Azwan seorang pengembala lembu yang sangat berjaya sehingga berjaya menternak lebih dari 500 ekor lembu. Ali pula adalah seorang penternak lembu yang gagal tapi mempunyai pangkat tinggi dalam persatuan menternak lembu seMalaysia. Oleh kerana ada hasrat dengki, maka dia pun cuba untuk mengenakan denda pada Azwan.
Ali : "Apa yang kamu bagi lembu ini makan setiap hari?"
Azwan : " Saya cuma memberi makan rumput saja",
Ali : "Kalau begitu, kamu kena bayar denda sebanyak RM1000.00 kerana memberi makanan tidak sedap untuk lembu-lembu"
Ali : "Kalau begitu, kamu kena bayar denda sebanyak RM1000.00 kerana memberi makanan tidak sedap untuk lembu-lembu"
3 hari kemudian, Ali datang lagi dengan niat yang sama
Ali : "Kamu beri makan apa pada lembu hari ni.??"
Azwan :" Saya beri KFC, McD & Pizza Hut"
Ali : "Kalau macam tu, kamu dikenakan denda RM3000.00 kerana memberi makan terlalu sedap untuk lembu"
Ali : "Kalau macam tu, kamu dikenakan denda RM3000.00 kerana memberi makan terlalu sedap untuk lembu"
3 hari berkutnya, Ali kembali lagi dengan niat sama
Ali.: "Makan apa lembu hari ini..??"
Kerana sudah mengetahui niat Ali, Azwan menjawab
" Setiap hari, saya memberikan lembu-lembu saya RM10.00 setiap seekor. Terpulanglah pada lembu itu hendak makan apa dan di mana....!!!!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan