16 Julai 2010

Al-kisah...Lelaki paling cantik di dunia!


Di sebalik kecantikannya yang luar biasa, sebenarnya Nong Poy Treechada adalah seorang lelaki yang telah melakukan pembedahan kelamin pada usia 17 tahun.

Nong Poy yang lahir pada tahun 1984 ini memiliki ketinggian 171 cm, ukuran badan 33-24-36 dan berat 48 kg. Jiwa kewanitaannya sudah mulai dirasakan sejak Nong poy berada di bangku sekolah rendah lagi. Nong Poy merasakan dirinya lebih sesuai menjadi seorang perempuan berbanding lelaki. Dan Nong Poy sudah lama bermimpi untuk menjadi seorang perempuan, tetapi jika dia berada di hadapan orang tuanya, Nong Poy masih berkelakuan seperti anak lelaki. Nong Poy melakukan pembedahan pada saat berumur 17 tahun.

Pada awalnya Nong Poy sangat takut melakukan pembedahan tersebut, tetapi setelah meminta nasihat dengan ramai doktor pakar, akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan menukar jantina tersebut. Proses pembedahan itu sangat menyakitkan bagi Nong Poy. Dia mengalami kesakitan yang luar biasa, tapi demi cita-citanya menjadi seorang perempuan, dia tidak ambil peduli dengan rasa kesakitan pada saat itu. Setelah dia berubah menjadi 'perempuan’, rasa sakit itu dianggapnya sebagai berbaloi.

Dua tahun setelah melakukan pembedahan, Nong Poy berhasil memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ pada saat dia berumur 19 tahun. Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004. Dia semakin dihargai bukan semata-mata kerana prestasi di pentas dunia yang dia perolehi.Tidak seperti wanita trans-gender lainnya, Nong Poy tidak melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Dia hanya melakukan pembedahan pada anggota tubuhnya dan menukar alat kelaminnya menjadi wanita.

Oleh kerana itu, dia pun ditawar sebagai model, bintang iklan dan juga pengacara di Thailand. Selain cantik, Nong Poy juga bijak dan berbakat. Kecerdasan dan kecantikannya pada akhirnya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat Thailand. 'Nong Poy Treechada' yang nama sebenarnya 'Treechada Petcharat', dikatakan kononnya sudah bertunang dengan seorang aktor lelaki Thailand.

Align Center
Tunang


Ketika masih kecil



1 ulasan:

Minn berkata...

Kecantikan didunia sahaja...