15 Julai 2010

Sam dol

SAM vs DOL

SAM:
Kenapa kamu
cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab
semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

===================================

SAM: Apasal
ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab
dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

===================================

SAM: Kau
kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab
aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

===================================

SAM: Semalam
aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau
terkejut tak?

SAM: Taklah….
hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau
tahu?

SAM: Aku
tengok muka dia pucat semacam jer….

===================================

SAM: Apasal
kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah
habis!

SAM: Yang
kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku
kata, sebab gula dah habislah!

===================================

SAM: Aku
tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau,
mesti dia suka.

DOL: Dia
marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

===================================

SAM: Aku ada
AIDS? mana ada…

DOL: Aku baca
1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9
orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu…

===================================

SAM: Dol,
aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke?
kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

===================================

SAM: Dah dua
kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL: Tu lah
aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Tiada ulasan: