12 Ogos 2010

Al-kisah...Hek eleh; Buang tabiat agaknya!


Donna Simpson, 43 tahun dari New Jersey, USA mempunyai berat badan 272 kg, tetapi mempunyai impian untuk mencapai berat badan sehingga 450 kg dan akan menjadikannya sebagai wanita terberat di dunia. Untuk mencapai targetnya, dia mengambil sehingga 12000 kalori setiap hari. Wanita normal cuma memerlukan 2000 kalori sahaja setiap hari. Perbelanjaan untuk makanannya hampir mencecah RM2000 setiap minggu.

Donna juga merupakan seorang ibu dan seorang isteri kepada Robert Simpson yang hanya mempunyai berat badan normal iaitu seberat 68 kg.

Atas sebab perbelanjaannya terlampau tinggi, dia telah membuat satu laman web untuk sesiapa sahaja yang suka menonton perempuan gemuk makan. Yang menariknya, laman web tersebut mampu menjana keuntungan sehingga RM10200 seminggu.

Boleh tahan? Isk, buang tabiat agaknya!











Tiada ulasan: