19 Mac 2011

Al-kisah...Nikah berhelah!

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

KANGAR: Ramai penjual karpet warga Pakistan dikesan berkahwin secara mudah dengan wanita Melayu di Selatan Thailand dipercayai dengan niat tersembunyi untuk mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) dan seterusnya MyKad agar boleh terus tinggal serta berniaga di Malaysia.

Kegiatan itu terbukti apabila statistik pernikahan yang direkod Pejabat Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Thailand, mendapati ramai wanita tempatan berkahwin dengan lelaki Pakistan berbanding lelaki warga negara lain. Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, sepanjang tahun lalu 45 kes perkahwinan membabitkan wanita tempatan dengan lelaki Pakistan direkodkan di selatan Thailand dengan sebahagian besarnya dilakukan di wilayah Songkhla.

Menurutnya, jumlah perkahwinan membabitkan lelaki Pakistan itu tertinggi berbanding lelaki negara lain iaitu sembilan membabitkan warga Bangladesh, India (lapan) dan Nepal (tiga).

“Kami percaya pasangan terbabit bernikah di selatan Thailand menggunakan jurunikah yang diiktiraf pihak berkuasa agama Islam Malaysia dan kemudian mendaftarkan perkahwinan dengan kami untuk tujuan pengesahan,” katanya.

Menurutnya, kemunculan ramai warga Pakistan berkahwin dengan warga tempatan, khususnya wanita Melayu di selatan Thailand dianggap fenomena baru yang jarang berlaku berbanding pernikahan membabitkan pasangan lelaki atau wanita dari Thailand dan Indonesia.

“Pihak berkuasa Malaysia perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung perkahwinan mudah di selatan Thailand, terutama membabitkan warga Malaysia dengan penduduk dari benua kecil India iaitu Pakistan, India, Nepal dan Bangladesh serta warga asing lain dari seluruh dunia.

“Ini kerana kita curiga perkahwinan itu dilangsungkan dengan niat tersembunyi iaitu ingin memudahkan usaha mereka mendapat PR dan MyKad,” katanya.

Selain itu, menurutnya, berdasarkan statistik, seramai 782 daripada 3,260 kes pernikahan di selatan Thailand yang dicatatkan tahun lalu membabitkan warga Malaysia dengan warga asing dari 31 negara, termasuk dari Korea, Denmark, Sweden, Amerika Syarikat dan Iran.

Sementara itu, Shafie Kayem Manaf, seorang jurunikah bertauliah dari daerah Klonget, Songkhla ketika dihubungi semalam, mengaku melangsungkan pernikahan membabitkan ramai pasangan Malaysia dengan warga asing, terutama dari Pakistan, Bangladesh dan India.

“Saya pun terkejut apabila mendapati wanita tempatan hadir bersama pasangannya dari Pakistan untuk berkahwin di rumah saya. Selepas melepasi hukum syarak ditetapkan agama, saya bersama pembantu melangsungkan perkahwinan secara sah sebelum meminta mereka mendaftarkan dengan pihak Konsul Malaysia di Songkhla,” katanya.

Al-kisah...Enggan komen kematian abang, Janet Khoo dalam bahaya!


Janet Khoo

KAJANG: Pelakon Janet Khoo,39, memberitahu kehidupannya berada dalam keadaan bahaya berikutan pembunuhan melibatkan abangnya dan enggan memberi sebarang komen berhubung insiden itu.

Janet berkata, kematian tersebut begitu tragis dan dia amat sedih dengan apa yang berlaku.

“Maaf, ini sudah jadi kes polis sekarang. Saya tidak dapat mendedahkan apa-apa perkara kerana kami sekeluarga dalam bahaya. Situasi yang berlaku ini amat menyakitkan,” katanya kepada Daily Chilie, portal berita The Star.

Abang pelakon itu, Kim Leong, 47, seorang ahli perniagaan ditemui mati dalam keadaan menyedihkan apabila mayatnya dibalut dengan tilam sementara kaki diikat sebelum dicampak ke dalam semak berhampiran Lembah Pangsun, Hulu Langat di sini baru-baru ini.

Mayat mendiang ditemui oleh seorang lelaki di tepi jalan setelah dia terhidu bau busuk di kawasan tersebut kira-kira pukul 11.40 malam pada 6 Mac lalu.

Jelas Janet, keadaannya yang masih terkejut itu membuatkan dia menjadi trauma dan meminta kepada semua pihak tidak mengganggu dirinya dan keluarga buat sementara waktu untuk membolehkan mereka menenangkan fikiran.

Pelakon filem Paloh itu juga berkata, dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Malah Janet juga enggan memberitahu lokasi pengebumian mendiang dan berharap para peminat serta pihak media memahami situasi tersebut.

"Saya menghargai perhatian semua orang. Namun buat masa ini saya perlu untuk melindungi keluarga saya dan diri saya sendiri,” katanya.

Al-kisah...Tak hormat arwah bapa, punca Saida mahu cerai!


Suami kepada Saida AF6, Mohd Ghazali Yahya Zikri,40 (kiri) berbincang bersama peguamnya, Amri Embung (dua dari kanan) di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas selesai sebutan kes cerainya. Turut kelihatan Saida (kanan sekali). Foto THE STAR Oleh: AZMAN GHANI .

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Saida didakwa memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik kerana sifat suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri yang dikatakan tidak menghormati arwah bapa mertuanya yang meninggal dunia dua tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Mohd Ghazali semasa menghadiri prosiding sebutan kes perceraian mereka di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Mohd Suhaily Rosdi pada Jumaat.

Bapa kepada Saida, Allahyarham Tarudin Ismail meninggal dunia pada 15 Februari 2009 akibat serangan jantung selepas empat hari dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri, di sini.

Allahyarham mempunyai tujuh orang anak termasuk penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Selain itu, Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida, 35, juga mendakwa sikap suaminya menyakitkan hati seperti mengongkong kerjayanya.

"Saya sebenarnya tidak mahu jadi begini. Saya ingin teruskan permohonan untuk bercerai," kata Saida yang diwakili oleh peguam syarie Noor Azlina Che Hasan.

Bagaimanapun, Mohd Ghazali, 40, yang merupakan seorang jurutera kaji bumi sebelum melibatkan diri dalam dunia perniagaan memberitahu, dia telah berubah sikap dalam usaha mahu menyelamatkan perkahwinan yang dibina sejak 15 tahun lalu.

"Saya masih sayangkan isteri dan kasihkan anak-anak saya. Saya tidak dapat hendak berbincang dari hati ke hati kerana berada dalam keadaan yang beremosi," kata Mohd Ghazali. Dia menambah, pelbagai usaha lain juga dilakukan termasuk menghadiri sesi kauseling secara sebelah pihak.

Mohd Suhaily bagaimanapun berpandangan sesi kauseling seharusnya melibatkan kedua-dua pihak untuk membolehkan kauselor terbabit menyelami masalah yang berlaku dalam sesuatu rumah tangga.

Pada prosiding sama, Mohd Suhaily juga menasihatkan Mohd Ghazali yang berhasrat untuk mengerjakan umrah supaya menyelesaikan masalah rumah tangganya terlebih dahulu.

"Ibadat memang digalakkan dalam Islam. Sekarang yang penting adalah selesaikan konflik. Sesuatu ibadat lebih afdal jika pihak-pihak tidak ada sengketa.

"Jika dibuat ibadat dalam hati yang tidak selesa, itu tidak elok kerana ia akan mempengaruhi ibadat kita," katanya.

Beliau juga menasihatkan Mohd Ghazali untuk menggunakan kebijaksaannya bagi mengambil semula hati isteri kerana pada pandangan beliau 'pasangan itu masih berbaik termasuk tinggal serumah'.

Pada prosiding sama, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Mohd Ghazali memohon agar mahkamah mewujudkan satu jawatan kuasa pendamai yang berkemungkinan dapat memperbaiki hubungan tersebut.

Permohonan tersebut tidak dibantah oleh Saida, yang hadir di mahkamah bersama kakak iparnya, Rozie Abd Razak.

Justeru itu, Mohd Suhaily menetapkan supaya kes itu disebut semula pada 1 April depan untuk membolehkan kedua-dua pihak membawa wakil hakam (lelaki Islam yang tahu hukum agama) ke mahkamah. Saida dan Mohd Ghazali berkahwin pada 14 Disember 1996 di Kuala Lipis, Pahang dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkongsian hidup, dia yang pernah mencuba nasib dalam rancangan realiti Akademi Fantasia dikurniakan empat orang anak, iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

16 Mac 2011

Al-kisah...Alahai makcik ni, sepakkk kangg...!

"Satu pagi di stesen keretapi...

Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.

Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??

Attenden kaunter: Yang dari Alor Setar sampai jam 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??

Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takdelah keretapi lalu sekarang kan... ? Terima kasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye..."

Attenden kaunter: #$%^&*(

Al-kisah...Demi kereta, rela buat tatto di anu!

Demi mendapatkan sesuatu yang diinginkan memang terkadang orang boleh buat sesuatu yang gila. Seperti yang dilakukan seorang lelaki Jerman yang sanggup membuat tatto di alat kelaminnya demi mendapatkan sebuah kereta. Hal ini terjadi ketika sebuah stesen radio mengadakan sebuah pertandingan unik di mana stesen tersebut mengajak pendengarnya untuk melakukan aksi gila.

Aksi yang paling gila akan memenangi sebuah Mini Cooper berharga 20 ribu Pounsterling. Ketika pertama kali mendengar pengumuman tersebut, Andres Muller terfikir sebuah idea gila dan mengajukan idea gila tersebut ke stesen berkenaan, dan diapun memenanginya. Idea yang difikirkan oleh Andreas adalah dengan membuat tatto berupa tulisan 'MINI' pada alat kelaminnya.

Membuat tatto itu menurut Andreas memang menyakitkan. Tapi rasa sakit tersebut hilang selepas dia diumumkan berhasil memenangi kereta impiannya. "Begitu saja saya duduk di dalam kereta, rasa sakit itu akan hilang dan saya baik-baik sahaja", kata lelaki yang berusia 39 tahun tersebut. "Ada banyak aksi gila yang diajukan oleh pendengar, tapi Andreas menang", kata salah seorang penyelenggara pertandingan tersebut.



Al-kisah...Keajaiban air zam zam di Johor!

JOHOR BAHRU – Niat seorang bapa untuk membeli roti kepada anaknya setelah pulang dari kerja tidak kesampaian apabila dia menerima panggilan mengatakan rumah yang didiaminya musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Perling dekat Skudai, di sini, malam semalam.

Hamsani Radi, 46 berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam itu disedari anak perempuannya yang ketika itu sedang menonton televisyen.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan pulang ke rumah dan singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli roti yang dikirim anak saya. Namun belum sempat saya membelinya, saya menerima panggilan daripada jiran mengatakan rumah saya terbakar.

Saya bergegas pulang ke rumah kerana risau keadaan anak-anak saya. Ketika itu yang ada di rumah hanyalah mereka bertiga,” katanya.

Menurutnya, kebakaran berpunca dari bilik hujung yang disedari anak bongsunya ketika menonton televisyen.

Tiada apa yang dapat diselamatkan, kami tinggal sehelai sepinggang.

Dalam rumah ini macam-macam barang yang disimpan musnah, sijil premium BSN, surat beranak, dokumen-dokumen penting dan barang kemas,” katanya.

Katanya, kejadian itu berlaku dengan pantas dan dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM40,000.

Hamsani berkata, dia terkejut apabila setelah api berjaya dipadamkan, hanya dua botol air zamzam tidak dijilat api.

Air zamzam ini disimpan di dalam rumah berhampiran dapur. Saya terkejut apabila semua barang lain di sekitarnya musnah dijilat api kecuali dua botol air zamzam yang hanya renyuk sedikit sahaja,” katanya yang juga merupakan seorang anggota Rela.

(Sumber: Sinar Harian)

Al-kisah...Si kudung yang luar biasa!


1. Penunggang motorsikal si kudung, Liu 27 tahun. Ketika dia berusia 10 tahun, orang tuanya membawa Liu ke tempat latihan sarkas untuk menjalani latihan menunggang motorsikal. Liu mengakui sudah 10 tahun menunggang motorsikal tanpa memiliki lesen, dan biasanya polis yang menahannya hanya memberi peringatan keras terhadapnya.


2. Pemanah tidak berlengan, Mark Stutzman. Mark sejak lahir tidak mempunyai lengan, dia dijaga oleh keluarga angkat sejak kecil. Dia mulai serius berlatih dalam bidang memanah sejak berumur 16 tahun. Dia memanah dengan duduk di kerusi dengan menahan busur dengan kaki kanannya. Dia biasanya selalu mendapat skor yang cukup bagus, dan dia akan bertanding di Olympic 2012.


3. Pemain piano tidak berlengan, Liu Wei. Liu Wei memulai penampilan sulungnya ketika dalam satu acara pertunjukan, dia memainkan lagu sedih berjudul “Mariage D'amour” oleh Richard Clayderman. Para penonton kagum terhadap penampilannya, tapi yang paling membuat orang terkesima adalah bahwa dia memainkan piano bukan dengan tangan, melainkan dengan jari kaki. Pada 10 oktober 2010, dia menjadi pemenang dalam acara China's Got Talent, dan dia mendapat hadiah tour ke Las Vegas selama 3 minggu.


4. Penulis kaligrafi jalanan tidak berlengan.
Seorang lelaki dari daerah Shandong selalu menulis kata-kata inspirasi dalam bentuk kaligrafi cina di jalanan berhampiran bangunan Foxconn. Dulu dia adalah seorang tukang masak di Beijing, namun sebuah letupan gas telah menyebabkan kehilangan kedua lengannya. Untuk mengisi hari-harinya, dia belajar keras untuk boleh menulis kaligrafi dengan menggunakan kakinya. Aksinya itu bukan saja mampu memotivasi orang-orang di sekelilingnya, tapi juga mampu membayar kos perubatan yang mahal hasil dari karya-karyanya.


5. Penggusti tidak berlengan, Kayle Maynard.
Kayle Maynard bukan hanya seorang penggusti biasa, tapi dia juga seorang penggusti paling top di sekolahnya dan juga termasuk pelajar cerdik di kelasnya. Kyle lahir tanpa siku lengan dan lutut kerana bawaan cacat sejak lahir, dan dia menjadi inspirasi bagi semua orang. Kini Kyle bekerja sebagai speaker di Biro Washington, yang khas memberi pidato berupa motivasi.


6. Pemain Golf tidak berlengan,Tommy Mc Auliffe.
Tommy lahir pada tahun 1893 di Buffalo, New York, anak sulung dari 5 bersaudara. Lengannya dipotong karena mengalami kecelakaan kereta api pada tahun 1902. Dulunya dia sempat menjadi caddy di sebuah club golf, sambil belajar golf dengan menggunakan leher dan bahu. Lama-lama dia menjadi mahir dan menang di Caddies Tournament. Setelah selesai kuliah, atas sokongan saudaranya yang juga seorang pemain golf profesional, dia memulai kariernya di kota New York. 'Trik' permainannya membuat beliau menjadi popular di penjuru negeri, termasuk Canada dan Australia. Tommy McAuliffe akhirnya mendapat gelaran sebagai "Juara Dunia Pemain Golf Tidak Berlengan".


7. Pilot pertama tidak berlengan, Jessica Cox.
Jessica Cox dari Tuxon, Arizona dilahirkan tanpa kedua lengan. Lulusan psikologi ini boleh menulis, menaip, memandu, menyisir rambut, dan berbicara di telepon dengan hanya menggunakan kakinya. Dia juga dulunya adalah bekas penari dan pemegang tali pinggang hitam dalam seni beladiri Tae Kwon-Do. Dia memiliki lesen dan juga boleh menerbangkan pesawat. Pesawat yang diterbangkannya merupakan salah satu pesawat yang tidak memiliki pedal kemudi yang bersertifikat. Tanpa pedal kemudi, Jessica menggunakan kakinya sebagai lengan. Dia memerlukan waktu 3 tahun untuk mendapatkan lesen pesawat terbangnya dan sudah berlatih selama 89 jam, dengan 3 instruktor penerbangan.


8. Pemain Gitar tidak berlengan,Tony Melendez.
Dia berlatih memetik gitar selama 7 jam sehari sampai dia mahir memainkannya. Pada tahun 1987, ketika dia berusia 25 tahun, dia bermain dalam kunjungan Paus ke Los Angeles, dan Paus mendorong dia untuk terus memberikan harapan pada semua orang. Sebagai hasilnya, Melendez telah pergi ke 40 negara menjadi pakar motivasi.


9. Wanita Fitness tidak berlengan, Barbie Guerra.
Inilah wanita yang memberi inspirasi, Barbie Guerra. Dia kehilangan lengannya pada usia 2 tahun dalam sebuah kecelakaan, namun sekarang dia menjadi model fitness yang luar biasa.


10. Pelukis tidak berlengan, Peter Longstaff. Lukisan indah ini adalah salah satu hasil karya Peter Longstaff, 48 tahun. Dia tidak memiliki lengan, namun menggambar lukisannya dengan menggunakan kaki kanannya. Sambil belajar melukis sendiri, dia juga merupakan seorang ayah, jurulatih bolasepak, dan peternak babi. Peter lahir cacat tanpa kedua lengannya, dia belajar menggunakan kaki kanannya layaknya lengan kanan. Dia membuka pintu dan menyalakan lampu dengan berdiri satu kaki. Ketika remaja, dia pernah menjadi bahan ejekan sebagian orang, namun dia menjadikan hal tersebut sebagai perjuangan hidup.


12 Mac 2011

Al-kisah...Murid 11 tahun lebih bijak daripada Einsten!



CLAVERLEY - Seorang murid perempuan, Victoria Cowie (gambar) yang baru berusia 11 tahun dikatakan lebih bijak berbanding saintis terkenal seperti Albert Einstein dan Stephen Hawking kerana dia memiliki skor kecerdasan (IQ) mencecah 162, lapor sebuah akhbar semalam.

Kepintaran Cowie diakui selepas dia mendapat skor 162 dalam ujian IQ.

Pencapaian itu adalah lebih baik daripada skor yang diperoleh oleh saintis terkenal, Albert Einstein, Stephen Hawking dan pengasas perisian komputer, Bill Gates iaitu 160.

"Saya sangat sukakan teka-teki dan menyelesaikan masalah. Saya mahu belajar dalam jurusan sains, terutama biologi," katanya yang sudah mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di empat buah sekolah berprestij.

Selain meminati mata pelajaran sains dan membuat eksperimen, Cowie juga suka berlakon, menari dan bermain alat muzik.

Ibunya, Alison, memberitahu, anaknya itu mempunyai kemampuan membaca sejak kecil dan pernah memenangi anugerah sains di sekolah.

Ibu bapanya kurang pasti daripada mana Cowie mewarisi kepintarannya itu.

Purata IQ manusia ialah 100.

Ekoran keputusan tersebut, Cowie mengalahkan kepintaran Napoleon Bonaparte yang mendapat skor 145, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton (140), penyanyi terkenal, Madonna (140) dan pengarah filem, Quentin Tarantino (160). - Agensi

Al-kisah...Misteri kematian Lincoln & Kennedy!

Antaranya seperti yang ada di bawah ini:

Abraham Lincoln terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1846.
John F. Kennedy terpilih sebagai anggota Kongres pada tahun 1946.
Abraham Lincoln terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1860.
John F. Kennedy terpilih sebagai Presiden Amerika pada 1960.

Nama Lincoln dan Kennedy sama-sama terdiri dari tujuh huruf.

Keduanya sama-sama mengambil berat masalah hak-hak sivil.

Isteri kedua-duanya sama-sama kehilangan anak di Rumah putih.

Keduanya ditembak pada hari Jumaat. Kedua-duanya ditembak di kepala.

Setiausaha Lincoln bernama Kennedy. Setiausaha Kennedy bernama Lincoln.

Kedua-duanya dibunuh oleh penduduk dari Wilayah Selatan.

Kedua-duanya digantikan oleh orang Wilayah Selatan.

Pengganti mereka bernama Johnson.
Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln lahir pada 1808.
Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy lahir pada 1908.

John Wilkes Booth, pembunuh Lincoln lahir pada tahun 1839.
Lee Harvey Oswald, pembunuh Kennedy lahir pada tahun 1939.

Nama kedua-dua pembunuh terdiri dari tiga nama.
Nama kedua-dua pembunuh tersebut sama-sama terdiri dari 15 huruf.

Kedua-dua pembunuh itu lari dari sebuah pawagam dan tertangkap di sebuah gudang.
Boot tertangkap di sebuah gudang setelah berupaya memboloskan diri dari sebuah pawagam.
Oswald tertangkap di sebuah pawagam setelah sebelumnya berupaya memboloskan diri dari sebuah gudang.
Booth dan Oswald dibunuh sebelum mereka diadili.

Dan uniknya...

Seminggu sebelum Lincoln ditembak, ia berada di Kota kecil Monroe, di wilayah Maryland.
Seminggu sebelum Kennedy ditembak, ia berada bersama Marylin Monroe.

Believe it or not?

Al-kisah...Jimmy sedia jaga anak!




HATINYA robek bagaikan dicarik-carik setiap kali mengenangkan kesudahan mahligai yang dibina hanya dikecapi keindahannya dalam tempoh cukup pendek.

Sekelip mata segala perancangan yang diatur dengan teliti semata-mata ingin meluangkan masa bersama isteri tersayang harus dilenyapkan begitu sahaja.

Menerima dugaan yang berlaku dengan sudut pandangan positif, Jimmy Shanley mengakui tidak pernah membenci isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, meskipun berkesempatan tinggal sebumbung selama 20 hari sahaja.

“Tidak ada guna kalau saya bermasam muka dengan isteri sendiri. Sebaliknya saya masih bersabar menanti kepulangannya untuk kembali normal menjalani kehidupan sebagai suami isteri,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! Rabu lalu.

Memaparkan reaksi mimik muka seperti seorang individu yang tidak dibelenggu masalah peribadi, Jimmy sebenarnya tidak sabar untuk menanti kehadiran orang ketiga dalam keluarganya iaitu cahaya mata pertama.

Walaupun, sedikit terkilan kerana mengetahui saat menggembirakan itu daripada mulut orang lain dan bukannya disampaikan oleh isteri sendiri, dia masih lagi mampu mengukir senyuman ikhlas.

Ibu mentuanya, Datin Muniroh Kassim merupakan individu yang memberitahu Jimmy berhubung kandungan isterinya yang ketika itu sudah berusia empat minggu.

Namun disoalnya sendiri, bagaimana perasaan seorang suami apabila sehingga kini tidak berpeluang melihat dengan mata sendiri isteri yang mengandung lima bulan.

Sudah pasti hatinya cukup sepi dan cemburu dengan pasangan lain apabila bibit manis seorang suami yang bakal bergelar ayah tidak dapat dilaluinya.

“Pengalaman untuk sentuh perut isteri yang mengandung perlu dilupakan. Saya tidak macam orang lain yang menemani isteri masing-masing membuat pemeriksaan di hospital.

“Sedih memang sudah tentu saya sedih tetapi saya sentiasa ingatkan kepada diri sendiri ia merupakan ujian untuk menilai tahap kesabaran,” terangnya dengan penuh perasaan.

Membilang hari detik-detik kehadiran cahaya mata, Jimmy mengakui dia bersedia memikul tanggungjawab sebagai ayah dengan mengambil keputusan untuk menjaga sendiri anaknya itu.

Dia begitu yakin dapat mencurahkan sepenuh belaian kasih sayang dan mampu melaksanakan tugas itu tanpa rasa kekok.


ANAK yatim piatu ini begitu teringin untuk membina sebuah keluarga bahagia.


Jadi tidak mustahil, Jimmy mampu bergerak sendiri ke pusat beli-belah untuk menyediakan segala persiapan bagi menantikan kelahiran penyeri rumah tangganya.

“Saya memang terlalu gembira untuk beli barang bayi. Walaupun tidak tahu apa yang diperlukan, saya tidak risau kerana ada pembantu iaitu jurujual.

“Persiapan hampir lengkap, keterujaan pun semakin bertambah meskipun terpaksa berkongsi kegembiraan ini seorang diri,” akuinya yang memilih rona hijau bagi kelengkapan memandangkan masih tidak mengetahui jantina bayinya itu.

Dirinya dari dulu lagi mengimpikan sebuah keluarga bahagia yang sering meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.

Kini apa yang sedang dilalui bagaikan tidak percaya kerana Jimmy cukup yakin bahawa dia mampu memiliki sebuah institusi keluarga yang ceria.

“Keluar melakukan aktiviti kegemaran keluarga merupakan detik yang paling saya nantikan. Tetapi bila dah jadi macam ini, ia amat menyedihkan,” tuturnya penuh sayu.

Tidak jemu memujuk rayu

Dirinya yang sudah terbiasa berdikari sejak kecil dan tidak malu bertanya membuatkan Jimmy seorang lelaki yang tidak berfikiran mengikut kata hati.

Apa yang ditempuhi tidak pernah membuatkan dirinya bersikap putus asa. Bahkan, dia kuatkan semangatkan melepaskan ego dalam diri semata-mata untuk menyelamatkan kebahagiaan rumah tangga.

Tidak jemu memujuk rayu tidak kira sama ada menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau talian telefon hanya kerana ingin lihat wajah isteri tersenyum kembali kepadanya seperti sedia kala.

Sambil rancak berbicara, renungannya tajam seolah-olah sedang memikirkan sesuatu yang hilang dalam sanubarinya tetapi perjalanan hidup harus ditempuhi jua.

Bila ditegur, dia mengeluh menandakan resah menyelubungi diri kerana tidak tahu bagaimana keadaan isteri dan anak di dalam kandungan.


ANTARA keterujaan dan keresahan untuk menjadi seorang bapa, Jimmy tidak berputus asa terus menanti agar isterinya kembali ke pangkuan dirinya.


“Setiap hari saya menaruh harapan dia membalas SMS atau menjawab panggilan telefon. Saya begitu teringin untuk tahu perkembangan kesihatan isteri dan anak,” luah Jimmy lagi.

Tempoh masa lima bulan hidup bersendirian tidak menimbulkan perasaan dendam terhadap isterinya yang sepatutnya menemani dirinya.

Jika wanita yang disayanginya itu pulang ke pangkuannya, Jimmy memanjat kesyukuran kerana hubungan mereka masih boleh diselamatkan.

Paling penting, dia ingin saling bermaafan sekali gus melupakan segala kepahitan yang telah berlaku. Tiba masanya untuk membuka tirai baru bersama isteri.

“Inilah cabaran bila sudah berumah tangga, apa yang berlaku perlu dimaafkan dan jangan disimpan dalam hati. Benda yang telah terjadi biarkan berlalu, kami berdua kena buka buku baru,” katanya.

Dengar nasihat kaunselor

Menyentuh seperkara lagi yang hangat dibualkan umum adalah tentang dua permohonan Jimmy iaitu permohonan kembali taat dan permohonan nusyuz (bermaksud isteri enggan mentaati perintah suami) yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Jimmy berbuat demikian tanggal Januari 11 lalu bermatlamat mahukan Nursuhaila kembali taat kerana dia didakwa telah meninggalkan rumah selepas 20 hari berkahwin.

Impaknya, pada Rabu lepas, mahkamah yang sama memerintahkan Nursuhaila memfailkan pembelaan terhadap dua permohonan suaminya itu.

Tindakan yang menimbulkan spekulasi mengenai rumah tangganya yang dikatakan semakin rapuh itu sebenarnya menurut Jimmy bukan untuk mengaibkan isterinya itu.

Disebabkan terlalu sayangkan isterinya itulah dia bertindak sedemikian dan ia dibuat bukannya untuk suka-suka tetapi berdasarkan nasihat pakar kaunseling dan tokoh agama.

“Saya tidak buat keputusan melulu tanpa fikir panjang kerana selepas puas pujuk dan kami juga pernah berjumpa kaunselor pada 15 November lalu, keadaan masih lagi sama.

“Mungkin dengan tindakan ini ia dapat menyatukan kembali hubungan kami. Saya perlu banyak bersabar untuk melalui kenangan manis,” tuturnya mengakhiri bicara.

Al-kisah...Posisi ketika solat berjemaah!


Gambar diatas menunjukkan kedudukan betul antara imam dan makmum dalam sembahyang berjamaah. Klik gambar untuk paparan yang lebih besar.

Al-kisah...10 perkara yang tidak memberi manfaat!

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/03/6finalisidolakecil2.jpg?w=307&h=180

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0516/Kosmo/Hiburan/hi_04.2.jpg

http://selangor2u.com/blog/wp-content/themes/arthemia-premium/scripts/timthumb.php?src=/wp-content/uploads/2010/12/ajl25.jpg&w=560&h=350&zc=1&q=100

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQukg1pie8FpLoRvabnI1CPf840jrk7ARFVm84Y78WWpDununjS4Q

http://media.mit.net.my/photo/2/akademifantasia/aril7_res_4262009120555.JPG

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/03/keskematianpenontonkelantansemasaperlawananseparuhakhirpertamakelantanlawanselangor2.jpg?w=308&h=199

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/03/dsc00004.jpg?w=305&h=406

Gambar hanyalah hiasan dan renungan untuk membina jiwa-jiwa ke arah Peribadi Rasulullah SAW dan bermazhab Syafie.

Ibnu Qoyyim Al Jauziyah mengatakan bahwa ada sepuluh hal yang tidak bermanfaat.

Pertama: memiliki ilmu namun tidak diamalkan.

Kedua: beramal namun tidak ikhlash dan tidak mengikuti tuntunan nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Ketiga: memiliki harta namun enggan untuk menginfakkan. Harta tersebut tidak digunakan untuk hal yang bermanfaat di dunia dan juga tidak diutamakan untuk kepentingan akhirat.

Keempat: hati yang kosong dari cinta dan rindu pada Allah.

Kelima: badan yang lalai dari taat dan mengabdi pada Allah.

Keenam: cinta yang di dalamnya tidak ada ridho dari yang dicintai dan cinta yang tidak mau patuh pada perintah-Nya.

Ketujuh: waktu yang tidak diisi dengan kebaikan dan pendekatan diri pada Allah.

Kelapan: fikiran yang selalu berputar pada hal yang tidak bermanfaat.

Kesembilan: pekerjaan yang tidak membuatmu semakin mengabdi pada Allah dan juga tidak memperbaiki urusan duniamu.

Kesepuluh: rasa takut dan rasa harap pada makhluk yang dia sendiri berada pada genggaman Allah. Makhluk tersebut tidak dapat melepaskan bahaya dan mendatangkan manfaat pada dirinya, juga tidak dapat menghidupkan dan mematikan serta tidak dapat menghidupkan yang sudah mati.

Itulah sepuluh hal yang melalaikan dan sia-sia. Di antara sepuluh hal tersebut yang paling berbahaya dan merupakan asal muasal segala macam kelalaian adalah dua hal yaitu: hati yang selalu lalai dan waktu yang tersia-siakan.

Hati yang lalai akan membuat seseorang mengutamakan dunia daripada akhirat, sehingga dia cenderung mengikuti hawa nafsu. Sedangkan menyia-nyiakan waktu akan membuat seseorang panjang angan-angan.

Padahal segala macam kerusakan terkumpul karena mengikuti hawa nafsu dan panjang angan-angan. Sedangkan segala macam kebaikan ada karena mengikuti al huda (petunjuk) dan selalu menyiapkan diri untuk berjumpa dengan Rabb semesta alam.

Semoga kita selalu mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.

Rujukan: Al Fawa’id, Ibnu Qoyyim Al Jauziyah, hal. 108, Darul ‘Aqidah, cetakan pertama, 1425 H.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Al-kisah...Rumah pusaka hilang dicuri orang!

KANGAR: Kecurian barangan dalam rumah mungkin jenayah biasa, namun seorang suri rumah di sini amat terkejut apabila mendapati rumah pusakanya yang terletak di Jalan Raja Syed Alwi dekat sini, hilang.

Kehilangan rumah kayu setingkat berusia 60 tahun itu disedari Zuria Ali, 30, Khamis lepas apabila dihubungi penduduk yang tinggal berhampiran rumah tersebut.

"Saya bergegas pulang ke Perlis keesokan harinya (Jumaat) dan terkejut kerana yang tinggal hanya tapak rumah dan 24 pelapik tiang konkrit," katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis pada hari sama.

Zuria, yang kini menetap di Taman Cahaya, Kampar, Perak, kelihatan sedih ketika ditemui pada Khamis kerana baginya, rumah itu menyimpan sejuta nostalgia memandangkan di situlah tempat beliau dibesarkan sehingga melangkahkan kaki ke alam perkahwinan.

Barangan peninggalan ibunya, Allahyarham Jahara Jasin, yang meninggal dunia pada 2004, dan disimpan di rumah itu termasuk perabot, peti sejuk serta pinggan, turut hilang.

Apa yang tinggal adalah barangan tidak berguna seperti televisyen rosak, cebisan papan buruk serta pelapik tiang konkrit.

Zuria berkata rumah itu disewa pada kadar RM100 sebulan kepada seorang penduduk di kawasan tersebut, dan kali terakhir penyewa membuat bayaran ialah Oktober lalu.

Penyewa rumah itu juga gagal dikesan namun motosikal yang dipercayai miliknya ditemui berhampiran tapak rumah tersebut.

Suri rumah itu berkata, beliau percaya pencuri terbabit menggunakan lori bagi mengangkut bahagian yang dirobohkan kerana bangunan rumah itu agak besar.

Penduduk berhampiran dikatakan melihat kerja-kerja merobohkan rumah itu pada Februari lalu dan tidak diganggu kerana mereka menyangkakan ia arahan pemilik rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Kes sebegini jarang berlaku. Kami sedang menyiasat mengenai status rumah terbabit serta puncanya, dan mereka yang bertanggungjawab mengambil rumah itu," katanya. - BERNAMA

10 Mac 2011

Al-kisah...Kekuatan sebenar wanita!

MEMASAK, mengemas, mendidik anak dan menguruskan rumah tangga sememangnya sinonim dengan peranan wanita dalam sesebuah keluarga sejak dulu.

Namun seiring dengan peredaran masa, wanita zaman ini tidak lagi terperuk di rumah dan sekadar menjadi tulang belakang kepada ketua keluarga.

Wanita zaman ini memenuhi kekosongan dunia korporat dan perniagaan malah makin ramai menjadi tunjang keluarga berikutan suami tidak mampu menyediakan segala kemudahan disebabkan pelbagai masalah.

Justeru, wanita seharusnya diberi penghormatan memandangkan mereka turut menyumbang kepada kesejahteraan dan keseimbangan ekonomi keluarga serta negara.

Mesej itu yang sentiasa disampaikan Tupperware Brands menerusi pelbagai skim bantuan perniagaan dan anugerah bagi menghargai serta mengenang jasa wanita dalam masyarakat.

Seiring dengan sambutan Hari Wanita Sedunia, Selasa lalu, Tupperware Brands mengiktiraf ahlinya serta wanita yang berusaha mengubah kehidupan mereka, sekali gus berjaya dalam bidang masing-masing.

“Wanita adalah figura penting dalam sebuah institusi kekeluargaan dan komuniti, kekuatan seseorang wanita itu tidak hanya mampu mengubah kehidupan dirinya menjadi lebih baik, malah keluarga serta orang yang rapat dengannya.

“Makin ramai wanita kini menjadi penyumbang utama kepada ekonomi keluarga malah ada yang terpaksa merangkul gelaran ketua keluarga atas pelbagai faktor.

“Jadi, peranan tambahan yang diletakkan di bahu wanita ini tidak boleh dipandang remeh tetapi perlu diangkat dan diiktiraf kerana sememangnya wanita yang banyak menjana kepada kesejahteraan sesebuah keluarga.

“Sejak dulu misi Tupperware Brands untuk membantu mengubah hidup seseorang terutama wanita. Anugerah Wanita Inspira Tupperware Brands ini inisiatif kami untuk menghargai serta menyanjungi wanita yang banyak memberi kesan kepada kehidupan orang lain,” ujar Naib Presiden Pasaran Asia Tenggara merangkap Pengarah Urusan Tupperware Brands Asia Tenggara, David Wong.

Berteraskan slogan 3E (Enlighten, Educate dan Empower), Tupperware Brands berusaha mendidik serta menyedarkan masyarakat bahawa peluang sentiasa terbuka untuk wanita mengubah hidup mereka.

Tambah Wong, sejak lebih tiga dekad Tupperware membuka peluang kepada wanita untuk merealisasi impian mereka. Jika sebelum ini mereka pemalu dan takut berdepan orang ramai, kini selepas menceburi perniagaan Tupperware, mereka semakin berkeyakinan malah boleh berkongsi pendapat di pentas.

Ada juga yang menjadi mangsa penderaan kini bangkit dan memulakan hidup baru yang lebih positif. Ada juga wanita disahkan menghidap penyakit kronik tetapi mampu hidup gembira, sekali gus menghalang penyakitnya daripada merebak. “Secara tidak langsung golongan ini memberi inspirasi kepada wanita lain untuk lebih berjaya dan Anugerah Wanita Inspira Tupperware Brands ini menjadi platform untuk wanita mencetuskan inspirasi kepada wanita lain,” katanya.

Pencarian penerima anugerah ini bermula pada pertengahan 2010 apabila ahli Tupperware Brands berpeluang mencoretkan kisah inspirasi mereka sama ada kisah kejayaan dalam perniagaan Tupperware serta kisah lain yang tidak berkaitan. Pada akhir pertandingan, hanya 12 cerita dipilih, lapan daripada Tupperware manakala empat diambil daripada kisah luar yang disyorkan masyarakat. Kedua-dua kategori pemenang pula diadili secara kiriman pesanan ringkas (SMS) oleh pembaca Harian Metro.

Norlia Ismail muncul juara bagi kategori ahli Tupperware berdasarkan kisahnya berdepan masalah kegawatan ekonomi yang melanda negara serta seluruh dunia pada 1997 hingga memberi kesan mendalam kepada keluarganya.

Masalah itu turut mengakibatkan perniagaan suaminya terjejas teruk hingga terpaksa menjual semua harta benda. Keadaan lebih buruk apabila enam anaknya terpaksa berhenti sekolah seketika kerana mereka kekurangan wang.

Selepas diperkenalkan dengan perniagaan Tupperware Brands lebih 13 tahun lalu, Norlia kini mencapai pangkat pengarah eksekutif, sekali gus memperbaiki taraf kehidupan keluarganya sehingga semua anak berjaya ke menara gading dan bekerja.

Sementara itu, pengorbanan dan kepayahan Zaidah Tamjis membantu anaknya, Siti Hawa Apandi meredah cabaran di menara gading diiktiraf Tupperware Brands bagi kategori kisah luar. Siti Hawa mengalami masalah spinal muscular atrophy tahap dua yang melemahkan urat saraf lalu menyebabkan anggota tubuhnya mengecil dari semasa ke semasa dan semakin hilang keupayaan untuk bergerak.

Situasi itu membuatkan Siti Hawa hanya mampu duduk di kerusi roda dan setiap pergerakan serta keperluannya diuruskan Zaidah yang melakukan segalanya termasuk mengikuti pengajian anaknya semasa kuliah hingga Siti Hawa berjaya meraih anugerah dekan dan menamatkan pengajiannya. Siti Hawa kini menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda bagi jurusan kejuruteraan perisian di Universiti Malaysia Pahang. Zaidah pula akan terus menyambung peranannya seperti sebelum ini antaranya menemani Siti Hawa menghadiri kuliah serta ‘menduduki’ peperiksaan bersama-sama.

Kedua-dua pemenang itu menerima pakej pelancong ke Korea bernilai RM6,000 dan pelbagai barangan Tupperware yang mencecah RM1,000.

Al-kisah...Gabi Jones orgasme 300 kali sehari!

Gabi Jones, perempuan berusia 25 tahun, berasal dari Colorado Amerika Syarikat (AS), mengalami gangguan yang disebut genital arousal syndrome dan mengalami orgasme tanpa perlu melakukan hubungan fizik. Jones yang kini beratnya mencapai 223 kilogram memberikan penjelasan bagaimana makanan membuatnya orgasme sejak remaja.Ketika itu dia sedang makan ais krim di Wickedy Splits.

"Saya suka tekstur ais krim dan ketika saya memakannya, ada getaran hebat di bagian organ genital saya", katanya. Bahkan, Jones boleh orgasme 300 kali sehari. “Saya merasakan sesuatu menjalar di dalam tubuh saya dan saya terkejut dengan apa yang terjadi pada saya,” kata Jones.

“Ketika saya makan, saya tidak pernah terburu-buru dan memberikan waktu kepada diri saya menikmatinya seperti menikmati pengalaman hubungan seks. Ini membuat lelaki tergila-gila melihat saya orgasme ketika memakan hidangan dan itu bukan sesuatu yang salah,” jelasnya.



Al-kisah...FILTER rokok diperbuat daripada darah babi?!

Bukan hanya merokok itu membawa maut tetapi penyelidik mengakui tisu darah babi digunakan untuk membuat filter rokok.

Pada pengakuan yang memungkinkan mengakibatkan rasa bingung dan cepat terkejut kepada perokok, seorang penulis Belanda akan mengeluar sebuah buku yang mendakwa darah babi (khinzir) digunakan sebagai bahan membuat filter rokok.

Buku berjudul Pig 05049 yang ditulis oleh Christien Meindertsam menyenaraikan 185 cara anggota-anggota babi boleh digunakan termasuk gula-gula, shampoo, roti, bird dan peluru. Mengikut buku ini, Hemoglobin (darah) babi digunakan untuk menapis racun atau kimia yang berbahaya yang berada pada rokok.

The Indonesian Consumer Protection Foundation (YLKI) mahu pihak berkuasa menyelidiki dakwaan ini. “Kalau dakwaan ini benar National Food and Drug Monitoring Agency (BPOM), the Ministry of Health and the Indonesian Ulema Council’s Food and Drug Analysis Agency (LPPOM) wajib membuat penyelidikan sampel dengan kadar yang segera.,” rayu Tulus Abadi, Pengerusi YLKI, kepada Jakarta Globe.

Mengikut Tulus pengeluar rokok memang mengunakan penapis rokok dan tidak ada yang diproses secara local.

Professor Simon Chapman dari The School of Public Health di University of Sydney berkata dalam Web university tersebut, “many devout Islamic and Jewish smokers and some vegetarians would be horrified to think they were putting a filter in their mouth which contained a pig product.”

(sumber:zharifalimin)

Al-kisah...Ulama Mesir tidak perlukan POLITIK untuk berdakwah!

Seorang Ulamak dan penulis terkenal dari Mesir Sheikh Mustafa Lutfi al Manfaluti, telah menerima sepucuk surat daripada peminatnya yang menegur beliau kerana tidak pernah menulis mengenai isu-isu politik, malah lebih banyak tertumpu kepada tulisan dan ceramah mengnenai isu-isu moral dan masyarakat. Mengapa mata pena anda tidak mahu menggariskan isu-isu politik. Kami menunggu buah fikiran anda mengenai politik. Kami ingin melihat tuan Sheikh sebagai seorang ahli politik.

Dalam jawapannya, Tuan Sheikh itu menulis “Allah mengetahui bahawa saya tidak suka terlibat dalam kegiatan politik kerana politik itu dicemari dengan pembohongan, hasad dengki, penyelewengan, khianat dan fitnah”.

“Saya tidak suka menjadi tukang tarik tali gantung , malah tidak ada apa-apa bedanya antara orang politik dengan tukang tarik tali gantung. Bukankah kerja mereka untuk membunuh orang?. Apakah bezanya dengan ahli politik yang membunuh seluruh umat melalui fitnahnya?”

“Bukankah ahli politik yang terdapat dalam kalangan Umat Islam hari ini, sangat keras hati dan sanggup melakukan tipu helah sehingga mereka terlupa segala rahmat dan nekmat yang Allah curahkan kepada mereka. Bukankah orang politik itu mendapat kedudukan yang tinggi. Namun sejarah hidup politiknya penuh dengan titik-titik hitam”.

“Bolehkah menjadi seorang politik, jika tidak berdusta dalam perkataan dan perbuatannya, sepanjang kariar politiknya? Bolehkah ia melahirkan apa yang sebenarnya ada dalam sanubarinya. Mampukah ia tersenyum di kala berhadapan dengan seorang yang menangis kerana kecelakaan? Atau mampukah ia menangis di kala berhadapan dengan seorang yang sedang ketawa?”

Menjadi lumrah alam, seseorang yang sudah melakukan rasuah atau mencuri, apabila sampai ke surau atau masjid, mereka menadah tangan kelangit, memohon agar Allah memberi kepada mereka rezki yang halal dan menjauhi makanan yang haram.

Orang politik itu cepat melenting apabila ditanya oleh wartawan mengenai perkara-perkara yang menjadi punca kemarahan kepadanya. Dia lupa kepada ceramahnya di masjid tadi yang melarang supaya umat Islam jangan cepat marah atau membuat fitnah atau menghina orang lain. Apabila ditanya mengenai isu-isu sensitif dia naik berang dan lisan yang tidak bertulang itu akan memuntahkan perkatan-perkatan yang sepatutnya tidak keluar daripada seorang yang bergelar ulamak.

Pada suatu hari seorang ulamak yang baru balik dari Mesir, sangat petah bercakap dan hujahnya membawa keyakinan. Peminatnya sangat banyak di sekitar lembah Klang yang terdiri daripada pelbagai fahaman politik. Bilangan itu semakin bertambah dari satu masa ke satu masa.

Pada suatu hari seorang orang tua yang menjadi peminat setianya membisik ke telinga tuan guru agar beliau jangan menyertai mana-mana parti politk kerana bimbang akan hilang taringnya pada suatu hari nanti, malah akan hilang seorang pendakwah yang sangat diperlukan oleh umat Islam.

Memang benar, apabila Tuan Guru itu menyertai sebuah parti politik, beliau telah kehilangan muridnya kerana yang hadir boleh dibilang dengan jari. Bukankah itu satu kerugian. Mereka menungu-nunggu agar Tuan Guru itu meninggalkan politk dan meyertai gerakan pembebasan fasad yang memerlukan kepada penceramah motivasi seperti beliau untuk meletakkan Islam selaras dengan zaman sains dan teknologi masa kini.

(Datuk Abd. Manaf Ahmad adalah Pengerusi Manaf Research Centre)