Tahukah anda??? Sebuah penghargaan bernama Stella Award diberikan untuk Tuntutan Paling Bodoh di Amerika. Ini bermaksud, mereka mendapat ganti rugi besar kerana perbuatan bodoh mereka sendiri. Nama Stella Award sendiri berasal dari Stella Liebeck, di mana nenek berusia 81 tahun ini telah menumpahkan kopi yang dibelinya di McDonald ke atas dirinya sendiri. Liebeck membuat tuntutan mahkamah terhadap McDonald dan ternyata dia menang. Dan kes Stella ini telah memberi ilham terhadap kewujudan penghargaan ini.
Oleh yang demikian, berikut ialah calon untuk Stella Award yang telah disenaraipendekkan;
1. Kathleen Robertson dari Texas. Robertson memenangi ganti rugi dari dewan juri sebanyak $780 000 setelah dia membuat tuntutan terhadap sebuah kedai perabot. Robertson menuntut kedai itu kerana pergelangan kakinya patah setelah tersandung kanak-kanak lelaki yang berlarian di dalam kedai tersebut. Pemilik kedai perabot sangat terkejut terhadap isi keputusan tersebut,memandang kanak-kanak lelaki yang “tersandung” itu adalah anak kandung Robertson sendiri.
2. Carl Truman dari Los Angeles.lelaki berusia 19 tahun ini memenangi ganti rugi sebanyak $74 000 dan kos perawatan kesihatan setelah jirannya 'melanggar' tangannya dengan Honda Accord. Truman nampaknya tidak menyedari bahwa jirannya pemilik Accord tersebut sedang memegang stereng kereta itu ketika Truman berusaha mencuri velg kereta tersebut.
3. Jerry Williams dari Little Rock , Arkansas . Dia memenangi ganti rugi $14 500 dan biaya perawatan kesihatan setelah punggungnya digigit oleh anjing jiran, yang terantai di rumah jirannya itu. Award tersebut layak untuk diberikan kepada Williams kerana juri berpendapat bahawa anjing tersebut mungkin sedikit terpengaruh oleh tindakan William yang ketika itu menembak anjing itu dengan senapang angin berkali-kali.
4. Amber Carson dari Lancaster, Pennsylvania. Sebuah restoran di Philadelphia diperintahkan untuk membayar pada Carson sebanyak $113 500 setelah ia terjatuh di genangan air minuman ringan yang menyebabkan tulang lengannya patah. Minuman itu berada di lantai kerana Carson membaling minuman itu pada kekasihnya ketika bertengkar 30 minit sebelumnya.
5. Kara Walton dari Delaware. Walton berjaya membuat tuntutan terhadap sebuah night club ketika dia terjatuh ke lantai dari tingkap tandas awam night club tersebut. Kejadian itu menyebabkan patahnya dua gigi depan Walton. Kejadian itu terjadi ketika dia mencuba menyelinap keluar melalui tingkap tandas demi menghindari membayar cover charge sebanyak $3.50. Dia diberi ganti rugi sebanyak US $12 000 dan biaya perawatan gigi.
Dan pemenangnya adalah ;
Merv Grazinsky dari Oklahoma City. Pada November 2001, Grazinsky membeli sebuah kereta Caravan Winnebago sepanjang sekitar 9 meter. Dalam perjalanan pertamanya menuju ke rumah, dia melalui jalan tol, mendengar radio sambil memandu dengan kelajuan pada 70 mph. Lalu dengan selamba, Grazinsky meninggalkan bangku pemandu ke belakang untuk membuat secawan kopi .
Tidak menghairankan, kenderaan itu keluar dari jalan tol kemudian berlanggar dan tergolek. Grazinsky membuat tuntutan terhadap Winnebago kerana tidak menyebutkan dalam buku petunjuk manual bahwa kenderaan itu tidak boleh melakukan hal tersebut. Dia mendapat ganti rugi sebanyak $1 750 000 ditambah sebuah Winnebago baru . Akibat kes ini, Winnebago akhirnya mengubah buku petunjuk manualnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan