Memaparkan catatan dengan label Rahsia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rahsia. Papar semua catatan

03 Januari 2011

Al-kisah...Rahsia WUDUK!

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’.

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwudhu' kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.

Al-kisah...Rahsia mi segera terlampau!


Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Al-kisah...Apa rahsia jari jemari anda?


Asas 5 jari:

Jari telunjuk - Usus

Jari tengah : Jantung

Jari manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim / Tulang Belakang


Sekarang cuba korang perhatikan jari jemari korang. Kalau didapati ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik. Dan ini boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Kalau korang seorang wanita, cara untuk tengok sistem
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita. Kalau jari korang meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin. Cube cek tapak tangan
masing-masing, kalau yang suka marah-marah tu mungkin angin dalam badan banyak. Sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje (ehh ye ke statement ni).

Selain itu, pernah tak korang mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke??? Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.

Manakala jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.

Jika urat biru / hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya untuk orang pompuan, cuba tengok pada kuku setiap jari
korang. Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari korang bermakna
korang mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya korang mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat...

Wallahualam

03 Ogos 2010

Al-kisah...Tidurpun satu nikmat!

http://kaheel7.com/userimages/sleep_learning_01.JPG

Dalam kajian baru-baru ini (yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience) para saintis menemui bahawa tidur pada malam hari tidak cukup untuk manusia, tetapi harus tidur siang hari untuk waktu singkat (satu setengah jam / Qoilulah ). Para saintis telah menemui bahawa otak sebetulnya merasa lelah di siang hari akibat akumulasi informasi yang sampai kepadanya tahap 'kinerja'nya menjadi kurang efisyen dan dengan demikian otak memerlukan rehat sejenak. Kerehatan ini bagi otak merupakan penyusunan kembali maklumat dan pengorganisasian gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperoleh pada waktu siang hari.

Oleh yang demikian, para saintis menegaskan pentingnya tidur di malam hari dan tidur sebentar di siang hari untuk pemberian kerehatan kepada otak kita serta memperkuatkan memori. Mereka berpendapat bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, kinerja ilmiahnya mereka lebih baik dan kemampuan mengingati kembali sesuatu dengan lebih cepat.

http://kaheel7.com/userimages/sleep_learning_06.JPG

Para saintis merumuskan bahawa fenomena tidur sejenak di siang hari atau Qoilulah adalah sebuah sebuah mukjizat yang perlu direnungkan dan dikaji lebih mendalam kerana ia merupakan fenomena kompleks. Maha Suci Allah yang telah mengisyaratkan dalam kitab suci-Nya al-Quran tentang pentingnya tidur di malam hari dan Qoilulah di siang hari dan menegaskan bahawa tidur adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan mukjizat yang wajib menjadi satu renungan. Allah berfirman:

(وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ) [الروم: 23].

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari (Qoilulah) dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan”.

Surah Al-Rom: 23.

30 Julai 2010

Al-kisah...Jangan ambil mudah jerawat korang!

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress. Kumpulan ini biasanya panas baran Dinasihatkan untuk pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yang cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung berkemungkinan kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

24 Julai 2010

Al-kisah...Keajaiban Al-Quran!

Keajaiban Al-Quran Statistik Keajaiban Al Quran

Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan :-
Perkataan/Maksud Disebut dalam Al Quran
Al-Dunya / Al-Akhirah = 115 / 115
Al-Malaikah / Al_Syateen = 88 / 88
Al-Hayat / Al-Maut = 145 / 145
Al-Rajul (Lelaki) / Al-Mara (Perempuan) = 24 / 24
Al-Shahr (Bulan) / Al-Yaum (Hari) = 12 / 365
Al-Bahar (Laut) / Al-Bar (Darat) = 32 / 13

Jika kita mencampurkan jumlah perkataan yang membawa maksud laut dan darat jumlahnya ialah 45 (32+13 = 45).

Jika dibuat kira-kira mudah :

Laut 32/45 X 100 = 71.111%
Darat 13/45 X 100 = 28.889%

Jawapan tersebut menunjukkan peratusan air laut dan darat di dunia hari ini.

20 Julai 2010

Al-kisah...Cara MENAJAMKAN minda & ingatan!

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu, air dalam tin seperti 100 plus
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak-kanak
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas Subuh
Jangan tidur selepas Asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging / ayam

Apa yang perlu diamalkan;

Selalu makan buah manisan seperti kurma
Selalu makan makanan yang panas-panas
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam-ulaman
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selalu menggunakan imaginasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum / soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan / pantai ( yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion-ion negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00 malam

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.

Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal

(kerana pada pagi itu membuka pintu

berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam

perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap

diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang

bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita

hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur

dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan

menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya

cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama

dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik

untuk hamba ciptaanNya.

Al-kisah...Hudud vs Sivil!

HUDUD (CARA ISLAM)


SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 cm.
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SIVIL ( HUKUM MANUSIA )




SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

Al-kisah...Mentega vs marjerin!

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda
(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang
melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah
otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi
mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu
mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti
mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan
pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...
perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik!

Kedua-duanya mempunyai
jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya
sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin
boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding
memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.
Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah
makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan
lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin
terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan Asid
Lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga
kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol
berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko
penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan.
Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulin
semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan...
INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini
sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur
hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna
hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini;
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat
teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut;

Tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya
(ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

Ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai
nutrisi, tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma
juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada
plastik.

Mahukah anda meleburkan tupperware dan menyapu ia ke atas roti
anda?

12 Julai 2010

Al-kisah...Kenapa cincin kahwin mesti di jari manis!


Satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya pertemukan hujungnya (seperti dalam gambar).

1. Cuba buka ibu jari anda, ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua. Manusia mengalami sakit dan kematian, oleh yang demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2. Tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili saudara kita (abang, kakak, adik). Mereka memiliki keluarga sendiri dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3. Sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda, jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat, anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4. Selanjutnya,tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis di mana anda menyarungkan cincin perkahwinan. Anda mungkin hairan kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka. Ini kerana jari manis mewakili suami isteri, selama hidup anda dengan pasangan, anda akan terus melekat satu sama lain, sehidup semati.

01 Julai 2010

Al-kisah...Peristiwa di sebalik kelahiran & kematianmu!

Ketika kamu dilahirkan, azan dilaungkan di telingamu. Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa diazankan.

Ketika kamu dilahirkan, kamu tidak mengetahui siapa yang akan mengeluarkan kamu dari perut ibumu. Dan ketika kamu mati, kamu juga tidak tahu siapa yang mengusungmu ke kubur.

Ketika kamu dilahirkan, kamu dimandikan dan dibersihkan. Ketika kamu mati, kamu juga dimandikan dan dibersihkan.

Ketika kamu dilahirkan, kedua ibubapamu serta sanak saudaramu meraimu dengan kegembiraan. Dan ketika kamu mati, kamu ditangisi oleh ibubapa dan sanak saudaramu.

Kamu dicipta Allah daripada tanah, maka Allah juga yang mengembalikan kamu kepada tanah Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam tempat yang sempit dan gelap. Ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap.

Ketika kamu dilahirkan, kamu telah ditutupi kain supaya auratmu ditutupi. Dan ketika kamu mati, kamu turut dikafankan dengan kain supaya auratmu tertutup.

Ketika kamu dilahirkan, kelahiran kamu sangat dinanti-nantikan malahan sering ditanya perkhabaranmu. Dan ketika kamu mati, kamu tidak akan ditanya melainkan amalanmu yang soleh.

Wallahualam...

22 Jun 2010

Al-kisah...Rahsia sujud!


Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan solat maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.

Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.



Di dalam Majalah Buletin Bulanan MICNA, jurucakap persatuan ini membuat kenyataan bahawa;

"Darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat yang telah diwajibkan oleh Islam".

Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.

Doktor neurologi tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuki darah walaupun sepatutnya setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Kini doktor tersebut memeluk Islam dan beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan melalui- Al-Quran'. Beliau juga membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui Al-Quran dan Hadis Nabawi. Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed).

Manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.

Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.

Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara normal!



Wallahualam...

Al-kisah...Rahsia Surah Yunus!

  • Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah Yunus ke atas wanita yang hamil, nescaya dia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.
  • Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya dia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.