30 Ogos 2010

Al-kisah...Saya bukan dayus!

Saya bukan dayus'
Oleh Zubir Mohd Yunus
zubir@bharian.com.my
2010/08/29

Jalani Sidek
Jalani Sidek

Terkilan isteri dituduh 'orang ketiga' kes perceraian Roslin

KUALA LUMPUR: Gara-gara perceraian Roslin Hashim, 35, dan Nurhayati Othman, 38, nama dan reputasi bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek, turut terjejas apabila beliau dituduh sebagai lelaki dayus kerana wujud dakwaan isterinya, Raja Azmi Raja Sulaiman adalah ‘orang ketiga’ dalam kontroversi itu.

“Nurhayati tak boleh hina saya. Dia dah malu, suaminya tidak bersama Raja Azmi di dalam bilik hotel, lalu dia membuat pelbagai dakwaan. Apabila cerita ini tersebar, mereka akan membuat pelbagai spekulasi termasuk menuduh saya suami dayus. Allah maha mengetahui. Saya bukan dayus. Tetapi kalau orang nak terus melabel saya dayus, terpulanglah. Sebagai lelaki, saya masih waras dan tahu tanggung jawab sebagai suami.

“Alhamdulillah, walau apapun dakwaan yang dilemparkan, hubungan kami sebagai suami isteri masih seperti dulu, saling sayang menyayangi, percaya mempercayai dan tidak pernah wujud sebarang perasaan syak wasangka,” katanya ketika diminta mengimbau kembali kejadian pada 7 Ogos lalu yang berakhir dengan perceraian ‘anak didik’nya itu.

Jalani yang ditemui ketika menemani Raja Azmi untuk mendapat rawatan kerana serangan migran di Ampang Puteri juga berkata, “Saya sedih apabila mereka bercerai, isteri saya dijadikan penyebab, dituduh pula sebagai orang ketiga.

“Bagi saya tuduhan seperti ini tidak seharusnya dilemparkan kepada Raja Azmi kerana Nurhayati tahu bagaimana akrabnya hubungan kami sekeluarga bersama Roslin sebelum mereka berkahwin lagi,” jelasnya lagi yang turut ditemani Roslin.

“Sebenarnya saya yang minta Roslin menemani Raja Azmi ke Hotel Corus. Sebaik selesai majlis pelancaran Kelab Kuda di Kem Isi Rimba, Kemensah, mereka terus menuju ke hotel berkenaan. Isteri saya membuat pendaftaran masuk di atas namanya sendiri. Saya juga meminta Roslin memastikan Raja Azmi mendaftar masuk dulu sementara menunggu kedatangan saya ke hotel itu.

“Saya meminta Raja Azmi membuat tempahan suite di hotel itu kerana seorang kenalan saya dari Johor akan sampai di Kuala Lumpur pada petang atau malam 7 Ogos itu apabila dia akan menetap di hotel sama. Saya, Raja Azmi dan Roslin akan bertemu dengannya di hotel berkenaan atas urusan peribadi.

“Apabila Nurhayati mendakwa Raja Azmi berdua-duaan di dalam bilik bersama Roslin, saya terperanjat kerana memang hanya isteri saya seorang diri di dalam bilik ketika itu, manakala Roslin berada di persekitaran hotel sementara menunggu kedatangan saya.

“Saya sedih dengan apa yang berlaku, sekiranya Nurhayati mempercayai Roslin, dia tidak akan bertindak begitu. Tambahan pula dia mengenali Raja Azmi yang bertanggung jawab memperkenalkannya kepada Roslin,” kata Jalani.

Tiada ulasan: