Bila anda sedang marah... anda akan rasa wajah huduh dan perangai anda ketika itu dilihat oleh orang lain.
Bila anda ingin berdua-duaan dengan makwe anda... anda akan terfikir apakata kalau orang lain sedang berdua-duaan dengan adik atau anak anda.
Bila anda mempersenda-sendakan orang lain dengan perkataan kurang sopan... anda akan terfikir apa kata kalau diri anda yang kena persenda dan orang disekeliling anda sedang memerhatikan perangai buruk anda itu.
Bila anda mencuri harta benda orang... anda akan terfikir apa kata kalau duit dan harta yang anda simpan secara bersusah payah lesap dalam sekelip mata dicuri oleh orang lain pula.
Bila anda menipu... anda terfikir bagaimana pula perasaan kalau anda ditipu.
Bila anda berasa megah kerana banyak harta dan boleh membeli apa sahaja... anda terfikir pula saat-saat ketika anda susah dahulu dan ramai lagi yang hidup susah disekeliling anda.
Bila anda berfikiran negatif... anda terfikir bagaimana kalau dalam situasi yang positif pula.
Atau... bila anda ingin berbuat sesuatu yang dimurkai Allah.... anda tahu Allah maha Mengetahui dan anda bakal menerima balasan di akhirat kelak sekiranya anda meneruskan niat buruk anda itu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan