05 Julai 2010

Al-kisah...Peraduan Fotogenik "Cute Baby 2010"



Assalamualaikum,

Kalau korang ada anak kecil yang dilahirkan dari tempoh 1/8/07 hingga 31/7/10, maka korang dialu-alukan untuk mengikuti peraduan ni. Bukan apa, just suka-suka la. Manalah tau tersangkut pula jadi rezeki anak-anakkan. Yalah, hadiahpun bukan calang-calang. Sereu meti ka dusun kio.

Comel ka ndak comel, cute ka ndak cute anak kita...kita pakat ramai-ramai join ja peraduan ni. Manalah tau terjuling skit tu judgers time durang pilih pemenang, comel dan cute juga ditengok anak kita tu. Doalah banyak-banyak. Hihihi...

Clear ka post syarat-syarat penyertaan tu? Kalau tidak, rajin juga bah saya taip balik untuk korang. Bah, di bawah ni syarat-syarat penyertaan kio.

1. Peraduan ni terbuka kepada semua penduduk 1Malaysia. But, kalau korang ni kerja atau ada pertalian keluarga ngan kakitangan di The Store ka, Pacific ka mahupun Milimewa, korang jangan ikut ahh. Nanti korang pilih kasih pula pilih anak korang / anak buah korang / anak tiri korang / adik beradik korang / anak angkat korang dan yang seerti dengannya. Tapi kalau korang kepingin juga, tapuk-tapuklah. Orang bilang, pandai-pandailah. Lagipun saya rasa, mana juga durang ada masa mau cek tu. Ntah-ntah, durangpun berabis juga suruh sanak saudara masuk sekali.

2. Macam yang awal-awal saya bilang di atas, bayi yang join bertanding mestilah yang punya tarikh lahir dari tempoh 1/8/07 hingga 31/7/10. Kalau tidak ada coz sudah expired @ awal lahir dari 1/8/07, cuba lagi peraduan coming soon ya. Chayo-chayo!

3. Syarat seterusnya ni sebenarnya bukti korang memang menunjukkan kesungguhan dan pengharapan tinggi untuk peraduan ni. Dan actually juga, ia merupakan salah satu cara kasih habis stok barang durang yang berlambak di gudang durang, mangkali la. Korang kena buat belian dulu sebanyak RM20 dan ke atas bagi barangan dari mana-mana jenama yang menaja peraduan ni (rujuk post syarat-syarat peraduan di atas untuk mengetahui jenama barang), pastu korang layak dapat satu borang penyertaan.

4. Yang ni korang baca bagus-bagus dan fahamkan. Peserta boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan . Salinan fotostat borang penyertaan dibenarkan (peserta boleh melekat beberapa jenis foto yang berlainan pada borang penyertaan). Setiap borang mesti disertakan dengan satu resit asal pembelian barangan penganjur berjumlah RM20 ke atas. Senangkan?

5. Foto baby tu saiznya 5R ya. Dan bilang tu penganjur, durang berhak menggunakan foto untuk tujuan promosi & publisiti untuk jangka masa panjang tanpa sebarang bayaran. Hah, kena ingat tu. Jangan saman-saman pula, karang kena saman balik baru korang tau.

6. Borang penyertaan kena tampal pada bahagian belakang foto berkenaan.

7. Yang ni korang kena hati-hatilah karang rugi-rugi ja hantar tu gambar. Foto penyertaan yang dihantar mesti diambil dalam tempoh 1/4/10 hingga 31/7/10. Kalau korang main tipu atau wujudnya perbezaan besar antara muka bayi sebenar dengan foto penyertaan serta tiada bukti yang foto tersebut diambil dalam tempoh yang disyaratkan, penyertaan korang batal!

8. Jangan lupa kasi serta sekali salinan Surat Beranak. Tidak pula dinyatakan surat beranak korang ka atau anak korang yang masuk bertanding tu. Tapi saya yakin surat beranak anak korang la tu. Coz bukan korang yang bertanding. Lama terlampau sudah korang expired. Hehehe.

9. Borang penyertaan hantar sendiri by hand pi cawangan pembelian ya sebelum 31/7/10. Kalau korang hantar melalui pos, bohhh layan la jawabnya. Tidak dilayan tau!

10. Kalau anak korang menang, adalah masuk dalam senarai pemenang yang akan diumumkan di cawangan. Dan korang akan dimaklumkan melalui pos.

11. Durang bagitau awal-awal ya, korang tidak boleh membantah keputusan judgers . Korang pi merayu-rayu ka, tunjuk perasaan ka, buat demonstrasi bantahan ka...durang buat bodoh ja nanti. Buang karan ja!

12. Apa hadiah yang durang bagi kalau korang menang, terima ja la. Tidak payahlah banyak songeh pula. Ndak bagus tu minta tukar macam-macam pula. Itukan rezeki anak so terima ja la.

By da way, jom join la ni peraduan. Si SQA pun saya kasi ikut. Kalau menang, syukur.

Tapi kalau kalahpun, SQA sudah jadi pemenang untuk saya. SQA tetap anak yang paling cute dan comel di hati saya.

Hehehe...

Tiada ulasan: