15 Julai 2010

Al-kisah...Akhirnya bankrap juga!


Berakhir sudah label jutawan yang pernah disandang Callie Rogers, 22 tahun. Pemenang loteri termuda dengan jumlah GBP 1.9 juta itu akhirnya bankrap. Hanya dalam jangka 6 tahun, kenikmatan dunia yang diterima akhirnya berakhir.

"Saya berharap tidak pernah memenangi loteri tersebut. Hadiah loteri itu menghancurkan hidup saya. Lebih baik saya mati kerana tidak boleh menghadapi tekanan besar," beritahu ibu kepada dua anak tersebut. Hidup Callie kini jauh dari kemewahan, bahkan untuk menyara hidupnya dia harus bekerja sebagai tukang bersih dan tiga pekerjaan berbeza pada hari yang sama. Dia hanya memandu VW Golf lama. Rumahnya di Whiehaven, Cumbria bernilai GBP 180,000 sudah dijual.

Padahal ketika memenangi loteri Julai 2003, dia hanya keluar untuk berfoya-foya. Hanya untuk sebuah percutian mewah, dia mengeluarkan GBP 200,000. Anak dari pasangan Jeff Rogers dan Susan Jenkinson itu juga menghabiskan GBP 265,000 untuk kereta mewah, membeli hadiah dan memberikan pinjaman kepada keluarganya. Lebih dari GBP 450,000 dihabiskan untuk membeli pakaian pereka ternama, berpesta serta menjalani pembedahan membesar kan payudaranya. Namun,semua kesenangan itu berubah menjadi malapetaka.

Ketika kekayaannya habis, Callie mengaku pernah berusaha membunuh diri dengan makan banyak ubat!


Tiada ulasan: