"My Sumayyah QA's Corner"

15 Ogos 2010

Al-kisah...Si penjual tempe!

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa, “Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin.”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu !!!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat.

Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi !!!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

“Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya “Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Posted by Me SQA at 3:41:00 PTG
Labels: Cerita kehidupan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

HEY, IT's ME

Siti Sumayyah Sqa

Reka Lencana Anda

FOR U'R INFO

"80 peratus artikel & foto yang terdapat di dalam blog ni its not my own originality. 80 peratus telah diedit mengikut kesesuaian & citarasa saya sebagai owner blog ni. By da way, kredit & full thanks untuk owner artikel yang asal. Harap maklum"

TOP ARTICLE's

  • Al-kisah...Lagi foto NGERI!
  • Al-kisah...Cara MENAJAMKAN minda & ingatan!
  • Al-kisah...(18sx) Cerita orang kaya; Putera Jefri Bolkiah!
  • Al-kisah...Balu Achik Spin terkilan!
  • Al-kisah...Blues si rempit yang tertewas!
  • Al-kisah...Kereta yang berharga US$15 juta!
  • Al-kisah...Soal jawab agama: Perihal zina, kahwin & anak luar nikah!
  • Al-kisah...Posisi ketika solat berjemaah!
  • Al-kisah...Bill Gates & his sumandak!
  • Al-kisah...Inilah jenis manusia paling biadap @ tolol!

CHOOSE U' R ARTICLE's

  • ►  2012 (10)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (4)
  • ►  2011 (132)
    • ►  Disember (1)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (17)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (101)
  • ▼  2010 (390)
    • ►  Disember (1)
    • ►  September (36)
    • ▼  Ogos (210)
      • Al-kisah...Rambut termahal di dunia!
      • Al-kisah...Jalan paling dangerous di dunia!
      • Al-kisah...Pahlawan kecil, hero dunia!
      • Al-kisah...Kisah benar; pengakuan bekas Paderi!
      • Al-kisah..."This is my card"!
      • Al-kisah...Pesanan kepada Abu Zar!
      • Al-kisah...Kanak-kanak luar biasa!
      • Al-kisah..."Roslin tiada bersama saya"!
      • Al-kisah...Sulaiman dan semut!
      • Al-kisah...Saya bukan dayus!
      • Al-kisah...Tu la, sapa suruh MELOGOP!
      • Al-kisah...Only in Malaysia?!
      • Al-kisah...Isk; Biasa betul kencing merata!
      • Al-kisah...Betulkah JIN takut pada minyak wangi?!
      • Al-kisah...Kalau Allah maujud (wujud), di manakah ...
      • Al-kisah...Golongan yang tidak akan disoal oleh ma...
      • Al-kisah...Kelebihan menjadi lelaki & wanita!
      • Al-kisah...Jutawan YouTube!
      • Al-kisah...Bonus @ Bantuan Khas Kewangan!
      • Al-kisah...Hidup dengan separuh badan!
      • Al-kisah...So sweet; Give me five!
      • Al-kisah...Bekas pemimpin negara yang dihukum mati!
      • Al-kisah...Kantoi si 'PATI' yang tertewas!
      • Al-kisah...Foto pemain bola semasa kanak-kanak!
      • Al-kisah...Bekas model Sweden sengsara!
      • Al-kisah...'Fun-fair' bajet rendah!
      • Al-kisah...Apa kes; setelah 47 tahun, baru sampai!
      • Al-kisah...Dengan izin-Nya!
      • Al-kisah...Dunia sepi M. Rajoli!
      • Al-kisah...Kita bertanya, Al-Quran menjawab!
      • Al-kisah...Sungai terpanjang di dunia!
      • Al-kisah...Gadai tunang langsai hutang!
      • Al-kisah...Balu Achik Spin terkilan!
      • Al-kisah...Seni jalanan!
      • Al-kisah...Mamat di ICU!
      • Al-kisah...Asal usul tanda bacaan!
      • Al-kisah...Kakitangan awam dapat bonus Aidilfitri!
      • Al-kisah...Bos vs kuli (korang la tu)!
      • Al-kisah...Inilah iklan paling mengarut & rubbish!
      • Al-kisah...Bentuk iklan yang 'diharamkan'!
      • Al-kisah...Ini dia Pereka Logo yang glemer!
      • Al-kisah...Fadhilat kita yang miskin di sisi Allah!
      • Al-kisah...Rokok itu HARAM!
      • Al-kisah...Senarai manusia yang memiliki IQ tertin...
      • Al-kisah...Pilihan terbaik untuk si kaya & si miskin!
      • Al-kisah...Raja Azmi vs Nurhayati Othman!
      • Al-kisah...Siapa DAJJAL!!!
      • Al-kisah...Ni dia opis You Tube!
      • Al-kisah...Selebriti vs gemuk!
      • Al-kisah...Kening punya cerita; kalau cantik tidak...
      • Al-kisah...Buatan Malaysia pun OK bah!
      • Al-kisah...Membunuh gara-gara sushi!
      • Al-kisah...Jambatan rumput!
      • Al-kisah...Cerita segengam garam!
      • Al-kisah...Tips; sihat cara Rasulullah SAW!
      • Al-kisah...Golongan yang DIRECT ke neraka tanpa di...
      • Al-kisah...Inilah remaja's yang berjaya mencipta f...
      • Al-kisah...Seni Patricia Piccinini; seni yang saya...
      • Al-kisah...Korang memang tuan yang kedekut!
      • Al-kisah...Korang mau sedekahkah kalau macam ni!
      • Al-kisah...Macam-macam la!
      • Al-kisah...Perempuan paling 'slim' di dunia mangkali!
      • Al-kisah...Bilal & Nabi Muhammad SAW!
      • Al-kisah...Hahaha; bila selebriti lelaki tukar jan...
      • Al-kisah..."Mengapa aku makan guna tangan"!
      • Al-kisah...Ni dia; Airport Princess Juliana!
      • Al-kisah...Korang kenal ker minah ni?!
      • Al-kisah...Ini cuma ramalan saja tau!
      • Al-kisah...Skandal seks Cristiano Ronaldo!
      • Al-kisah...Tanda-tanda kita dah tua!
      • Al-kisah...Semuanya dengan izin Allah!
      • Al-kisah...Paku; si pendinding hati!
      • Al-kisah...Sikap yang dibenci Allah!
      • Al-kisah...Misteri; ada apa pada patung ni?!
      • Al-kisah...Sayangi anak!
      • Al-kisah...Malang ndada bau!
      • Al-kisah...Uiks, senangnya!
      • Al-kisah...Apa itu 3 cahaya!
      • Al-kisah...Hotel @ India; atas tasik!
      • Al-kisah...Kita semua pernah melaluinya!
      • Al-kisah...Siapa zalim @ kejam!
      • Al-kisah...Sup janin bayi!
      • Al-kisah...Tentang ayah!
      • Al-kisah...Kuasa Allah; Bayi ditanam masih hidup!
      • Al-kisah...Fakta Piala Dunia 2010!
      • Al-kisah...Good; bikin tutup aurat!
      • Al-kisah...Inilah padahnya kalau tidak pandai bers...
      • Al-kisah...Syukur; panjang umur!
      • Al-kisah...Kasut yang berumur 5500 tahun!
      • Al-kisah...Perkara yang memastikan kita masuk syurga!
      • Al-kisah...Jangan aniaya kanak-kanak!
      • Al-kisah...Adakah orang yang akan mendoakan kita?!
      • Al-kisah...Emo ritual; bunuh diri la terusss!
      • Al-kisah...Peliknya; manusia yang tidak tau bersyu...
      • Al-kisah...Balasan si takbur!
      • Al-kisah...Si penjual tempe!
      • Al-kisah...Manusia vs malaikat vs syaitan!
      • Al-kisah...Balasan anak derhaka kerana isteri!
      • Al-kisah...Buaya vs manusia!
      • Al-kisah...Siapa AISHAH?!
    • ►  Julai (133)
    • ►  Jun (10)

ARTICLE LABEL's

  • Pedoman hidup
  • Cerita kehidupan
  • Selebriti
  • Macam-macam
  • Foto kreatif
  • Berita semasa
  • Kisah kelakar
  • Foto Rekod Dunia
  • Senyum-senyum si kambing
  • Foto Alahai
  • Foto pelik ker?
  • Foto buang tabiat
  • Cerita agama
  • Rahsia
  • DIA - Allah
  • Isk isk isk
  • Foto kejam
  • Lawak kasar nampak
  • Foto Ngeri
  • Foto cantik ker?
  • Cerita perempuan
  • Foto SO...
  • Foto bikin geli
  • Kuasa Allah
  • Cerita lelaki
  • Pesan Rasulullah SAW
  • Amerika
  • Dia - Iblis dan syaitan
  • Dia - Malaikat
  • Kajian ilmiah
  • Kajian saintifik
  • Sunnah Rasulullah SAW
  • Video kelakar
  • Yahudi Laknatullah
  • Adolf Hitler
  • Bahagianya...
  • Cerita kejam
  • Misteri
  • Peraduan
  • Video lagu
  • Amazing ker?
  • Bulan Ramadhan
  • Dia - Jin
  • Imam Ghazali
  • Khasiat
  • Kucing
  • LOGOP
  • Pesan berpesan
  • Ranau
  • Senarai...
  • Sukan
  • Teka teki
  • 18sx
  • Asal usul...
  • Barack Obama
  • Da Vinci
  • Dia - Al-Quran
  • Dia - Dajal
  • Falsafah hidup
  • Hina Islam
  • Imam Shafie
  • Kamal Atartuk
  • Kempen...
  • Kisah pemimpin
  • Mahmoud Ahmadinejad
  • Murtad
  • My Side
  • Pantang Larang
  • Pengakuan
  • Perihal...
  • Rachel Corrie
  • Rencana
  • Seks
  • Sihir
  • Soal jawab agama
  • Tauladan
  • Wahai suamiku
  • kencing

OUR BLOGGER's

  • www.fcukz.co.cc
  • Blog Lenny Erwan
  • Pencinta Merah...The Red Lover...The Red Diva...
  • MalaysiaSensasi.Net
  • life as i see it...world as i live it...
  • Buaya-Merah
  • Blog Rasmi Hasyuda Abadi | MEMBELAH KABUT
  • Opodos Lada Kokou
  • Today's Joke
  • fikir2renung2
  • Asubja.wordpress.com
  • junairah zone
  • ondscene
  • KELUARGA HAJI DAUD BARINGKOK
  • Wanita2u.com :: Portal Wanita Untuk Wanita

MY CHOICE's BLOGGER's

  • Blog Peribadirasulullah
  • Ceritalucu
  • "Cahaya Ketenanganku"
  • Bina Bahagia bersama Suzana Ghazali
  • Pengajaran Kisah Tauladan
  • Cerita Agama @ Nur Ad'din
  • HafizFirdaus.com

GO DIRECT TO

  • Forbes.com: News
  • News @ Feryco
  • MUKA DEPAN
  • Utusan Online
  • Berita Harian Online
  • myMetro
  • mStar Online

U MY FRIEND's

TQ


View My Stats

POWERED BY

BlogMalaysia.com

Tema Tera Air. Imej tema oleh pederk. Dikuasakan oleh Blogger.