Memaparkan catatan dengan label Ranau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ranau. Papar semua catatan

03 Februari 2011

Al-kisah...Tembelang terbongkar!

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

NYAMAN...mungkinkah KOAM terpesona dengan cuaca sejuk di Kompleks Sukan Ranau sehingga mahu membawa atlet ke sana.
NYAMAN...mungkinkah KOAM terpesona dengan cuaca sejuk di Kompleks Sukan Ranau sehingga mahu membawa atlet ke sana.

GERAM...Noraseela anggap tak logik berlatih di Ranau.
GERAM...Noraseela anggap tak logik berlatih di Ranau.

KEMELUT yang melanda program latihan atlet di Ranau menyebabkan rasa kurang senang Ahli Majlis Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) S Rajasegram.

Beliau terkejut apabila mendapat tahu mengenai permasalahan yang timbul sedangkan mereka dimaklumkan sebelum ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan KOAM, Karim Ibrahim bahawa program itu sedia untuk dijalankan.

“Pada mesyuarat KOAM sebelum ini, beliau (Karim) sudah memberi gambaran jelas bahawa semua atlet elit, pelapis dan jurulatih sudah bersetuju untuk menyertai program itu. Malah beliau juga berkata, kompleks itu sudah siap sepenuhnya tapi kenapa tiba-tiba KSU (Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed) suruh bincang semula? Kenapa tiba-tiba ada laporan di akhbar menyatakan Noraseela Khalid cakap tak logik berlatih di sana? Siapa yang bercakap benar sekarang?

“Bila perkara sebegini timbul, ini membuktikan sesuatu polisi atau keputusan yang diambil tidak merujuk kepada Ahli Lembaga dan Majlis. Sudah banyak masalah berlaku sebelum ini tapi tak ramai yang mahu bersuara. Saya menyokong program ini tapi biarlah dengan saluran yang betul. Jangan bila ada masalah baru nak rujuk kepada kami,” katanya.

Rajasegram, 56, yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Olahraga Amatur Johor sejak 1993 berkata, KOAM sepatutnya menimbang semula saranan Mohid supaya berbincang semula dengan pihak pengurusan Kompleks Sukan Ranau bagi mendapatkan pengesahan.

Malah apa yang membimbangkannya adalah sambutan dingin atlet terhadap program fasa pertama selama sebulan bermula awal bulan ini bagi persiapan ke Sukan Sea Palembang November depan.

“Saya gembira dengan sokongan yang ditunjukkan KBS dan MSN. Apa yang mereka mahu adalah memastikan kelancaran program ini dan bukannya separuh jalan saja.


“Saya mendapat maklumat bahawa atlet bersetuju menyertai program itu dengan bersyarat, apakah syarat itu saya tidak tahu. Kalau atlet tak pergi sudah pastinya ia akan membazirkan wang rakyat,” kata Rajasegram.

17 Januari 2011

Al-kisah...Ranau tidak sesuai!


IMBAS KEMBALI...Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim (tengah) bersama atlet dan jurulatih olahraga ketika sesi taklimat menghadapi Sukan Sea Laos  pada 26 Oktober 2009.
IMBAS KEMBALI...Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim (tengah) bersama atlet dan jurulatih olahraga ketika sesi taklimat menghadapi Sukan Sea Laos pada 26 Oktober 2009.

CADANGAN Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk mengadakan program latihan atlet dengan kos RM3 juta di Kompleks Sukan Ranau, Sabah ditolak Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Ketua Pengarah, Datuk Zolkples Embong berkata, tempat latihan dikemukakan badan induk sukan olahraga itu tidak sesuai kerana daripada segi geografi, Ranau bukan kawasan tanah tinggi yang sesuai untuk latihan atlet acara trek.

“Kami tidak mahu bazirkan peruntukan kerajaan untuk program yang tidak memberi kesan kepada pembangunan semua atlet,” katanya mengulas perkembangan cadangan KOAM untuk mengadakan program latihan di luar Kuala Lumpur bagi persiapan menghadapi Sukan Sea di Indonesia.

Beliau berkata, atlet olahraga perlukan pertandingan berbentuk kompetitif dan bukannya menjalani latihan di luar Kuala Lumpur.

Zolkples berkata, MSN akan berhati-hati menyalurkan peruntukan kewangan kepada KOAM selepas badan olahraga itu didapati beberapa kali menggunakan peruntukan tidak mengikut cadangan MSN.

“Tahun lalu MSN menyalurkan peruntukan besar kepada KOAM bagi program pembangunan atlet tapi digunakan untuk menghantar atletnya bertanding di luar negara,” katanya.

Katanya, MSN menyalurkan peruntukan khas kepada KOAM untuk membeli peralatan bantuan sukan namun mereka tidak membuat pembelian itu dan wang tidak dikembalikan kepada MSN.

“Saya kecewa dengan kenyataan KOAM mendesak atlet yang masih belajar menyertai program sedangkan ada di antara mereka perlu menghabiskan pengajian tahun ini selepas tujuh tahun menangguh pengajian.

“Tahun ini atlet tidak ada banyak kejohanan penting dan inilah masa mereka menghabiskan baki pengajian di institut pengajian tinggi sebelum kembali sibuk dengan kejohanan sukan tahun depan,” katanya.

Tahun depan atlet negara perlu memberi sepenuh perhatian kepada persiapan menghadapi temasya Sukan Olimpik London, katanya.