03 September 2010

Al-kisah...Kesilapan ketika bersembahyang!


Rapatkan saf. Bahu hendaklah rapat antara satu sama lain. Pastikan buku lali anda selari dengan orang disebelah anda.


Lafaz niat dan takbir yang kuat oleh makmum yang tiba lewat (masbuk) adalah satu kesilapan yang biasa kita lihat di mana-mana masjid atau surau sekarang.


Bau nafas yang busuk terutama kepada yang baru lepas menghisap rokok merupa gangguan ketika sembahyang . Begitu juga dengan bau stokin atau baju yang lama tidak dibasuh. Ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang mengutamakan kebersihan pada setiap waktu.

Align Center
Jangan terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Seperti gambar di atas ketika imam hampir menghabiskan bacaan Fatihah, makmum masih lagi dalam keadaan sujud pada rakaat sebelumnya.


Menguap ketika sembahyang adalah tidak digalakkan. Adakah anda akan menguap ketika berurusan dengan seseorang semasa bekerja? Sudah tentu tidak. Apatah lagi bila anda sedang berhadapan dengan Allah sudah tentu sesuatu yang tidak sepatutnya anda lakukan.


Mulakan barisan baru di barisan berikutnya bermula di belakang imam. Bermula dari hujung adalah salah.


Imam membaca kuat dan anda mendengarnya. Bukan anda yang baca kuat dan mengganggu makmum yang lain.

Tiada ulasan: