12 Ogos 2010

Al-kisah...Isk; kematian yang pelik?!

Diktator; meninggal sebab Viagra (1998)

Diktaktor Nigeria, Sani Abacha, meninggal di kediamannya, di Abuja kerana mengalami serangan jantung. Dikatakan meninggal kerana konklusi akibat pengambilan pil viagra yang berlebihan untuk persediaan pesta seks pada tahun 1998!

Joki; meninggal tetapi menang perlumbaan (1953)
Frank Hayes, penunggang kuda lumba atau joki, mendapat serangan jantung ketika dalam perlumbaan. Kudanya yang bernama Sweet Kiss, tetap meneruskan perlumbaan dan berjaya memenanginya. Frank Hayes menjadi satu-satunya penunggang kuda yang berjaya menjadi juara ketika sudah meninggal.

Kawan makan kawan (1981)
Renée Hartevelt berumur 25 tahun berasal dari Belanda yang belajar di Paris, dibunuh dan dimakan oleh seorang rakan sekelas, Issei Sagawa. Kejadia berlaku ketika Issei menjemput Renee makan malam sambil berbincang mengenai Sastera. Pembunuh ini dikatakan tidak layak untuk diadili dan kes tersebut telah dibawa ke Jepun sebelum Issei dibebaskan setelah ditahan selama lima belas bulan.

Dibunuh oleh ahli keluarga sendiri (2001)
Pada 1 Jun, Putera Mahkota Dipendra dari Nepal, marah kerana persengketaan masalah perkahwinan (dan mungkin dalam keadaan mabuk), dikatakan telah mengamuk sewaktu makan malam dan telah menyerang seluruh ahli keluarga kerajaan, termasuk ayahnya sendiri iaitu raja. Namun kerana sudah menjadi adat dan tradisi Dipendra, walaupun dalam keadaan koma akibat dari kecederaan, beliau dilantik menjadi raja selama tiga hari sebelum meninggal pada tarikh 4 Jun. Beliau diganti oleh sepupunya iaitu anak lelaki dari ayah saudaranya yang menjadi satu-satunya orang yang terselamat ketika kejadian makan malam berdarah tersebut.

Dilibas oleh kipas helikopter (1982)
Vic Morrow, seorang pelakon terpenggal kepalanya ketika menjalani pengambaran filem “Twilight Zone: The Movie”. Kejadian tersebut telah mengorbankan 3 orang termasuk dua pelakon kanak-kanak iaitu Myca Dinh Le dan Renee Shin-Yi Chen.

Disebabkan isteri (1915)
François Faber dari Luxembourgean juga adalah pemenang Tour de France, meninggal di dalam sebuah longkang ketika Perang Dunia I. Beliau ditembak ketika beliau menerima satu telegram yang mengatakan isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan posisinya yang terbuka ketika beliau bersorak kegembiraan, menyebabkan beliau ditembak oleh penembak tepat (sniper) Jerman.

Bunuh diri ketika siaran langsung (1987)
R. Budd Dwyer, seorang ahli politik dari parti Partai Republik, telah membunuh diri sendiri ketika sedang bersiaran langsung dalam rancangan televisyen. Berkemungkinan akan dipenjarakan selama 55 tahun kerana terlibat dalam satu konspirasi, Dwyer telah menembak kepalanya sendiri dengan pistol.

Dibunuh dengan payung (1978)
Georgi Markov, seorang dari pihak pembangkang Bulgaria, dibunuh dengan menggunakan racun di London oleh seorang penyerang yang tidak dikenali. Beliau telah ditembak di bahaian kaki dengan menggunakan payung yang telah diubahsuai khas, menembakkan peluru logam yang diisi penuh dengan racun.

Dibunuh oleh peluru hidup (1993)
Brandon Lee, anak lelaki Bruce Lee, tertembak oleh salah seorang pelakon secara tidak sengaja dengan menggunakan senapang jenis .44 Magnum ketika sedang menjalankan penggambaran filem The Crow. Adegan yang sepatutnya penembak, menembak dengan kotak peluru yang kosong. Namun, tanpa pengetahuan kru filem, senjata api teknikal itu terdapat sebutir peluru telah terlekat di senjata itu.

Tertelan pencungkil gigi (1941)
Sherwood Anderson, seorang penulis, telah tertelan pencungkil gigi dalam satu pesta dan kemudiannya telah meninggal dunia akibat kompilasi dalaman akibat dari pencungkil gigi tersebut.

Pedang foil tertikam di mata (1982)
Vladimir Smirnov, juara Olimpik dalam acara lawan pedang, meninggal kerana kerosakan otak selama sembilan hari setelah pedang foil pihak lawannya menembusi bola mata dan terus ke otak ketika dalam pertandingan.

Mati setelah menendang (1911)
Jack Daniel, pengusaha pembuatan wiski Tennessee terkenal, meninggal kerana keracunan darah akibat kecederaan di kaki yang dialami setelah menendang kerana kemarahannya hanya disebabkan tidak mengingati kod kombinasi.

Terbelit rantai kereta (1927)
J.G. Parry-Thomas, seorang pelumba dari Inggeris, dibelit oleh rantai kenderaan yang memasuki kokpitnya ketika sedang memandu. Kejadian berlaku ketika beliau sedang mencuba untuk memecahkan rekod kelajuan miliknya sendiri. Kejadian ini dianggap luar biasa, walaupun meninggal tetapi beliau masih berjaya mencipta rekod baru dengan kelajuan 171mph (+/- 275 km/j).

Mati disebabkan air (1943)
Seorang USAAF, pemandu pesawat pembom B-24 kehilangan arah dan mendarat di padang pasir Libya. Mayat pemandu yang meninggal akibat ketiadaan air itu hanya dijumpai pada tahun 1960 iaitu 17 tahun selepas dilaporkan hilang.

Apollo 1, pembunuh! (1967)
Satu kilat telah memancar dan menyambar kapal angkasa Apollo 1 yang telah mengakibatkan kematian semua para pelatih yang ada di dalamnya. Ia berlaku sebelum Apollo 1 diluncurkan ketika menjalani latihan.

Tidak pandai berenang (1967)
Harold Holt, yang memegang jawatan Perdana Menteri Australia, hilang ketika berenang di sebuah pantai di Melbourne. Mayatnya tidak dijumpai sehingga sekarang.

“Apakah saya membosankan anda, Mr Rodale?” (1961)
Jerome Irving Rodale, warganegara Amerika, ialah seorang perintis pertanian organik, meninggal kerana mendapat serangan jantung ketika sedang diwawancara dalam rancangan Dick Cavett Show. Ketika beliau mula jatuh tertidur, Cavett, iaitu pengancara rancangan tersebut menyindir “Apakah saya membosankan anda, Mr Rodale?”. Walaubagaimanapun akibat kejadian tersebut, rancangan itu tidak pernah disiarkan.

Mati di Live News (1974)
Christine Chubbuck, seorang wartawan berita televisyen Amerika Syarikan telah membunuh diri pada tarikh 15 Julai pada pukul 9:38 pagi, iaitu setelah 8 minit dalam rancangan talk show, di WXLT-TV Sarasota, Florida. Ketika dalam rancangan tersebut, dia telah mengeluarkan pistol dan menembak dirinya sendiri di kepala.

Mati di gelanggang (1999)
Owen Hart, WWF (sekarang dikenali sebagai WWE) seorang ahli gusti meninggal setelah jatuh pada ketinggian 78 kaki ketika sedang diturunkan kedalam gelanggang menggunakan kabel dari atas gelanggang. Ketika kejadian, dia telah dirancangkan untuk memenangi Kejuaraan WWF Intercontinental pada malam kejadian itu.

Bukan sebahagian aksinya ker? (1984)
Tommy Cooper, ahli silap mata terkenal di Inggeris, meninggal di atas pentas di Her Majesty’s Theatre ketika siaran langsung acara rutinnya. Ketika kejadian, sebahagian besar para penonton dan pembantunya percaya yang itu adalah salah satu dari aksi pertunjukkannya.

“Sayang Sekali Anda Dapat Hidup Begitu Lama” (1996)
Richard Versalle mendapat serangan jantung di atas sebuah pentas di New York Metropolitan Opera ketika menyampaikan barisan dialog yang berbunyi “Sayang sekali anda dapat hidup begitu lama” ketika melakukan pentunjukkan The Makropulos Case. Richard menjadi orang yang kedua meninggal di atas pentas ini setelah Leonard Warren.

Tiada ulasan: