15 Ogos 2010

Al-kisah...Manusia vs malaikat vs syaitan!

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuhmu.

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah! Ngantuk ini...awal lagi nie?.. ZzZzZZzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah!

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.

Syaitan - Ahh, tak payahlah...dah lapar ini !! MmMm, sedapnya...nyam nyam nyam!


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.

Syaitan - Ehh panaslah! Takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.

Syaitan - Ahhh!!! Awal lagi? Ahah, suruh si polan punch kan la!


Manusia - Azan sudah kedengaran...

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan.

Syaitan - Baru pukul berapa, rilek la weiiii! Awal lagi ni...!


Manusia - Ehhhhh, tak boleh tengok ini. Berdosa!

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu. Sesungguhnya Allah Maha
Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh, best tu. Rugi kalau tak tengok!


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang! Lantaklah!


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.

Syaitan - Sendiri pikirlah! Semua dah besar. Buat apa susah-susah, pandai-pandailah!


Manusia - Aku telah berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. Lagipun muda hanya sekali, rugilah.


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,
berpalinglah dari jalan itu!

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu. Jomlahhh!


Manusia - Uuhhh, letihnya arini. Tak solat lagi ni.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA. Kebahagiaan di dunia dan
akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu!

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku. Kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di
akhirat (jangan mimpilah) untukmu!


Tiada ulasan: