Memaparkan catatan dengan label Khasiat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khasiat. Papar semua catatan

09 Julai 2010

Al-kisah...Taugeh oh taugeh!

Bagi anda yang tidak suka makan sayur taugeh ni terutamanya kaum perempuan, mulai sekarang anda kena berfikir semula. Tolak tepi soal sedap, tapi fikirkan khasiat serta kebaikan kita makan taugeh ni.

Align Center

Tapi tahukah anda, taugeh yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan taugeh sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka.

Saponi dalam taugeh, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, taugeh padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan taugeh merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama taugeh dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

So, jom kita ramai-ramai makan taugeh hari-hari...

22 Jun 2010

Al-kisah...Khasiat kurma, kismis & madu!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Mengamalkan makan kurma ketika mengandung adalah amat baik sekali kerana ini akan memudahkan ketika melahirkan nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah SAW.

Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus dilakukan adalah menjauhi makanan manis-manis yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud;

“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.

Nabi Muhammad SAW turut bersabda yang bermaksud;

“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah a.s bersabda yang bermaksud;

“Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s bersabda yang bermaksud;

“Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s bersabda yang bermaksud;

“Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud;

“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian”.

Sabda baginda SAW juga bersabda yang bermaksud;

“Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali a.s bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s turut bersabda yang bermaksud:

“Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-Thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa.

MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud;

“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat mempraktikkan nasihat Al-Quran maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud;

“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud;

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat konsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud;

“Allah SWT telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa sakit, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Dari Imam Ali a.s beliau bersabda yang bermaksud;

“Madu adalah ubat segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Dan dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s, beliau bersabda;

“Rasulullah SAW sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s, beliau bersabda;

“Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”.

Wallahualam...