14 Julai 2010

Al-kisah...Puteri & cendawan...!

Alkisah...

ada la sorang mamat tu namanya Awang Benjol. Kerjanya
tiap-tiap hari ialah mencari rotan di hutan berhampiran.

Pada suatu hari...

dia masuk ke hutan seperti biasa mencari rotan, tapi
kali ni ke tempat yang baru sikit di kerana tempat lama rotan dah habis.
Semasa tengah mencari akar rotan yang sesuai tu, dia terjumpa sebuah
tasik, sangat lah cantik di tengah-tengah hutan tu.


Terkejut beruk si Awang ni, heran campur pelik, tak pernah jumpa
tengah-tengah hutan ada tasik yang sebegini cantik. Di sekeliling tasik tu
terdapat pasir putih pula, bertambahlah pelik Awang melihatnya. Dihampiri
tasik tersebut dari celah-celah semak dan pokok hutan yang kecil.

Tiba-tiba...

semasa mengendap tu awang terlihat, ada seorang puteri sedang
mandi bogel, terbeliak mata si Awang.

"Orang ke hantu ni," bentak hatinya.


"Nak lari ke tidak?"

Tapi seronok jugak mengendap ni, bukannya puteri tu
nampak dia. Tapi yang bertambah peliknya di tepi tasik tu ada pengawal
yang sedang berjaga semasa puteri tu mandi. Setelah mandi, puteri tu
naik ke tepi, baring atas pasir putih tu dan golek-golekkan badan dia
beberapa kali. Bagai nak terkeluar mata si awang ni, jantung pulak
bagai nak meletup. Selepas itu puteri pun memakai pakaiannya dan berlalu
bersama dua orang pengawalnya yang lengkap dengan senjata tombak dan
keris.

Bila semuanya dirasakan selamat, barulah awang keluar dari tempat dia
menyorok dan terus lari pulang ke rumahnya di hujung kampung. Malam tu
awang tak dapat tidur. Nak diberitahu isteri, takut dia marah dan tak
kasih pergi lagi. Rugi pulak rasanya. Kalau diberitahu kengkawan yang
lain, takut ramai yang pergi ngendap, dah tak syok pulak.
Fikir punya fikir...

Ping!

Awang dapat satu idea bernas...!

Esok pagi, seawal pukul lima , Awang dah bertolak menuju ke hutan dara tu.
Bini dia pun naik heran, buang tebiat ke laki dia ni, pergi hutan
subuh-subuh. Setelah berjalan beberapa jam, sampailah dia ke tasik tersebut.
Awang terus menggali lubang di mana tempat puteri tu golek-golekkan
badannya selepas mandi semalam. Setelah selesai, disorokkan cangkul untuk
menggali tadi kat semak, lepas tu dia masukkan dirinya ke dalam lubang
tadi. Dia timbus seluruh badannya dengan pasir dan yang ditinggalkan
diluar hanya "anu" saja.

Tak lama selepas tu seperti biasa puteri hutan
tu pun turun mandi dan berenang kat tasik tu, seperti biasa selepas
berenang dia ke tebing untuk bergolek-golek. Tiba -tiba masa golek-golek tu
dia terpandang sesuatu, "anu" si Awang la tu.

"Aik!" kata puteri tu.

Bila pulak ada cendawan tumbuh ni. Dia pun cuba nak
cabut, tak boleh. Mula-mula lembik, bila cuba nak cabut jadi keras
pula. Heran puteri tu, cendawan jenis apa ni, bila cuba cabut lagi, cendawan tu kembang dan berair.

"Heran punya cendawan," kata puteri dalam
hati.

Pasal tak boleh cabut puteri pun berlalu bersama pengawalnya dan
hilang ditengah hutan.

Setelah terasa selamat, Awang pun keluar dari lubang tu, cari seluar
yang disorok, lari balik rumah dengan perasaan gembira yang amat sangat.
Punya tak tahan seronoknya tu, habis satu kampung semua orang lelaki
diceritanya, tak kira kecik ke besar.


Esoknya seperti biasa puteri nak mandi kat tasik kegemaranya tu la. Punya la terkejut mak oiiiii, kenapa hari ni banyak sangat cendawan tumbuh?
Beratus ratus tumbuh kat pasir ni, ada yang kecil, ada yang besar, ada dah tua ganyut punya cendawan
pun ada. Tiba-tiba tuan puteri berasa sangat marah. Dipanggilnya penggawal peribadi.

"Pengawal, ambilkan beta mesin potong rumpun. Bersihkan kawasan ni dulu baru beta akan turun mandi"

Maka, bermulalah episod satu kampung semua tak ada cendawan lagi..

Hahahaha...

Tiada ulasan: