Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Lelaki tua ini juga sayang dengan Anis.
Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke jeti dan ke sekitar kampung. Al-maklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayaulah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung, raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si lelaki tua ini pergi mengadap. Susah hatilah si lelaki tua ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.
Maka dipanggilnya si Harben;
"Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap. Boleh ya nak?"
Apa yang dijawab Harben?;
"Minta maaflah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu sajalah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si lelaki tua ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap;
"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Anis;
"Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap. Boleh ya nak?"
Apa yang dijawab Anis?;
"Minta maaflah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si lelaki tua ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga;
"Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Amsal;
"Hei Amsal, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..."
Pantas Amsal menjawab;
"Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.
Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.
Lalu pergilah si lelaki tua ini mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.
Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si lelaki tua dah memangnya tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan