05 Januari 2011

Al-kisah...Wanita ditembak mati anak 10 tahun!

OHIO (Amerika Syarikat): Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditahan selepas dia memberitahu jiran yang dia sudah menembak ibunya hingga mati.

Deborah McVay, 46, ditemui mati selepas cedera akibat satu das tembakan di kepalanya Ahad lalu di Big Prairie di pertengahan jalan antara Cleveland dan Columbus di Ohio. Menurut polis, anggota paramedik menemui Deborah tertiarap di atas lantai di ruang tamu kediamannya. Dia disahkan mati di tempat kejadian dan dipercayai peluru ditembak daripada pistol .22 kaliber. Pihak berkuasa bergegas ke kediaman wanita itu selepas seorang jiran menghubungi polis memberitahu anak Deborah menemuinya dan mengatakan dia baru menembak ibunya. Anak lelakinya itu kini ditahan di Pusat Tahanan Juvana Daerah Richland dan akan tampil di mahkamah tengah hari ini.

Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak yang dirahsiakan identitinya itu mempunyai sejarah masalah tingkah laku. - Agensi

Tiada ulasan: