13 Julai 2010

Al-kisah...Haloooo abang, ini ayang...!

Sekumpulan lelaki berada di ruang ganti di salah satu tempat gim terkemuka dan eksklusif di pusat bandar. Tiba-tiba terdengar deringan handphone di penjuru ruangan gim tersebut. Salah seorang lelaki di gim itu menjawab panggilan tersebut dan terjadilah perbualan seperti berikut;

'Hallo abang, ini ayang.'

'Eemmm....'

'Abang masih kat gim lagi ke?'

'Ya...'

'Ayang sekarang kat Shopping Mall dekat dengan tempat gim abang. Ayang tengok Louis Vuitton punya koleksi beg baru, harganya murah cuma 7 ribu saja. Boleh beli tak, bang?.'

'Ok. Beli je kalau ayang suka.'

'Ahaks...thanks abang. Dan tadi sebelum ayang ke sini, ayang ke pameran kereta dan tengok kereta Mercedes terbaru. Ayang sangat suka dengan model baru tersebut. Dan ayang sudah berbual dengan penjualnya, dia setuju bagi 'good price'. Lagipun bang, bagus juga kalau kereta BMW yang kita beli tahun lalu diganti dengan yang baru.'

'Berapa harga yang dia tawarkan?.'

'Tengah harga promosi, jadi cuma 550 ribu je bang.'

'Ok lah. Pastikan harga itu sudah 'on the road.'

'Great. Ada satu lagi bang.'

'Apa?'

'Tadi pagi ayang singgah ke ejen real estate dan rumah yang kita tengok semalam tu dah terjual! Abang ingat tak?? Alah rumah seluas 1000 meter yang ada kolam renang berbentuk love, ada taman orkid di belakang rumah yang berhadapan lapangan tenis itu dan yang garajnya muat 4 biji kereta tu. Cantikkan bang?'

'Berapa harganya?'

'Cuma 100 ribu je bang.Okaykan harganya?'

'Ok. Kalau boleh tawar jadi 85 ribu, beli je.'

'Ok abang sayang. Terima kasih bang. Jumpa lagi nanti malam ye?? I love you.'

'Bye. I love you too.'

Lelaki tersebut berhenti berbual dan menutup 'flip' handphone tersebut.

Sambil mengangkat tangan dan memegang handphone tersebut, dia bertanya kepada orang-orang yang berada di ruang gim itu dan dengan suara keras dia berkata;

'Wooiii....ADA YANG TAHU TAK, INI HANDPHONE SIAPA PUNYA!?

Hahahahahaha...

Tiada ulasan: