25 September 2010

Al-kisah...Akhbar 3D pertama di dunia!

Semenjak China menerbitkan surat khabar tiga dimensi, ia telah menyebabkan permintaan masyarakat terhadap surat khabar 3D ini semakin banyak dan mereka menginginkan lebih banyak lagi terbitan surat khabar 3D tersebut. Mendapat respon yang positif, maka para media massa juga merancang untuk memenuhi permintaan masyarakat tersebut. Surat khabar harian Hangzhou akan menerbitkan surat khabarnya dalam format 3D juga, akan tetapi hanya dalam jumlah terhad untuk perkenalan awal.

Tabloid Inggeris, The Sun juga sudah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan surat khabar versi 3D terbitannya. Foto-foto di surat khabar 3D ini pasti akan terlihat menarik sekali, oleh sebab itu bagi pemasang iklan 'rumah dijual' dalam surat khabar jenis 3D ini merupakan media yang sesuai untuk mereka. Kerana foto yang bagus akan lebih menarik bagi para pembeli rumah.



Tiada ulasan: