Kenalkah anda dengan artis Hollywood yang membintangi film 'Zorro'? Dialah Catherine Zeta Jones. Artis yang seorang ni memang sangat beruntung kerana rambutnya sangat berharga. Rambutnya dianggarkan bernilai sebanyak 1.55 juta poundsterling oleh sebuah perusahaan kosmetik terkenal. Catherine menjadi model iklan untuk shampo LUX dan dia tampil dalam iklan tersebut selama 7 minit. Untuk iklan tersebut, isteri Michael Douglas ini dibayar dengan bayaran tersebut.
"Kami memilih rambut catherine kerana kami sungguh kagum dengan gayanya dalam filem 'Entrapment', dia begitu misterius," beritahu salah seorang Eksekutif Unilever, perusahaan yang mengeluarkan shampo LUX. Iklan tersebut ditayang di luar hanya di Jepun dan China.Dalam iklan tersebut Catherine seolah-olah membintangi filem pendek tentang ahli perisikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan