17 Julai 2010

Al-kisah...Ternyata hidup ni mudah!

1. Ada seseorang ketika ingin melamar pekerjaan, telah ternampak kertas di lantai kemudian memungutnya dan membuangnya ke dalam tong sampah.Hal tersebut ternampak oleh penemuramah pekerjaan dan diapun mendapatkan pekerjaan tersebut.

*Ternyata untuk memperolehi penghargaan itu cukup mudah,hanya dengan memelihara tabiat yang baik.

2. Ada seseorang menjadi pekerja di kedai basikal. Suatu hari ada seorang menghantarkan basikal yang rosak untuk diperbaiki di kedai basikal tersebut. Setelah memperbaiki basikal tersebut, pekerja tadi juga membersihkan basikal tersebut hingga bersih berkilat. Rakan sekerja yang lain mentertawakan akan perbuatannya itu. Keesokan hari, pemilik basikal tersebut mengambil basikalnya dan pekerja tadi pun diambil bekerja dengannya.

*Ternyata untuk menjadi orang yang berhasil itu cukup mudah, hanya dengan memiliki inisiatif sedikit.

3. Seorang budak berkata kepada ibunya;
"Ibu hari ini kelihatan sangat cantik."


Ibunya bertanya;
"Mengapa?"

Budak tersebut menjawab;
"Kerana hari ini ibu tidak marah-marah."


*Ternyata untuk menjadi cantik itu cukup mudah, hanya perlu tidak marah-marah.

4. Seorang jurulatih berkata kepada muridnya:;
"Jika sebuah bola terjatuh ke dalam semak, bagaimana cara mencarinya?"

Ada yang menjawab;
"Cari bermula dari bahagian tengah."

"Cari di bahagian semak."

"Cari di bahagian semak yang tinggi."

Jurulatih memberi jawapan yang paling tepat;
"Setapak demi setapak, cari dari ujung semak sebelah sini hingga ujung semak sebelah sana."

*Ternyata jalan menuju keberhasilan itu cukup mudah, hanya melakukan segala sesuatu langkah demi langkah secara berurutan, jangan melangkau.

5. Seorang petani menyuruh anaknya setiap hari bekerja dengan rajin di ladang. Kawannya berkata;
"Tidak perlu menyuruh anakmu bekerja dengan keras. Tanamanmu tetap akan tumbuh subur."

Petani menjawab;
"Aku bukan sedang menyuburkan tanamanku, tapi aku sedang membina anakku."


*Ternyata membina seorang anak itu cukup mudah, hanya membiarkan dia rajin bekerja.

6. Katak yang tinggal di sawah berkata kepada katak yang tinggal di tepi jalan:;
"Tempat tinggalmu terlalu berbahaya, tinggallah denganku."

Katak di tepi jalan menjawab;
"Aku sudah biasa, malas untuk berpindah."

Beberapa hari kemudian katak 'sawah' menjenguk katak 'tepi jalan', dan mendapati katak 'tepi jalan' tersebut mati digilis kereta yang lalu.


*Ternyata cukup mudah mengenggam nasib kita sendiri, hanya dengan menghindari rasa malas saja.

7. Ada segerombolan orang berjalan di padang pasir, semua berjalan dengan muatan berat dan menderita. Hanya seorang yang berjalan dengan penuh gembira. Mereka bertanya;
"Mengapa engkau gembira?."

Dia menjawab sambil tertawa;
"Kerana barang yang kubawa hanya sedikit."


*Ternyata untuk memperolehi kegembiraan itu cukup mudah, hanya tidak serakah dan secukupnya saja.You are what you think about. Beware of your mind.

Tiada ulasan: