01 Julai 2010

Al-kisah...Peristiwa di sebalik kelahiran & kematianmu!

Ketika kamu dilahirkan, azan dilaungkan di telingamu. Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa diazankan.

Ketika kamu dilahirkan, kamu tidak mengetahui siapa yang akan mengeluarkan kamu dari perut ibumu. Dan ketika kamu mati, kamu juga tidak tahu siapa yang mengusungmu ke kubur.

Ketika kamu dilahirkan, kamu dimandikan dan dibersihkan. Ketika kamu mati, kamu juga dimandikan dan dibersihkan.

Ketika kamu dilahirkan, kedua ibubapamu serta sanak saudaramu meraimu dengan kegembiraan. Dan ketika kamu mati, kamu ditangisi oleh ibubapa dan sanak saudaramu.

Kamu dicipta Allah daripada tanah, maka Allah juga yang mengembalikan kamu kepada tanah Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam tempat yang sempit dan gelap. Ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap.

Ketika kamu dilahirkan, kamu telah ditutupi kain supaya auratmu ditutupi. Dan ketika kamu mati, kamu turut dikafankan dengan kain supaya auratmu tertutup.

Ketika kamu dilahirkan, kelahiran kamu sangat dinanti-nantikan malahan sering ditanya perkhabaranmu. Dan ketika kamu mati, kamu tidak akan ditanya melainkan amalanmu yang soleh.

Wallahualam...

Tiada ulasan: