03 Ogos 2010

Al-kisah...Tidurpun satu nikmat!

http://kaheel7.com/userimages/sleep_learning_01.JPG

Dalam kajian baru-baru ini (yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience) para saintis menemui bahawa tidur pada malam hari tidak cukup untuk manusia, tetapi harus tidur siang hari untuk waktu singkat (satu setengah jam / Qoilulah ). Para saintis telah menemui bahawa otak sebetulnya merasa lelah di siang hari akibat akumulasi informasi yang sampai kepadanya tahap 'kinerja'nya menjadi kurang efisyen dan dengan demikian otak memerlukan rehat sejenak. Kerehatan ini bagi otak merupakan penyusunan kembali maklumat dan pengorganisasian gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperoleh pada waktu siang hari.

Oleh yang demikian, para saintis menegaskan pentingnya tidur di malam hari dan tidur sebentar di siang hari untuk pemberian kerehatan kepada otak kita serta memperkuatkan memori. Mereka berpendapat bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, kinerja ilmiahnya mereka lebih baik dan kemampuan mengingati kembali sesuatu dengan lebih cepat.

http://kaheel7.com/userimages/sleep_learning_06.JPG

Para saintis merumuskan bahawa fenomena tidur sejenak di siang hari atau Qoilulah adalah sebuah sebuah mukjizat yang perlu direnungkan dan dikaji lebih mendalam kerana ia merupakan fenomena kompleks. Maha Suci Allah yang telah mengisyaratkan dalam kitab suci-Nya al-Quran tentang pentingnya tidur di malam hari dan Qoilulah di siang hari dan menegaskan bahawa tidur adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan mukjizat yang wajib menjadi satu renungan. Allah berfirman:

(وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ) [الروم: 23].

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari (Qoilulah) dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan”.

Surah Al-Rom: 23.

Tiada ulasan: