25 September 2010
Al-kisah...Akhbar 3D pertama di dunia!
Al-kisah...Kehebatan Imam Shafie!
Imam As-Syafie bertemu dan Imam Ibnu Hanbal selama 3 hari, 3 perkara terbongkar apabila puteri Imam Ibnu Hanbal mengemukan 3 persoalan;
1-Kenapa Imam As-Shafie makan di rumah Imam Ibnu Hanbal dengan banyak, sedangkan seorang imam terkenal sepatutnya zuhud dan makan sedikit?
Jawapan Imam As-Shafie; "Saya makan banyak kerana bapa kamu adalah seorang pemurah dan wara’, maka makanan yang disediakan oleh orang yang pemurah dan warak akan memberi berkat kepada pemakannya."
2-Kenapa Imam As-Shafie tidak solat tahajjud pada waktu malam dan sentiasa tidur, sedangkan kelaziman seorang ulama’ adalah banyak bertahajjud di waktu malam ?
Imam As-Shafie menjawab; "Saya tidak tidur di waktu malam, saya hanya berbaring dan berfikir tentang hukum fekah dan jawapannya untuk panduan ummah, setiap malam saya berjaya menyediakan 100 masalah feqah dan 100 jawapan untuk masalah tersebut ."
3-Kenapa Imam As-Shafie bersolat subuh tanpa mengambil wuduk ?
Jawapan Imam As-Shafie; "Saya tidak tidur pada waktu malam dan wuduk saya tidak batal, oleh itu saya gunakan wuduk yang sedia ada untuk solat subuh ."
22 September 2010
Al-kisah...18 hari tak gerak kepala!
2010/09/22
SHAH ALAM: “Anak saya mungkin tidak akan cedera seteruk ini sekiranya Hospital Melaka (HM) memberikan rawatan sepatutnya,” kata Zaidatul Husni Hashim, 27, yang mendakwa kecederaan seperti kudis serius di belakang kepala anaknya terjadi akibat kecuaian hospital berkenaan yang tidak menggerakkan kepala anaknya terlantar koma selama 18 hari.
Menurutnya, selama 18 hari, anaknya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Mawar dan pada masa berkenaan doktor memaklumkan keadaan anaknya begitu kritikal dan menyarankan dia sekeluarga menerima segala kemungkinan yang bakal terjadi.
“Doktor memberitahu kemungkinan besar Amira akan pergi buat selama-lamanya berikutan pelbagai komplikasi dihidapinya akibat terminum air panas seperti jangkitan di paru-paru. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati saya tatkala mengetahui perkara berkenaan,” katanya.
Dia berkata, walaupun mengetahui kemungkinan bakal dihadapi, dia dan suami tetap berusaha menukarkan anaknya ke hospital berhampiran dengan kawasan tempat tinggal mereka sekeluarga dan akhirnya anaknya ditukarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Apabila tiba di PPUM, doktor di sana memberitahu kecederaan di belakang kepala Amira serius. Saya dan suami terperanjat melihat belakang kepala Amira seperti berlubang,” katanya.
Beliau berkata, menurut doktor pakar kanak-kanak PPUM, kecederaan di belakang kepala Amira disebabkan kanak-kanak tersebut dibaringkan tanpa digerak dalam tempoh masa lama mengakibatkan aliran darah tidak dapat berfungsi seperti biasa selain peluh yang keluar menjadikan kulit kepala Amira merah dan terhakis.
“Doktor di PPUM memaklumkan kepada saya, pesakit yang terlantar koma dalam masa lama seharusnya digerakkan untuk memastikan aliran darah dapat berjalan dengan lancar terutama bahagian belakang kepala.
“Saya dan suami langsung tidak diberitahu mengenai kecederaan berkenaan dan berasa amat kecewa dengan perkhidmatan Hospital Melaka sehingga menyebabkan Amira cedera serius seperti ini,” katanya ketika ditemui di Bandar Putera, Shah Alam, di sini, semalam.
Zaidatul berkata, Alhamdulillah, berkat doa dan usaha, Amira melepasi tahap kritikal selepas dirawat di PPUM, tetapi masih memerlukan rawatan lanjutan. Setiap dua hari Amira perlu dibawa ke PPUM mencuci kecederaan di belakang kepalanya.
Katanya, dia dan suami tidak berniat membesarkan kes anaknya tetapi mengharapkan apa yang terjadi pada anaknya, tidak akan terjadi kepada individu lain selain mengharapkan HM meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit.
“Kami kecewa, lebih-lebih lagi mengenangkan kata-kata doktor mengesahkan Amira tidak akan mempunyai rambut selepas sembuh,” katanya.
Sementara itu, Jurucakap HM, berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima aduan mengenai kes berkenaan dan mengharapkan keluarga pesakit dapat menghubungi pihak hospital bagi membuat aduan sebelum menjalankan siasatan terperinci.
Al-kisah...Biasiswa paling pelik!
Jika anda adalah seorang juara permainan poker, ini adalah kesempatan untuk memiliki sejumlah besar hadiah sebagai biasiswa.
Biasiswa ini berguna bagi orang yang memiliki bakat dalam bermain skateboard.
Biasiswa ini diberikan oleh University Loyola di Chicago untuk pelajar dengan nama belakang yang pelik. Nama belakang paling pelik yang terbaik sejauh ini adalah 'Zolp'.
Kedengarannya sangat pelik dengan penyakit asma anda dapat sejumlah biasiswa yang besar. American Academy of Allergy, Asma bertanggung jawab untuk menaja biasiswa unik ini.
Ini adalah sebuah pertandingan yang diadakan setiap tahun, di mana para pelajar membuat pakaian untuk bersaing mendapatkan biasiswa sebanyak $2,500. Hadiah kedua dan ketiga adalah untuk biasiswa sebanyak $1000 dan $500.
Biasiswa ini ditaja oleh Vegetarian Resource Group untuk orang yang hanya makan sayur-sayuran.
Orang-orang yang tinggi memiliki kesempatan untuk mendapat biasiswa. Biasiswa ini dipertimbangkan untuk pelajar yang memiliki ketinggian 5'10 untuk pelajar perempuan dan 6'2 untuk pelajar lelaki.
Biasiswa ini agak berbeza sedikit, hanya untuk pelajar yang tertarik dalam ilmu ekonomi. Pelajar diwajibkan untuk 'membeli dan menjual' saham untuk ramalan masa depan.
Al-kisah...Tanda-tanda hidup celaka!
11 tanda kehidupan yang celaka :
- Rakus untuk mengumpul harta
- Semangatnya hanya dalam pemuasan nafsu syahwat dan kelazatan dunia
- Banyak bicara dan keji mulut
- Gopoh dalam menunaikan solat
- Makan dari sumber yang haram dan syubhat serta bersahabat kepada orang-orang jahat
- Biadab dan tidak berbudi
- Sombong dan berlagak
- Tidak berbudi dan tidak suka menolong
- Tidak kasih kepada kaum muslimin
- Bakhil dan kikir
- Lupa akan mati, sebab bila ia ingat akan mati maka ia tidak akan menimbun makanan dan tidak ada rasa belas kepada kaum muslimin.
Al-kisah...Tanda-tanda bahagia hidup!
10 tanda kebahgiaan di dalam kehidupan :
- Tidak rakus kepada dunia dan benar-benar ingin kepada akhirat
- Sentiasa berminat kepada ibadat dan mempelajari Al-Quran
- Sedikit bicara kecuali perlu
- Menjaga sembahyang yang lima waktu
- Bertawadhuk, merendah diri dan tidak sombong
- Bersahabat dengan orang-orang solihin
- Menjauhkan diri dari haram, sedikit atau banyak
- Sentiasa bersifat pemurah dan baik
- Kasih sayang kepada semua makhluk
- Selalu ingat kepada mati
04 September 2010
Al-kisah...Good news & bad news!
"The good news is that some guy inquired if it would appreciate in value after you died. When I told him it would, he bought all 15 of your paintings."
"And the bad news?"
"The guy was your doctor.
Al-kisah...Jalan menuju kesempurnaan iman!
02. Bersabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila membuat perancangan;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati tenggelam dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan cemburu dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri hati di atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperolehi kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Perbanyakkan berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu';
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah mengawal fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila tidak dapat dipenuhi kerana sesuatu sebab ;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis / syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlalu takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlalu takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
42. Berlakulah adil dalam segala urusan;
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46. Perbanyakkan silaturrahim;
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
48. Bicaralah secukupnya;
49. Beristeri / bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
53. Sediakan waktu untuk bersama dengan keluarga;
54. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
55. Hormatilah guru dan ulama;
56. Sering berselawat ke atas nabi;
57. Cintai keluarga Nabi saw;
58. Jangan terlalu banyak berhutang;
59. Jangan terlalu mudah berjanji;
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah sementara;
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengucapkan ungkapan yang tidak berguna;
62. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
66. Jangan berdendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
69. Berlatih untuk berterus-terang dalam menentukan sesuatu pilihan
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah merekayang mendapatkan kesulitan.
71. Jangan melukai hati orang lain;
72. Jangan membiasakan berkata dusta;
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
77. Jangan membuka aib orang lain;
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita;
79. Ambilah pengajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
81. Jangan bersedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
82. Jadilah manusia yang selalu berbakti kepada agama, bangsa dan negara;
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
85. Berkatalah yang baik-baik atau jangan berkata apa-apa;
86. Hargai pemberian orang;
87. Jangan habiskan waktu untuk hiburan dan kesenangan;
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan batas-batas agama dan keadaan diri kita;
90. Jangan berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan fizikal atau mental kita terganggu;
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
94. Jangan cepat percaya kepada berita buruk berkaitan dengan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
96. Sambutlah huluran tangan setiap orang (muhrim) dengan penuh keakraban dan keramahan
dan tidak berlebihan;
97. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
98. Waspadalah akan setiap ujian, dugaan dan cabaran. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
99. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan
akan melahirkan kerosakan;
100. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.
Al-kisah...Kajian ilmiah; Mengapa Yahudi bijak?!
Artikel ini hanya untuk renungan dan panduan sahaja. Perlu diingat, yang terbaik hanya ada dalam Islam sahaja dan telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad SAW untuk dijadikan contoh ikutan seluruh umat manusia.
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak." Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah -buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak -anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata -rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota- notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun diuniversiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk- nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak- kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak- anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yang 'hampeh' dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh dan saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon
03 September 2010
Al-kisah...Berpantang maut sebelum ajal!
Al-kisah...Norman & Memey; nikah awal tahun depan!
2010/09/03
SUDAH lama tidak melihat lirikan senyuman Norman Hakim yang bersungguh-sungguh. Cahaya kebahagiaan terpancar pada wajah aktor kacak itu apabila berada di sisi bakal tunangannya, Memey Suhaiza.
Selepas berbuka, Norman, 34, dan Memey, 22, terus ditarik ke satu sudut oleh wartawan lalu bercerita mengenai status hubungan mereka ketika ini serta majlis pertunangan yang akan berlangsung pada 13 September ini di kampung Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
"Dah lama juga saya terfikir untuk mengikat pertunangan dengan Memey. Dalam tahun ini juga terlintas niat ke arah itu, tapi kami tercari-cari tarikh sesuai," Norman bersuara.
Sambungnya lagi: "Kalau hendak dikirakan sibuk, memang sampai bila pun kerja kita tak pernah habis.
"Jadi pada minggu pertama puasa baru-baru ini, saya pergi bertemu keluarga Memey di Kota Tinggi untuk meluahkan hasrat pertunangan kami itu dan pada minggu kedua, saya memaklumkan perkara yang sama kepada keluarga saya di KL.
"Jadi, kami dah capai kata sepakat untuk bertunang pada 13 September 2010 sebab semua ahli keluarga dan adik beradik masih bercuti raya," katanya.
Norman berkata lagi, dia dan Memey hanya mahukan sebuah majlis sederhana, tetapi terselit adat merisik, menyerahkan hantaran, menyarung cincin dan seterusnya berbincang mengenai ketetapan perkahwinan mereka kelak.
Soalan kemudian beralih kepada Memey yang dipanggil 'sayang' oleh Norman mengenai perasaannya apabila disunting menjadi calon isteri.
"Saya terlalu gembira dan bersyukur dengan keputusan Abang Norman. Saya gembira kerana hubungan kami berterusan dengan sesuatu yang baik dan semoga kami akan dapat disatukan nanti.
"Sebenarnya, semua perasaan ada - gembira, bersyukur, takut dan berdebar. Saya kena mula buat persiapan dari sekarang untuk menjadi bakal isteri kepada Abang Norman dan ia satu lagi pengalaman baru dalam hidup saya.
"Saya akui saya masih muda, baru 22 tahun. Berbanding remaja lain, banyak yang perlu saya korbankan seperti membina kerjaya, berdepan bermacam dugaan dan kalau tiada aral, akan bernikah pada usia yang muda. Namun saya reda kerana semua ini ada hikmahnya dan membuatkan saya lekas matang," kata Memey.
Ditanya sama ada hubungannya semakin mesra dengan anak-anak Norman daripada perkahwinan terdahulu bersama Abby Abadi, Memey tersenyum seraya mengangguk.
"Ya, alhamdulillah semuanya baik. Mereka manja dengan saya dan panggil saya 'mummy'," jawab Memey ringkas.
Meskipun kes perbicaraan khalwat mereka masih berlangsung di mahkamah syariah, Norman berkata ia bukan halangan untuk mereka bertunang.
Baginya, prosiding itu adalah satu prosedur undang-undang dan dia mahupun Memey akan tetap memberikan kerjasama dan bercakap perkara yang benar.
"Saya harap semuanya akan berakhir dengan selamat. Bagi saya, kita harus melihat yang baik di depan dan memperbaiki kelemahan diri yang ada di belakang.
Sebenarnya debaran ini adalah lebih kepada saya kerana ini bakal menjadi perkahwinan kedua saya.
"Apapun terjadi, saya tetap percayakan kepada institusi kekeluargaan dan mahukan keberkatan dalam hidup dengan Memey.
"Apa yang penting, hubungan kami mendapat restu keluarga dan segala persiapan untuk pertunangan ini diatur oleh keluarga kami," kata Norman.
Norman mahupun Memey sedar, dalam percintaan dugaan pasti ada. Antara cabaran itu adalah gosip yang mengatakan hubungan mereka retak baru-baru ini kerana kononnya Memey sudah ada kekasih baru.
"Itu semua tak betul. Apabila terbaca gosip mengatakan hubungan kami retak, saya terus memberitahu Abang Norman. Bagi saya tidak ada apa-apa yang seharusnya disorok kerana kami percaya kepada keikhlasan.
"Abang Norman banyak bagi nasihat dan dia tidak lekas melatah. Saya memang ada ramai kawan dan mungkin orang salah tafsir," jelas Memey.
Bercerita lebih lanjut mengenai majlis pertunangan mereka itu, majlis doa selamat akan dilangsungkan di kediaman orang tua Norman di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 September ini.
Keesokannya, rombongan pihak lelaki akan berkonvoi ke Felda Tenggaroh Selatan 1 dan dijangka tiba di sana awal petang.
Seterusnya, majlis pertunangan itu akan diadakan di rumah keluarga Memey selepas Asar dan pada sebelah malam pula, satu majlis BBQ akan diadakan di sebuah lokasi berdekatan.
Untuk hari bahagia itu, Memey berkata dia akan mengenakan busana 'off-white' rekaan Ezuwan Ismail. Pihaknya dijangka menyediakan tujuh hantaran sebagai balasan lima daripada pihak Norman.
Dari sudut lakonan pula, walaupun mereka hangat bercinta, mereka jarang dipertemukan bersama di lokasi.
Namun untuk tayangan Aidilfitri nanti, Norman dan Memey akhirnya akan muncul bersama dalam telefilem Ghia di RTM.
Menariknya, Memey memegang watak adik ipar Norman yang 'memperisterikan' Dynas. Memey akui seronok berlakon bersama Norman dan banyak bertukar-tukar fikiran di lokasi penggambaran.
Ketika ini, Norman masih sibuk dengan penggambaran drama arahan Erma Fatima, Sabar dan Memey pula, Osman Berani sentuhan Jebat.
Meskipun kedua-dua sibuk dengan tugas masing-masing, mereka tetap cuba meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama. Dari bahasa tubuh mereka ketika ini, dapat dilihat kedua-duanya sangat bahagia dalam menghitung hari.
Al-kisah...Kesilapan ketika bersembahyang!
Rapatkan saf. Bahu hendaklah rapat antara satu sama lain. Pastikan buku lali anda selari dengan orang disebelah anda.