08 Januari 2011

Al-kisah...7 sumber pahala yang berterusan sehingga ke SYURGA!



www.news-all.com (60).JPG

Dari Anas RA berkata, tujuh perkara yang menyumbangkan pahala yang selepas mati :

1-Mereka yang membina masjid, tetap akan mendapat pahala selagi ada orang beribadat dalam masjid tersebut.

2-Mereka yang membina sistem pengairan, selagi ada manusia mengambil manfaat dari sistem pengairan tersebut.

3-Mereka yang menulis Al-Quran, selagi ada manusia membaca Al-Quran tersebut .

4-Mereka yang membina perigi atau tempat minuman, selagi ada manusia mengguna tempat tersebut.

5-Mereka yang bercucuk tanam, selagi ada manusia atau haiwan yang mengambil faedah daripadanya.

6-Mereka yang mengajar atau menyebarkan Ilmu berguna, selagi manusia beramal dengan ilmu yang disebarkan.

7-Mereka yang berjaya mendidik anak menjadi Insan Soleh, segala ibadat yang dilakukan anak yang soleh akan sampai pahala kepada kedua ibu bapanya.


Tiada ulasan: