02 September 2010

Al-kisah...Mahmoud Ahmadinejad; A simple man!



Ketika di temubual oleh TV Fox (AS) mengenai kehidupan peribadinya;

"Ketika anda melihat di cermin setiap pagi, apa yang anda katakan kepada diri anda?"

Presiden Mahmoud Ahmadinejad menjawab;

'Ingat, engkau tidak lebih dari seorang pelayan, hari-hari yang akan mendatang penuh tanggungjawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran'.

Berikut adalah gambaran kesederhanaan Ahmadinejad yang pastinya membuat korang terkejut beruk;

1. Ketika pertama kali menduduki kerusi Presiden Iran, beliau menyumbangkan seluruh tikar karpet istana Iran yang sangat tinggi nilainya kepada masjid-masjid di Teheran dan menggantikannya dengan tikar karpet biasa yang mudah dibersihkan.

2. Beliau mengamati bahwa ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tetamu VIP, lalu beliau memerintahkan untuk menutup ruang tersebut dan menanyakan pada pegawai protokol untuk menggantinya dengan ruangan biasa dengan dua kerusi kayu, meskipun sederhana tetapi tetap dilihat impresive.



3. Beliau banyak kesempatan dia menyapa dan bergurau dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat Presiden.

4. Di bawah kepimpinannya, beliau meminta menteri-menterinya untuk datang kepadanya. Menteri-menteri berkenaan akan menerima sebuah dokumen yang ditandatangani, yang berisikan arahan-arahan daripadanya; arahan tersebut menekankan kepada menteri-menterinya untuk tetap hidup sederhana dan disebutkan bahwa akaun bank peribadi maupun kerabat dekatnya akan dipantau.

5. Di awal perlantikkannya, beliau telah mengumumkan kekayaan dan hartanahnya yang terdiri dari Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah di Teheran. Akaun banknya dengan jumlah minimum dan satu-satunya yang masuk adalah wang gaji bulanannya.

6. Gajinya sebagai pensyarah di sebuah universiti hanya US$ 250.



7. Satu hal orang bawahan berasa kagum dengannya adalah beg yang selalu dibawa beliau setiap hari berisikan sarapan, roti isi atau roti keju yang disiapkan isterinya dan memakannya dengan gembira. Beliau turut menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk Presiden.

8. Hal lain yang dia ubah adalah menukar kapal terbang Presiden iaitu mengubahnya menjadi pesawat kargo sehingga dapat menjimat cukai rakyat, dan untuk dirinya beliau meminta kapal terbang biasa dengan kelas ekonomi.

9. Dia kerap mengadakan mesyuarat dengan menteri-menterinya untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan yang sudah dilakukan. Bahkan dia memotong protokol istana sehingga menteri-menterinya dapat masuk langsung ke ruangannya tanpa sebarang halangan. Dia juga menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi foto ketika mengunjungi berbagai tempat di negaranya.



10. Ketika menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yang tidak terlalu besar kerana dia tidak suka tidur di atas tilam, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut. Presiden Iran ini tidur di ruang tamu rumahnya. Menurut akhbar Wifaq, gambar-gambar yang diambil oleh adiknya tersebut, kemudian disebarkan oleh media massa di seluruh dunia, termasuk Amerika.



11. Sepanjang sembahyang, anda dapat melihat bahawa dia tidak duduk di baris paling hadapan.



12. Ketika suara azan berkumandang, dia langsung mengerjakan sembahyang dimanapun dia berada meskipun hanya beralaskan tikar karpet biasa.

Di Malaysia, pemimpin kita macamana pula ya???


Tiada ulasan: