16 Julai 2010

Al-kisah...8 tapisan amal solehmu!

http://www.almerzem.com/photos/albums/userpics/10001/normal_Pleiades_final_noiseweb.jpg

1-Apabila amal soleh melalui langit pertama, Malaikat akan menilai agar amal soleh tersebut suci dari nilai-nilai Ghibah, atau mengumpat.

2-Apabila amal soleh tersebut berjaya melalui langit pertama, maka Malaikat di langit kedua telah ditugaskan agar amalan tersebut suci dari nilai-nilai matlamat dunia. Jika amalan tersebut suci dan selamat dari sifat-sifat matlamat dunia , maka dibenarkan meneruskan perjalanan dan akan naik ke langit ketiga.

3-Semasa amal soleh tersebut melalui langit ketiga. Malaikat akan menilai dan menapis amalan tersebut agar suci dari sifat bangga diri.

4-Apabila amalan tersebut tidak memilki unsur-unsur bangga diri, maka amalan tersebut akan dibenarkan melangkah ke langit keempat. Semasa amalan soleh melalui langit keempat, Allah SWT mengarahkan agar amalan tersebut dinilai agar suci daripada nilai-nilai hasad.

5-Apabila amalan tersebut berjaya melepasi langit keempat, amalan soleh akan melalui langit kelima. Semasa di langit ke lima , amal soleh akan dinilai agar suci daripada sifat ujub atau berbangga dengan kelebihan diri sendiri.

6-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit kelima, amal tersebut akan melalui langit keenam. Semasa amal soleh melalui langit keenam, Malaikat yang bertugas di langit ketujuh akan menilai agar amal soleh tersebut mengandungi sifat kasihan belas kepada orang lain, tidak menzalimi orang lain dalam semua perkara.

7-Apabila amal oleh telah berjaya melepasi langit keenam, maka amal soleh tersebut akan diarak oleh ribuan para Malaikat sehingga mengeluarkan bunyi seperti lebah dan apabila sampai di langit ketujuh, Malaikat yang menjaga langit ketujuh akan menilai agar amal soleh tersebut suci daripada sifat riak, iaitu amal soleh yang tidak disertakan dengan harapan agar amalannya diiktiraf oleh manusia serta disanjung dan diagung-agungkan.

8-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit ketujuh, amal soleh tersebut akan diiringi oleh ribuan para Malaikat. Apabila amal soleh tersebut telah berada dihadapan Allah SWT, Malaikat berkata kepada Allah SWT dengan kata mereka;

"Ya Allah, inilah amal yang terbaik yang telah melepasi segala tapisan."

Tetapi Allah SWT berfirman;

"Sesungguhnya masih ada lagi tapisan yang perlu dilakukan kerana Aku lebih mengetahui sesuatu amalan yang terbaik.”

Maka Allah SWT akan menilai agar amal soleh tersebut dilakukan adalah benar-benar Ikhlas demi Allah SWT. Setelah amal soleh tersebut benar-benar dilakukan kerana ikhlas kepada Allah SWT, maka Allah SWT bersetuju memberi pahala dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Setiap amal soleh yang tidak melepasi tapisan-tapisan para Malaikat, amal soleh tersebut akan dihumban ke muka pemilik amal soleh tersebut.

Wallahualam...

Tiada ulasan: