18 Ogos 2010

Al-kisah...Siapa zalim @ kejam!

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs020.ash2/34377_121935977851709_100001059228114_128419_6058035_n.jpg

Sufyan Atstsauri berkata;

"Sepuluh macam daripada kekejaman itu ialah...

  • Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum mukminin.
  • Seorang yang pandai membaca Al-Quran tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
  • Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat solat sunat Tahiyyatul Masjid.
  • Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan tidak mendoakan untuk ahli kubur.
  • Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang Jumaat secara berjemaah.
  • Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, dan tidak mengambil peluang untuk mempelajari agama daripadanya.
  • Dua orang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
  • Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
  • Pemuda yang tidak ada kerjanya dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
  • Seorang yang kenyang sedang ia tahu bahawa tetangganya lapar tetapi tidak diberi dari makanannya itu."

Tiada ulasan: