14 Ogos 2010

Al-kisah...Pakistan; Si mangsa tradisi!

Najaf Sultana, 16 tahun , dibakar oleh ayahnya sendiri ketika masih berusia 5 tahun. Puncanya hanyalah kerana ayahnya tidak mahukan anak perempuan lagi. Sehingga kini, Najaf sudahpun melakukan 15 kali pembedahan plastik untuk memulihkan wajahnya.

Sabrina Sultana, 30, dibakar oleh suaminya sendiri ketika dia sedang mengandung 5 bulan. Puncanya kerana dia tidak memberi mahar (wang hantaran) yang secukupnya.

Saira Liaqat, 26, sekarang ini sedang bekerja di Depilex Beuty Center di Lahore, Pakistan. Dibakar oleh suaminya sendiri ketika dia berusia 15 tahun.

Attiya Khalil, 16, disimbah asid setelah menolak cinta seorang pemuda pada 3 tahun lepas. Telah menjalani proses pembedahan plastik sebanyak 3 kali.

Arum Saeed, 30, disiram asid oleh seorang pemuda yang ditolak cinta olehnya pada 12 tahun yang lalu. Saeed telah melakukan 25 kali prmbedahan plastik untuk memulihkan wajahnya kembali.

Shameem Akhter, 18, tiga tahun yang lalu wajahnya disimbah dengan asid oleh 3 orang lelaki. Shameem telah menjalani 10 kali pembedahan plastik.

Tiada ulasan: