06 Julai 2010

Al-kisah...Undang-undang pelik di dunia!

Thailand

Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
(Wajarlah, takkan benda ni pun orang lain kena bagitau)

Filipina

Untuk mengurangi kesesakan lalu lintas di bandar Manila, ditetapkan bahawa kendaraan yang mempunyai nombor akhir 1 atau 2 tidak diizinkan beroperasi pada hari isnin. Manakala nombor yang berakhir 3 & 4 tidak boleh beroperasi pada hari Selasa, sementara nombor akhir 5 & 6 tidak boleh beroperasi pada hari Rabu, 7 & 8 tidak boleh beroperasi pada hari Kamis dan 9 & 0 tidak boleh beroperasi pada hari Jumat. Peraturan ini berlaku bermula pukul 07.00 pagi setiap hari.
(Okay la tu. Kalau dipraktikkan di Malaysiapun wajar)

Swiss

1. Dilarang berkebun pada hari Ahad.

2. Walaupun warga Swiss dilarang menjual, membeli, menyeludup dan memproduksi minuman beralkohol tetapi mereka diizinkan untuk mengambilnya (meminum).
(Tidak fahamlah???)

Sweden

Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat izin dari kerajaan.
(Hahaha, mesti ada sebab musabab la ni. Tidak demokrasi betullah)

Korea Selatan

Para polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang mereka tahan.
(Erk, di Malaysia pula camana???)


Singapura

1. Dilarang menjual gula-gula getah di Singapura.

2. Dilarang berjalan dalam keadaan bogel.
(Pelik ka? Memang wajib undang-undang ni ada di setiap negarapun)

3. Tidak flush setelah buang air di tandas, kalau kedapatan dikenakan denda.
(Kalau buang air besar camana?)

4. Jika anda tertangkap basah meludah sebanyak 3X, anda diwajibkan membersihkan jalan di hari Ahad dengan tulisan di dada “I am a Litterer” (saya seorang Peludah).
(Di Malaysiapun sepatutnya ada ni undang-undang)

5. Dilarang kencing di dalam lift / elevator.
(Logiklah)


United Kingdom

1. Dilarang menjual sayuran pada hari Ahad (kecuali lobak).
(Undang-undang ni untuk kesihatan)

2. Wanita dilarang makan coklat di tempat awam.

3. Mengambil barang yang dibuang, jika kedapatan akan dihukum seperti hukuman pengganas.
(Wowww)

Mexico

1. Wanita yang bekerja di pejabat kerajaan dilarang mengenakan mini skirt atau pakaian seksi yang dapat “memprovokasi” rakan kerja selama jam kerja.
(Bagus betul ni undang-undang)

2. Dilarang memaki di tempat awam.
(Apply la sekali ni undang-undang di Malaysia)

Itali

1. Lelaki yang mengenakan mini skirt di tempat awam dikenakan hukuman kurungan.
(Di Malaysia camana???)

2. Memukul orang dengan tangan dikenakan hukuman penganiayaan. Tapi memukul orang dengan meja dan kerusi dapat dianggap membela diri.
(Wah, adilnya undang-undang)

Australia

1. Kanak-kanak berusia di atas 18 tahun (di bawah 21) dilarang membeli rokok, tapi diizinkan merokok.

2. Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
(Palui-paluian punya undang-undang)

3. Hanya petugas letrik bertauliah yang boleh mengganti lampu rumah.
(Kalau 10 orang ja yang bertauliah, macamana la agaknya ya)

4. Dilarang mengenakan seluar dalam Hot Pink di hari Ahad.

Yunani

Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana boleh mengganggu pandangan orang lain.
(Betul tu)

China

Hanya anak yang cerdas yang boleh belajar di universiti (dan ia boleh dibuktikan dengan ijazah ujian negara yang diterimanya).
(Kesian...)
Kanada

1. Dilarang menampal plaster luka di tempat umum.
(Telampau la bah juga)

2. Dilarang menyiram tananam di kebun waktu sedang hujan.
(Hahahha, ada juga manusia yang menyiramkah kalau terang-terang hujan?)

3. Dilarang memanjat pokok.
(Untuk keselamatan)

4. Dilarang kencing di semua tempat di Kanada (kecuali tandas di rumah sendiri).
(Sadisnya...)

Perancis

1. Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.
(Keretapi atas tanah boleh la ni)

2. Dilarang menamakan babi peliharaan dengan nama “Napoleon”.
(Alah, buli la bah sekali sekala)


Israel

1. Dilarang memelihara babi di tanah Israel. Orang yang melakukannya akan ditembak mati.
(Tau juga najis mughalazah durang ni)

2. Dilarang bising di hari Sabath (Sabtu / Ahad).

3. Dilarang menaiki basikal, kecuali memiliki keizinan mengendali basikal.

Amerika

-Arizona-
1. Kerajaan negeri Arizona melarang para pemburu melakukan aktiviti memburu unta di Arizona.
(Baru saya tau ada unta di sana)
2. Dilarang meniru gaya Paderi gereja tempatan.
3. Dilarang mengendali kereta tanpa kasut.
4.Dilarang bermain domino di hari Ahad.
5. Dilarang memakai misai palsu di gereja.
6. Hukuman mati bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel keretapi.
7. Dilarang mengendali kereta dengan mata tertutup.
(Alallala...)

-Alaska-
1. Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
(Uiks, jadi ambil gambar time beruang sedang mengejar ka?)
2. Dilarang mengikat anjing peliharaan di atas atap kereta.
3. Dilarang memberi minum bir pada rusa.
(Hahaha, sula ja orang yang buat tu)
4. Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

-Arkansas-
1. Lelaki diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
(Uinaaa...)
2.Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
(Adakah lagi spesies manusia begini)
3. Lelaki dan wanita yang saling menggoda di tengah jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
(Ngam la tu. Di Malaysia pun patut ada ni undang-undang)
4. Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama setelah lewat jam 1 tengahari pada hari Ahad.

-California-
1.Binatang peliharaan dilarang dibiarkan melakukan sex di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.
(Sukati la durang mau buat apapun)
2. Wanita dilarang memandu kereta mengenakan lingerie.
3. Pemandu dilarang memecut kereta di jalan.
4. Dilarang berbasikal di kolam renang.
(Mmm...)
5. Dilarang mengenakan kasut but koboi, kecuali anda memelihara lembu sekurang-kurang 2 ekor.
6. Dilarang memelihara binatang berwarna hijau dan berbau busuk.
(Hahaha lucunya)
7. Dilarang bermain bowling di laluan pejalan kaki.

-Colorado-
1. Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kendaraan anda ditahan olehnya.
2. Dilarang mendirikan bangunan di tengah jalan.

-Connecticut-
1. Dilarang mengendali basikal dengan kelajuan lebih dari 90 km / jam.
2. Lelaki dilarang mencium isterinya pada hari Ahad.
(Bukan tau pun kalo buat di rumah)
3. Bomba tidak diizinkan memecut lebih dari 40 km / jam, walau sedang menuju ke tempat kebakaran sekalipun.
(Sempat lagilah hangus semua)
4. Penata rias / kecantikan dilarang bersiul ataupun bernyanyi ketika melayan pelanggan.

-Florida-
1. Denda akan diberikan pada wanita yang tertidur ketika rambutnya di hair dryer, kecuali dia adalah pemilik salon.
(Uiks)
2. Dilarang bernyanyi di depan orang awam sambil mengenakan pakaian renang.
3. Dilarang kentut di tempat awam setelah jam 6 petang.
(Hahaha, undang-undang paling tidak rasional)
4. Dilarang memecahkan pinggan dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

-New York-
1. Dilarang menyapa orang sambil korek telinga.
(Betul nanti orang lain kegelian)
2. Dilarang menggunakan selipar setelah lewat jam 10 malam.
3. Lelaki dilarang keluar dengan mengenakan jaket dan seluar yang tak sepadan.

4. Lelaki dilarang keluar rumah tanpa baju ( Ini adalah undang-undang tertua di New York kerana telah dikuatkuasakan sejak tahun 1900).
(Mau tayang body pun ndak senang)
5. Dilarang menghirup sup.
6. Dilarang makan sambil berenang di lautan.

-Washington-
1. Dilarang menyusui anak di tempat awam.
2. Dilarang menari dan minum di waktu bersamaan.

Macam-macam la...

Tiada ulasan: