17 Ogos 2010

Al-kisah...Perkara yang memastikan kita masuk syurga!

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs025.ash2/34629_136266919725183_100000256284974_330486_46110_n.jpgAlign Center

Abul Laits berkata Rasulullah SAW telah mengumpulkan atau menyimpulkan semua kebaikan dalam enam macam tersebut iaitu;

  • Berkata benar dan ia meliputi ucapan Tauhid iaitu benar-benar setelah mengucap dua kalimah syahadah, benar terhadap Allah SWT dan juga terhadap manusia
  • Menepati janji baik terhadap Allah SWT atau terhadap sesama manusia
  • Menunaikan amanat, amanat dari Allah SWT merupakan kewajipan-kewajipan yang diwajibkan atas semua hamba dan amanat dari sesama munusia iaitu perkataan atau anak atau harta atau kehormatan
  • Menjaga kemaluan dari semua yang syubhat dan haram dan memelihara jangan terlihat orang lain sebab Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang melihat dan yang dilihat (kemaluan)
  • Pejamkan matamu dari aurat sesama manusia atau kecantikan wanita yang haram dilihatnya dan jangan membelalak ke dunia, sebagaimana ayat (yang bermaksud): “Dan jangan membelalakkan matamu kepada apa yang Kami beri perlengkapan mereka dari dunia untuk Kami uji mereka dengan kemewahan itu."
  • Dan yang terakhir jagalah tanganmu dari segala yang haram, baik berupa harta atau lain-lainnya

Tiada ulasan: