04 Ogos 2010

Al-kisah...Asal Jumaat, mesti ada orang mati!

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik!

Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor.

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut. Mungkin makhluk halus ada menetap disitu...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya, beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur. Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.

Masa berputar…

tik tok tik tok tik tok...

pukul 08:00 pagi...

08:30 pagi sehingga jam 9:00 pagi…

tiba-tiba…

Pintu bilik ICU itu terbuka. Kemudian masuklah Makcik Timah seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.

Makcik Timah masuk, mendekati katil keramat tersebut…

dan dengan selambanya terus mencabut…

soket elektrik untuk alat pernafasan!!!

Tiada ulasan: