24 Ogos 2010

Al-kisah...Inilah remaja's yang berjaya mencipta fenomena!

Fraser Doherty
(Remaja yang mendapat keuntungan dengan menjual jem)
Ketika berumur 14 tahun, Farser Doherty diberi resepi membuat jem oleh neneknya. Pada umur 16 tahun, dia meninggalkan sekolah untuk meneruskan usahanya menjual jem yang diberi nama 'Super Jam'. Dan ketika ini 'Super Jam' di jual 500000 botol per-tahun dan menguasai 10% pasaran jem di Barat.

Milan Karki
(Remaja yang menemukan panel suria dari rambut manusia)
Remaja berusia 18 tahun yang berasal dari Nepal ini berfikir dia memiliki penyelesaian pada keperluan tenaga di dunia ini. Dia mengatakan bahwa rambut manusia sebagai konduktor pada panel suria boleh menjadi sebuah tenaga baru. Rambut tersebut menggantikan silikon yang biasanya dipakai di panel suria biasa. Dia bersama rakan sekelasnya melakukan kajian dan akhirnya mengkomersialkan produk kajian mereka. Panel suria tersebut menghasilkan 9 volt (18 watt) dan memerlukan 23 poundsterling untuk membuatnya.

Jordan Romero
(Remaja termuda yang berhasil menawan puncak gunung Everest)
Jordan Romero berjaya menjadi pendaki termuda yang menawan puncak Everest ketika berusia 13 tahun. Dia juga berhasil menjadi pendaki termuda Amerika saat mendaki puncak gunung Kilimanjaro ketika berusia 10 tahun.


Cameron Johnson
(Remaja yang berhasil menjual website pada harga 6 angka)
Cameron Johnson mendirikan sebuah perkhidmatan email 'My EZ Mail', iaitu sebuah khidmat forward email kepada akaun tertentu tanpa menunjukkan identiti si penerima. Dia mengupah beberapa programmer,dan dalam masa 2 tahun pendapatan 'My Ez Mail' mencapai $3000 per-bulan. Pada usia 19 tahun, Cameron Johnson menjual website miliknya pada harga 6 angka (tidak diberitahu jumlah sebenar harga website tersebut).

Deitrich Ludwig
(Remaja yang berhasil membuat 'truck' letrik)
Ketika berumur 16 tahun, Deitrich Ludwig yang berasal dari Monclova, Ohio menjadi orang termuda yang berhasil membuat 'truck pick-up' letrik dari model kereta Chevrolet 2000.

Mohamed Altoumaimi
(Remaja yang berhasil memecahkan teka teki Matematik yang berusia 300 tahun)
Ketika berumur 16 tahun, Mohamed Altoumaimi berhijrah dari Iraq ke Swedia. Dia menemui penyelesaian permasalahan matematik yang dikenali 'Bernouli Numbers Problem'. Dia menerima pujian dari professor di University Uppsala. Selama 4 bulan dia bekerja dengan buku catatannya dan menemui penyelesaian perhitungan dari Ahli Matematik abad ke 17 dari Swiss, Jacob Bernoulli.

Thiago Olson
(Remaja yang berhasil membuat reaktor nuklear di rumahnya)
Ketika berumur 17 tahun, Thiago Olson digelar sebagai ilmuwan gila oleh kawan-kawannya kerana membuat reaktor nuklear di rumah orang tuanya di Oakland Township. Projek tersebut dibuatnya selama lebih dari 2 tahun dengan 1000 jam untuk kajian dan membangun mesin yang rumit dalam skala kecil. Mesin tersebut memerlukan 40000 volt tenaga dan gas deuterium untuk menghasilkan reaksi nuklear yang kecil.

Jonathan James
(Remaja yang berhasil memecah masuk sistem keamanan komputer NASA)
Jonathan James merupakan remaja yang pertama kali masuk penjara kerana 'hacking'. Dia memasukkan 'backdoor' ke dalam server 'Defence Threat Reduction Agency'. Dia menggunakan 'backdoor' untuk melihat email sensitif dan mendapatkan usernama dan password kakitangan NASA serta mencuri software bernilai $1.7 juta. NASA akhirnya mematikan sementara sistem komputernya dan memerlukan kos $ 41 000 untuk memperbaikinya. Di dunia online dia dikenali sebagai 'Comrade'. Walaubagaimanapun, pada umur 24 tahun Jonathan James mati kerana membunuh diri.

Evan Graham
(Remaja yang berhasil mengemudikan 5 jenis pesawat)
Pada ulang tahunnya yang ke-16, Evan Graham meraikannya dengan membuat penerbangan solo menggunakan beberapa macam pesawat terbang iaitu; WWII L-4 Piper Club taildrager, R-22 Robinson helicopter, Cessna 150 Aerobat, Robinson 44 Raven II dan 1965 Cessna 150-150, sekaligus mencetak rekod dunia sebagai juruterbang solo termuda yang berhasil mengemudikan 5 jenis pesawat terbang.

Alia Sabur
(Remaja yang berhasil menjadi professor termuda di dunia)
Sekarang Alia Sabur bekerja sebagai Professor di University Konkuk di Seoul, Korea Selatan. Lulus BA dengan prediket sum-cum laude dari Universiti Stony Brook di New York ketika dia baru berusia 14 tahun. Kemudian dia melanjutkan pendidikan di Universiti Drexel. Di universiti itu dia mendapatkan gelaran Master of Science dan PhD. Dia memecahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh Colin MacLaurin, pelajar Isaac Newton, pada tahun 1717.

Tiada ulasan: