi legenda Israel, Ofra Haza membawakan lagu 'Chai' di Eurovision Song Contest 1983.

Meskipun keluarganya miskin, ibu Cohen bekerja untuk membiayai Cohen belajar muzik. Namanya melambung setelah membawakan lagu berjudul 'Diva' serta memenangi Eurovision Song Contest pada tahun 1998. Dia disebut-sebut sebagai selebriti transseksual yang paling terkenal di dunia.

Kariernya dimulai pada tahun 1992, sejak saat itu dia telah menghasilkan lapan album dan tiga album tambahan. Ketika ini, dia menjadi salah seorang juri acara pencarian penyanyi berbakat Israel, Kokhav Nolad.

Harisu adalah nama panggung dari Lee Kyung-eun, seorang transeksual yang menjadi penyanyi, model dan aktres terkenal dari Korea Selatan. Secara biologi, Harisu yang lahir pada 17 Februari 1975 adalah seorang lelaki.

Dia menjadi seorang wanita pada ketika masih kecil dan menjalani pembedahan pergantian kelamin pada tahun 1990. Harisu tercatat sebagai seorang seniman Korea pertama yang seorang transseksual. Pada 2002, dia secara undang-undang mengganti jenis kelaminnya menjadi seorang wanita.

Perhatian publik pertama kali tertuju padanya ketika Harisu tampil dalam sebuah iklan. Iklan tersebut cukup berjaya dan membuat kariernya dalam dunia hiburan makin memuncak. Dia pun mengembangkan kariernya dalam bidang muzik dan lakonan.

Sampai saat ini Harisu memiliki lima album rakaman yang terdiri dari berbagai aliran muzik seperti tekno dan R&B. Lagunya juga ada yang dirakam dalam bahasa mandarin. Pada 2001, Harisu mendapatkan kesempatan untuk berlakon dalam film Yellow Hair 2.

Sejak saat itu dia pun kebanjiran tawaran untuk membintangi sejumlah film seperti Hi!Honey dan siri drama Korea seperti Colour Blossoms. Kehidupan percintaannya pun berjalan normal. Pada 19 Mei,2007, Harisu menikah dengan Micky Jung. Mereka sebelumnya sudah bercinta selama dua tahun.

Lahir sebagai lelaki pada 9 Jun 1981, Parinya Kiatbusaba kini lebih popular dikenal sebagai Nong Tum. Dia merupakan 'kathoey' (pelaku transeksual dari lelaki menjadi wanita) paling terkenal di Thailand.

Uniknya, sebelum berubah menjadi wanita, Nong Tum adalah seorang petinju (Muay Thai atau tinju ala Thailand). Sejak kecil sebenarnya dia sudah menyedari ada perbezaan dari dirinya. Namun,kerana orang tuanya tidak mengetahui hal itu, Nong Tum didaftarkan ke sebuah kem tinju.

Dan ternyata, meskipun pembawaannya lebih feminin dibandingkan petinju lainnya, Nong Tum tergolong sebagai petinju berbakat. Dia pun akhirnya mengikuti sejumlah pertandingan. Walau awalnya wang kemenangan ingin dia gunakan untuk pembedahan ganti jantina, tetapi ternyata Nong Tum mencintai olahraga tinju.

Kehidupan publiknya dimulai pada Februari 1998, setelah memenangi pertandingan di Bangkok Lumpini Boxing Stadium, pusat dunia Muay Thai. Media Thailand mulai menyedari ada satu atlet yang feminin dan gemar mencium serta memeluk lawan mainnya yang lebih kekar.

Setelah itu, Nong Tum makin terkenal, kerana sering muncul di majalah dan tv. Dia pun akhirnya menjalani operasi pergantian kelamin pada tahun 1999 setelah berhenti menjadi petinju. Selepas itu, Nong Tum beralih kerjaya sebagai penyanyi. Kisahnya cukup terkenal, dan diangkat menjadi sebuah film bertajuk 'Beautiful Boxer' pada tahun 2003.

Film ini menuai banyak pujian dan memenangi sejumlah penghargaan. Kehidupan Nong Tum sebagai transeksual juga merupakan bagian dari buku 'Ladyboys: The Secret World of Thailand's Third Gender'. Pada Februari 2006, Nong Tum membuat comeback sebagai petinju wanita. Dia beberapa kali memenangi pertandingan. Hingga akhirnya pada 2010, Nong Tum membuka kem tinju miliknya dan menjadi jurulatih tinju.

Al-kisah...Allah memberi balasan serta merta!


Assalamualaikum & salam peringatan,

Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir. Moga kisah di bawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.


Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. 

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Wallahualam.

Al-kisah...10 penceraian yang mengada-ngada!




Bercerai kerana tidur berasingan sejak awal menikah
Mahkamah Tainan (Taiwan) mengabulkan tuntutan cerai seorang suami kerana isterinya ‘terlalu malu’ untuk 
mengakui pernikahan mereka waima setelah pernikahan tersebut berjalan setahun lamanya. Chen, seorang guru berusia 39 tahun telah berkenalan dengan isterinya, Lin 30 tahun melalui khidmat rangkaian sosial.

Setelah Chen dan Lin bercinta selama 3 bulan, akhirnya mereka memutuskan untuk bernikah. Namun Lin menolak menjalani pernikahannya dengan wajar. Ketika malam pertama, Lin tidur dalam keadaan berpakaian ‘penuh’ dengan selimut menutupi tubuhnya. 

Ketika Chen berusaha untuk tidur dengannya, Lin menolaknya sambil berteriak, “Celaka sekali kau ini!” dan Lin akan pulang ke rumah orang tuanya pada keesokan harinya. Melalui khidmat rangkaian sosial yang memperkenalkan mereka, Lin mengakui menandatangani kontrak setuju bernikah hanya kerana masalah kewangan dan dia juga memohon agar dia dan suaminya tidur secara terpisah.

Bagaimanapun, matlamat Lin jelas tidak tercapai sebab Chen yang tidak tahan dengan karenah Lin, akhirnya mengemukakan permohonan cerai. Lin mengakui kepada mahkamah bahwa dia menolak menjalani malam pertama kerana merasa penat dan sakit.

Akan tetapi hakim tetap menganggap bahwa adalah hal yang pelik jika Lin telah menetapkan untuk berpisah ranjang sejak awal penikahan mereka lagi.Hakim juga meminta Lin memberikan NT$300 ribu pada Chen sebagai ganti rugi atas pembelian apartmen, mas kawin dan rasa malu akibat pernikahan yang gagal kerana alasan yang remeh.

Suami diceraikan kerana mengintip wajah isterinya
Seorang wanita arab Saudi menuntut cerai pada 2008 kerana suaminya berusaha mengintip wajahnya Peliknya, pernikahan mereka pada waktu itu telah memasuki usia ke-30. Mungkin rasa ingin ketahuan selama bertahun-tahun  membuatkan si suami ini akhirnya tidak tahan dan benar-benar ingin melihat rupa paras isterinya.

Setelah usahanya untuk membuka selimut yang meliputi tubuh isterinya itu disedari ketika si isteri itu sedang tidur, si suami lantas meminta maaf dan berjanji takkan mengulanginya. Namun sayang, si  isteri yang selama ini hanya memperlihatkan matanya saja tetap bertegas untuk menceraikan si suami!

 Bercerai  akibat  seekor burung
Di China, seorang wanita telah mengemukakan permohonan cerai setelah mendengar beberapa perkataan yang dikeluarkan oleh burung peliharaannya. Dikatakan burung itu telah mengatakan perkataan seperti cerai, aku cinta kamu dan sabar ya. Hal ini telah menimbulkan keraguan dan menganggap ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku oleh wanita ini.

Akhirnya, setelah disiasat rupa-rupanya burung itu telah mempelajari perkataan-perkataan tersebut daripada perbualan sulit suami wanita berkenaan dengan seorang pelacur! Wanita berkenaan yang bengang telah mengemukakan permohonan cerai dengan membawa sekali saksinya iaitu burung peliharaannya ke pengadilan dengan harapan dapat menjadikannya bukti kuat bahawa suaminya mencuranginya dan ingin menceraikannya!

Bercerai kerana berhubungan sulit dengan jiran 
Seorang nenek dari Jerman berusia 84 tahun telah menceraikan suaminya yang berusia 82 tahun setelah 60 tahun bersama kerana kedapatan curang dengan berhubungan seks bersama wanita lain di tempat kerjanya. Kisah hubungan sulit ini tersebar ketika kedua pasangan tersebut terlupa menutup tirai ketika sedang asyik melakukan seks di salah satu sudut pejabat.

Ketika mengetahui hal tersebut, Ruth telah mengusir suaminya dan menariknya, suaminya itu telah memutuskan untuk tinggal bersama dengan kekasih gelapnya itu dirumahnya yang hanya berselang dua pintu dari rumah Ruth!

 Bercerai kerana menipu tentang umur
Luo yang berbohong tentang umurnya harus menerima padah. Setelah 10 tahun berkahwin, suaminya nekad untuk menceraikan Luo kerana menganggap dirinya telah ditipu hidup-hidup. Ini kerana, ketika mula-mula Luo dilamar dahulu, Luo mengakui berumur 24 tahun walhal umurnya sudah mencapai 30 tahun.

Bercerai kerana tidak mahu makan tengah hari dengan ibu mertua
Pada 2005, seorang wanita dari Focsani (Roma) meminta cerai dengan alasan dia sudah tidak tahan kerana harus makan tengah hari bersama ibu mertuanya setiap hari. Wanita tersebut (23 tahun) yang baru menikah 10 bulan itu mengakui bahawa hidupnya  seperti di neraka kerana kehadiran ibu mertuanya.

Elena T mengatakan pada mahkamah bahawa hal tersebut merupakan alasan utamanya  meminta cerai. Meskipun begitu, pihak pengadilan menasihati agar dia mencari alasan yang lebih baik lagi jika ingin bercerai dengan suaminya.

Bercerai kerana memberi makan pada anjing liar
Seorang pesara telah mengemukakan penceraian terhadap suaminya setelah 50 tahun berkahwin kerana merasa jemu dengan tingkahlaku suaminya yang gemas menghabiskan wang pencen dengan memberi makan kepada anjing jalanan. Eliza Barbu, 71 tahun, menyatakan suaminya selalu memberi sisa makanan selama beberapa tahun kebelakangan ini kepada sepasang anjing liar.

Namun Eliza hilang kesabaran ketika jumlah anjing jalanan yang diberi makanan tiga kali sehari meningkat kepada 20 ekor. Bahkan, kadang-kadang langsung tidak ada tertinggal makanan untuk mereka sendiri. Ini menyebabkan Eliza tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka harus berlapar kerana wang pencen yang ada habis hanya untuk membeli makanan anjing jalanan. Apalagi, semakin hari semakin banyak pula anjing yang datang ke rumah mereka setiap hari!

Bercerai kerana suami mempromosi acara Olimpik Beijing
Wang Yueting, 57 tahun telah diceraikan oleh isterinya kerana telah membuat keputusan untuk berlari melintasi China sebagai tanda menyokong sukan Olimpik di Beijing. Wang dari daerah Anhui telah menjual apartmennya bagi sponsor hasratnya itu. Wang telah menghabiskan hasil jualan apartmennya untuk membeli sebuah van dan perbelanjaan untuk pasukannya seramai 6 orang yang menyertai memberi sokongan kepadanya. Isteri Wang yang sakit hati mengancam untuk bercerai jika suaminya tetap meneruskan hasratnya, namun Wang tetap dengan pendiriannya dan akhirnya terjadilah penceraian itu. 

Bercerai kerana 'anu' patah
Seorang isteri telah menuntut cerai ke atas suaminya setelah mendapati anu lelaki tersebut adalah palsu. Hal ini terbongkar ketika pasangan ini sedang melakukan hubungan seks.

Grigory Toporov, 48 tahun, mengatakan bahawa dia membesarkan anunya kerana berniat untuk memuaskan hati  isterinya itu lantaran selalu 'tewas' ketika berada di atas ranjang. Lantas, dia telah melakukan 'sambungan' terhadap anunya itu. Namun, isterinya sangat terkejut dan ketakutan ketika mendapati anu suaminya tiba-tiba patah ketika mereka asyik melakukan hubungan seks. Grigory berjanji akan memperbaiki anunya itu, namun isterinya yang sememangnya sudah jemu dengan kegagalan suami ketika melakukan seks tetap memfailkan penceraian mereka. 

Bercerai kerana suami terlalu bersih
Di Jerman, seorang isteri sanggup untuk bercerai dengan suaminya kerana terlalu meluat dengan sifat suaminya yang terlalu pembersih. Walaupun usia perkahwinan telah menjangkau 15 tahun, namun kesabaran isteri runtuh juga apabila suaminya memutuskan untuk memperbaiki salah satu dinding di rumah mereka hanya kerana dinding tersebut sebelum ini sedikit kotor. 

Al-kisah...stail rambut pilihan korang!



Bob/Finger Wave

Pompadour

Ducktail

The Pixie

Beehive

The Shag

Bouffant

Afro

Corn Rows

Dreadlocks

Feathered Flip 

Jheri Curl

Devilock

Mullet

Liberty Spikes

Mohawk

Rat-tail

Perm

Bowlcut 

Hi-top Fade

The Rachel

Fauxhawk

Emo

Buzz cut (skinhead or crewcut)

Combover