26 Ogos 2010

Al-kisah...Mamat di ICU!

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yg agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasang tiub getah kiri kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yg kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba utk berkomunikasi dengan Mamat.

Dia mengangkat tangannya dgn susah payah dan berkata:

" United kingdom ..."

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab:

"Malaysian..."

11_16_08-bed_400x400

Setelah itu dua-duanya pengsan kerana keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...".

Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya.

" Birmingham ..." kata si Mat Saleh.

Dijawab Mamat: "Batu Kikir...".

Pengsan lagi...

dpan1314l

Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual.

Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer...."

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Sagittarius...!"

Kuang kuang kuang...dapat tangkap???

Tiada ulasan: